klik sahaja

Mar 24, 2010

TALK ABOUT HEALTHY

Salam kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca di blog saya. Memandangkan sekarang saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, jadi saya pun banyak mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan wang sampingan. Dalam dunia IT, banyak sungguh peluang yang disajikan di depan mata, perniagaan Internet laa, kerja daripada rumah laa, saya ada juga mencuba pelbagai program yang disediakan. Sayangnya seringkali tertipu.. kadangkala lepas kita tertipu kita pun tak sampai hati untuk menipu, betulkan?? Sebab kita bukan orang yang macam tu.

Berbalik pada cerita asal saya, selama lebih kurang hidup di dunia ini, sedar tak sedar saya banyak rupanya join perniagaan berasaskan catalog.. contohnya, masa umur saya 19 tahun saya join AVON, masa tu sy keje klinik Idzham, masa umur saya 20 thn sy join plak RORINE, MASTERWAY masa tu keje kilang. Dalam umur saya 22 tahun plak saya join LENO.. ms tu dah keje Office. Haa dah tua skit nie saya join plak ANA EDAR.. he he tua laa sangat.. Sekarang dekat rumah saya join mak angkat saya jual produk K-LINK dan MONA VIE

Jadi di sini saya ada laa nak promote pada kengkawan yang berminat nak sertai saya atau nak jual produk kesihatan yang saya amal dan jual nie. Bukannya apa kan, saya bukannya cari untung semata-mata, sambil membantu orang InsyaALLAH besar pahalanya kan.. bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati??.. saya nie menjual bukan nak ambil kesempatan pada orang, buang masa jer.. last2 dapat dosa dan sumpah seranah je. Betul tak??

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...