klik sahaja

Jul 1, 2010

RESEPI TEPUNG PELITA


Tak lama lagi ramadhan akan menjelang tiba. Masing2 sibuk dengan segala persiapan menjelang raya, yang penting sekali marilah kita beramai2 melipat gandakan pahala di bulan yang mulia ini. So bagi suri rumah part time macam aku nie, sibuklah mencari resepi2 kuih muih di awal ramadhan, nanti di tengah2 ramadhan plak sibuk cari resepi biskut raya plak.. hu hu hu. Di sini aku sertakan satu resepi membuat kuih tepung pelita. Ada orang panggil kuih sampan. En hafiz suka sangat makan kuih nie, pasai tulah saya pun blaja camner nak buat.. memang mudah dan sedapppp cubalah ( resepi nie saya dapat daripada laman web myresepi) memang copy and paste jerlaa..terima kasih pada yg punya resepi yer.. saya cuma pratikkan dan sebarkan je.. ok??


Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan gula
  3. 5 cawan air
  4. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
  5. 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  6. 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  7. sedikit garam
  8. sedikit air kapur


Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.

Selamat mencuba..



No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...