klik sahaja

Dec 23, 2011

Special For My BFF

*
*
*
*
*

Special Created for My Lovely BFF

Puan Shasha Sharin and Miss Rossarida

Semoga Ukhwah antara kita berpanjangan

Lots of Love

Manusia dan Buku




MANUSIA seperti SEBUAH BUKU . MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR dan MUKA BELAKANG adalah TARIKH KEMATIAN serta TIAP – TIAP LEMBARAN adalah TIAP – TIAP HARI DALAM KEHIDUPAN YANG TELAH KITA LAKUKAN .

SEKALI TERTULIS , TIDAK AKAN BOLEH DI UBAH SEMULA , tetapi , SEBURUK MANA PUN HALAMAN SEBELUMNYA , MASIH TERSEDIA HALAMAN SELANJUTNYA yang MASIH PUTIH dan BERSIH .

SAMA DENGAN KEHIDUPAN KITA . SEBURUK MANAPUN KISAH KITA DAHULU , ALLAH SWT MASIH MENYEDIAKAN HARI – HARI YANG BARU UNTUK KITA . KITA SELALU DI BERI KESEMPATAN BARU UNTUK MELAKAR SEJARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA . maka , dengan itu , BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KEHIDUPAN telah DIBERI oleh- NYA =)

Hati Bak Aiskrim


♥ Hati PEREMPUAN umpama Aiskrim Kon , mudah cair bila panas , namun begitu , ia penuh dengan KELEMBUTAN dan KEMANISAN didalamnya yg susah untuk digambarkan ~

♥ Hati LELAKI pula umpama Aiskrim Batang@Malaysia , ianya sangat keras , sekeras perangainya mungkin . Tapi dalam kerasnya , ia juga mampu cair . Disebalik kekerasannya , tetap tersimpan KEMANISAN yg indah ~~


Dec 14, 2011

34 Tahun yang Lepas Pesawat Kita pernah dirampas dan Terhempas?


Model Kapal Terbang seperti Ini

okies.. saya sebenarnya tak tahu cerita ini.. dan sekarang saya tahu.. then saya kongsi bagi sesiapa yang nak Tahu.. ;)



Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)Pada 4 Disember 1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempasitu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua93 penumpang dan 7 krew penerbangan telah terkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian,
Dato' Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.

Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satulaporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menya
takan bahawajuruterbang dan seorang pegawaipenerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakansebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu "No, please, don't" sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat jugasuara seseorang yang tidak dikenali berkata "You bluff us". Terdengar ju
ga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit.


Sekadar Gambar Hiasan Sahaja ya ;(

Sumber dari SINI dan SINI

Berani bacalah yang ini Kejadian pelik di tempat kejadian

Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

Tragedi pesawat MAS MH 653 terhempas di Johor (4 Disember 1977)

Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

Hutan bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.
Hampir 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, kawasan kapal terbang MH 653 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas dan mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal pada 4 Disember 1977.

Sehingga kini, punca nahas itu tidak diketahui, walaupun MAS mengesahkan ia dirampas. Menurut laporan, pesawat itu dirampas sebaik saja berlepas dari Pulau Pinang dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Subang, tetapi terpaksa meneruskan penerbangan ke Singapura sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu.

Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

“Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah,” katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

“Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu,” katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

“Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

“Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

“Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja,” katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

“Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

“Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,” katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).

Dec 1, 2011

Sertai Baby contest


Hi u olss.....

Saja cuba nasib manalah tahu dapat menang Splash Pool kan?.. Mesti gembira sangat my little Qaisara'S tu..

Saingan sangat hebat.. Semuanya comel2 belaka.. tapi takpe.. just try my luck je..

Kalau Menang.. Syukur Alhamdulillah.. kalau Tidak pun tak mengapa.. Kan rezeki semua di tangan Tuhan kan?....

Then.. sesiapa yang baik hati untuk membanyakkan LIKE di contest saya tu.. bolehla LIKE di SINI ya...

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi anak saya..

Sayangggg u olsssss ;)

Nov 21, 2011

Cerita lucu kihkih....


Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.


