klik sahaja

Jul 1, 2010

RESEPI TEPUNG PELITA


Tak lama lagi ramadhan akan menjelang tiba. Masing2 sibuk dengan segala persiapan menjelang raya, yang penting sekali marilah kita beramai2 melipat gandakan pahala di bulan yang mulia ini. So bagi suri rumah part time macam aku nie, sibuklah mencari resepi2 kuih muih di awal ramadhan, nanti di tengah2 ramadhan plak sibuk cari resepi biskut raya plak.. hu hu hu. Di sini aku sertakan satu resepi membuat kuih tepung pelita. Ada orang panggil kuih sampan. En hafiz suka sangat makan kuih nie, pasai tulah saya pun blaja camner nak buat.. memang mudah dan sedapppp cubalah ( resepi nie saya dapat daripada laman web myresepi) memang copy and paste jerlaa..terima kasih pada yg punya resepi yer.. saya cuma pratikkan dan sebarkan je.. ok??


Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan gula
  3. 5 cawan air
  4. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
  5. 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  6. 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  7. sedikit garam
  8. sedikit air kapur


Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan.

Selamat mencuba..



Menentukan Jantina Anak lelaki @ Perempuan

hai semua.. Disini saya nak kongsikan pada anda semua jadual untuk menentukan kelahiran anak lelaki atau perempuan.. Tapi janganlah percaya sepenuhnya, kita hanya merancang. Tapi semuanya Allah yang tentukan. mengikut pengalaman saya, sama ada kebetulan namun ia adalah benar ketika ini.. yerla kan anak pun dah dua, so bila kira2 memang kebetulan tepat.

camner nak kira?? tepi tu bulan isteri mula mengandung dan yang no tu pulak, umur isteri ketika mengandung.

misalnya saya lahir 24 july 1985 kan? so saya nak anak lelaki yang lahir bulan November keputusannya saya kena mengandung pada umur 30 tahun, di mana last saya period ialah pada bulan November

Pening? he he camner lagi nak terangkan yer? anak saya yang kedua, last period saya bulan lapan dan ketika itu umur saya baru 24 tahun. cuba teka anak saya lelaki atau perempuan?? jawabnya ialah??? tengok jadual tu..

ya, anak saya perempuan. kalau betul tu, ha dah pandai laa tu.


ok semua.. tapi janganlah taksub sangat yer.. Semuanya adalah ketentuan daripada ALLAH. Ingat tue..

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...