**********************************************************************************




Kita Sama



Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W"

Nov 18, 2011

Pesanan buat sekuntum Ros




~* WAHAI LELAKI.. *~Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah•.♥• Nasihatilah dia•.♥• Perbetulkan kesilapannya•.♥• Jagalah dia dg baik•.♥• Kasihanilah dia•.♥• Lindungilah dia•.♥• Berilah kasih syg padanya•.♥• Hargailah dia•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya•.♥• Bersabar dengannya•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..♥♥♥

Untukmu wanita:
Jgn Risau akn JODOHmu..
Krna MUSLIM yg bijaksana tak kn terpaut pd WANITA hnya pd kecantikannya, lirikan senyuman,,pd bicara manja yg menggoda,, & pujuk rayu seorg wanita yg meruntuhkan imannya..
Sdah trcatat nama lelaki d LAUHUL MAHFUDZ utkmu
Hanya pribadinya ditentukan oleh sejauh mna ketinggian pribadimu
Jka kau tetap dijLn yg d'RedhoiNYA, insyaALLAH dia turut d jLN yg sama..Laa tahzan innallaha ma'anaa.. ^^

Tambah! :: wanita mengambil masa 20 TAHUN untuk mendidik anak menjadi seorg ulama,pejuang,da'ie dan pemuda harapan..,tapi wanita hanya mengambil masa 20 SAAT untk menjatuhkannya.



Setuju??..

LELAKI NAK CARI AWEK

ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik

LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer .






ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ
Wanita Itu BUKAN seperti BUNGA, yang wanginya bisa dicium setiap kumbang.
Tetapi WANITA itu seperti EMAS berharga dan MAHAL.
Disimpan di tempat yang tertutup agar tak dicuri orang, walau jatuh ke dalam lumpur dia tetap berharga dan tak berkurang sedikit pun nilainya..
InsyaAllah, Amin Ya Allah...
ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ❦✿ღ


























Pesanan buat soffiya part 2



Kamu datang membawa sejuta janji..Kamu datang membawa sejuta pengharapan..Dia itu bunga, wahai kumbang...Dia itu bunga....Disentuh oleh tangan asing, layulah ia..Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia...
Jangan kau gantung dia tiada bertali..Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati..Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur....
Petiklah ia....Secepatnya!.Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri..Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini...Bukankah itu ajaran Rasul kita?..Bukankah itu menghindari kemurkaan Tuhan kita?..Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh....Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nan abadi.....(^_^)
**************************************************************************************
Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.

Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.


Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).

Isteri : Ramai kan yang berniqab?

Suami : Kerana awak ada agama.

Isteri : Ramai kan yang ada agama?

Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.

Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak cantik…

Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada. Nanti sekejap.

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).

Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.

Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).

Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.

Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?

Isteri : Oh! ada, saya ingat.

Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.

Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!

Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?

Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!

Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!

Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?

Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!

Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)

WANITA..KAMU ISTIMEWA


Ya اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis? Jwbnya: Kerana wanita itu unik. Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa, KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, ... KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun, KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka dan memberi kekuatan baru.


**********************************************************************************************

¤ Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa . ¤ Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan . ¤ Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan . ¤ Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan . ... ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang . ¤ Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah . ¤ Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah kebaktian . ¤ Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan . ¤ Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan . ¤ Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan . ¤ Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran . ¤ Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah selawat . ¤ Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah ketaqwaa
*************************************************************************************************

Pesanan untuk Diri Sendiri


●❤●.. Bukan harta, rupa paras dan keturunan yg diriku lihat dalam mencari dirimu, cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Ketika mana dirimu datang melamarku, akan kulihat wajahmu sekilas agar tercipta keserasian diantara kita. kerana pesan Nabi kita, tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima tetapi hnya akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi yg dapat dipersembahkan kpd dirimu kelak..insya ALLAH ! ^_^

*******************************************************************************************


Ya Rabb,
Saat aku MENYUKAI seseorang,
Ingatkanlah aku akan ada akhir agar aku tetap bersama yg tidak pernah berakhir.
Jika aku hendak MENCINTAI seseorang,temukanlah aku dgn orang yg mencintaiMU
Agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Ketika aku sedang jatuh cinta jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Ketika aku berucap ''aku cinta padamu'',biarlah ku katakan pada yang hatinya hanya tertaut padaMU.
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.
Amin Ya Rabbal Alamin.

************************************************************************************************************

Lantaran adanya wanita, dunia menjadi indah...

Lantaran adanya lelaki, dunia menjadi sempurna...

Lantaran adanya lelaki dan wanita...
Sempurnalah suatu kelemahan disebalik suatu kekuatan...(^_^,)

Nov 15, 2011

Resepi Soto



Sejak sekali tu.. saya buat Soto.. Semua org request Soto saja.. Kenyangsaya tengok insan2 tersayang saya makan dengan kepuasan.. hahaha.. so dah tahu nak buat kan?? meh kita kongsi resepinya di sini.. Kongsi biar semua orang boleh merasa dak?.. ;) Resepi ni memang senang betul.. cuma agak mangambil masa sedikit.. yolah.. nak sodap musti la rumit sikit jang oiii..






Bahan Sampingan
Nasi impit
Ayam siat
Taugeh
Telur rebus
Kentang rebus@goreng
Begedil
Daun sup@daun bawang
Bawang goreng
Suun goreng & kacang tanah
Limau nipis
Sambal kicap
resepinya ialah..

Bahan2
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam






1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
6. Untuk resipi bergedil pula, sila lihat di bawah
7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang .

Resepi begedil daging
Bahan-bahan ( 3 orang )
2 bj kentang
segenggam daging cincang ramly
daun sup dicincang halus
5 sudu besar bawang goreng
satu sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng

Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Muka dan personaliti pada tahun 2012..


Jika diizinkan Allah.. saya ingin mengubah personaliti saya ke arah lebih baik..

tapi hari nie.. saya agak meroyan sedikit.. hahaha .. make over daripada cik Ana Asmuni (si darah manis kita tu)
*
*
*
*
*
*





*
*
*
*
sekian

Nov 10, 2011

KL Festival City @ Danau Kota

Hiiii u olssss............
Ada sebuah shopping complex yang baru dibuka pada 20/11/2011 tempoh hari.. dekat dengan Up town Danau Kota.. Ermm maknanya area setapak la.. then kalau area setapak tu maksudnya dekat dengan tempat kerja saya dan tempat tinggal saya..

So saya ajak la Puan Sheera a.k.a mf BFF.. pegi jenjalan @ window shopping kat sana.. owhhh nampak menarik jer.. sebab dia besar.. yang tak tertariknya.. warna dia.. cam bangunan tak siap pun ada..muah hahaha.. jgn mare ya..


okies.. pemandangan dari jalan kalau daripada kl a.k.a bulatan pahang

so kena belok kiri.. Mende ni ada kat belah kiri anda.. kalau jalan depan lagi.. Up town Danau Kota di belah kanan anda ya.. (cewahhh tour guide gitu)

Okies..; tuan2 dan puan2 boleh parking di bawah tanah ya.. fess dia ialah rm 1 untuk jam yang pertama (nak tahu cite?.. My BFF tak dapat capai tiket sebab terpendek muahahaha.. takla.. sebab terlajak jauh sikit.. ) sian dier...


tu dia... parking kete.. licin lagi tu... bau cat pun masih ada.. dan yang bestnya.. tak ramai orang.. tengok2.. kosong ok!!


Sila abaikan publisiti yang mahu dicari oleh dua ibu muda ini ya.. muah hahaha.. masuk2 ada cermin besar.. aper lagi?? gila glamour beb.. snap la pic




Tempat pertama yang jadi sasaran kami...



Puan Sheera.. awak dah buat prengnancy test belum???? Sadis sungguh saya melihat beliau mencuba satu persatu asam di situ.. Siap genggam dalam tangan lagi tu asam.. mak aiiii.. dia dah pening dah mana satu nak beli... Yg bestnya.. saya tak perasan dia kat mana sebab sibuk nak bayar.. pastu saya cakap la sorang2 'mana pulak pegi kawan aku sorang ni' pastu cashier tu senyum kat aku dan cakap 'Tu ha kak.. tengah sibuk merasa asam' mua hahahha.. sayangku sheera... ;)



macam mana lah.. dia tak Giler...
Nasib baik tak bawak yang sorang lagi tu.. cik Rossa mek kelate tu.. yerla.. raya Haji kan? balik negeri la.. (opss pesanan penaja.. trima kasih sebab bawak balik bunga biru untuk buat nasi kerabu tu ya.. ;)
Kalau bawak mek kelate tu.. habissslaaa.. semua dia nak beli... tapi tak semua la.. kang jap lagi pening pulak...tak tahulah kalau lepas habis dia baca blog ni dia ribut2 ajk sy pergi...




beli sweetttt untuk tuan2 puteri kesayangan saya... macam2 ada.. beli biskut abc ngan smarties jer.. jelly yg salut gula ni tak boleh beli.. nanti mereka hisap gulanya sahaja dan jellynya dibuang... hihiihi

ok.... daaaa... kita jenjalan tempat lain k...



Parkson ada sale.. cadar.. comel kan? rasa macam hari-hari malam pertama pulak kalau guna cadar ini.. muah hahahah


Kedai spek.. contact lens warna dia comel gitu..



ok.. takkan saya nak snap pic satu satu kedai kan?.. tak pasal2 kena tangkap pulak sebab amik gambar tak mintak izin.. muah haha.. nie semua senarai kedai yg ada kat sini


ada habib jewel tau..
abangggggggggggg... nak cincin anniverssary yang ke 5 boleh? nak 5 bentuk ya.. hehehe ;)


Makan sampai lebam kat sini..


Ops.. Orlando ada buat sale la..

beli satu untuk abang manjaku.. Birthday dah nak dekat ni..



Kebetulan sheera pun besday hubby dia dekat2 ngan en suami kite kan.. so beli jugak la...

ok... habis...

Layan pic kat luar pulak



keluar festival city.. jalan menuju ke uptown danau kota.. tepi2 tu ada kedai banyak jugak.. ada tutti frutti.. ada satey hj samuri dan macam2..

Tapi kita org U-Turn kat depan untuk balik ke office



Pemandangan kalau datang dari up town danau kota


Bye2 Kl Festival City... See u As Soon As Possible ;)


Shopping ini jer pun.. ;).........

Budget mak... nanti En Suami Bising sebab boros sangat.. ;)

Nov 8, 2011

Fan of Hello Kitty




Gi la kuar kejap ngan bff saya.. Puan sheera, dia teringin sgt nak buat kad debit hello kity kat hong leong bank..
Sudah tertunai hasrat dia yg satu tu.. Peminat hello kitty yang tegar.. Mujurlah anak pertama dia tu lelaki.. Kalau gegirl, habislah baju gegirl tu.. Tak pasal2 dari stokin baby, klambu, baju of course la kan.. Hello Kitty sahaja..takper.. lepas ni.. mudah-mudahan gegirl pulak yer.. amin~~

Kancil Putih dia yang ala ala suci tu dah ternoda dengan pic hello kitty kat depan.. Uuiiihh jgn cite la dalam kete dia.. Semua accessories Hello Kitty... Muah hahha.. Nanti kalau ada masa sy amik pic kancil dia ya.. Masa besday dia hr tu pun sy bagi hadiah hello kitty tapi kecik jerla.. Janji ada Hello Kitty kan?..
ha... ni pic dlam kete dia.. muah hahaha










Sila abaikan pic model tersebut ya.. muah hahaha.. tukang sibuk yg slalu habiskan minyak kete Puan Sheera





Pemilik Kereta kancil Putih Yang suci Muci tu.... hahahh


So apa faveret kartun aku??? Huhuhu.. Takder.. Dulu masa zaman bebudak.. Sukalah aku ngan sailormoon.. Sebab diaorg cannnttiiikkk sgt.. Tapi bila dah besar tak berapa nak berkenan lagi sebab br perasan skirt dia org pendek sgt.. Muah hahahaha.. So sampai la ni.. Sy takde kartun faveret.. Anak2 saya pulak dua2 suka kartun upin dan ipin, dora dan semua kartun la.. Tapi tidak angry bird.. Ntah apa2 ntah pun.. Hihihi.. Maaf yer peminat angry bird..okla sampai sini dulu ya..

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...