klik sahaja

Jul 20, 2011

Surat Untuk Kakak Qaisara Batrisyia

Salam Sejahtera sayangku...

Ketika blog ini ditulis.. kakak baru berusia 3 tahun.. umie sengaja menulis di sini untuk tatapan kakak di masa hadapan.. Semoga Allah memanjangkan usia umie dan babah untuk terus melihat kakak membesar dan dewasa serta menjadi anak yang berguna..

"Aishah" itulah nama yang kakak gunakan membahaskan dirimu sayang.. nama yang diberikan oleh Tok Su Rahim kerana Nama Qaisara Batrisyia tidak boleh dibawa oleh dirimu lantaran asyik menangis dan merengek saban malam.. maka lekatlah nama aishah tersebut.. tetapi umie dan babah memanggilmu Batrisyia, sebab batrisyia tu maksudnya Bijaksana.. harapan Umie dan babah melihat dirimu menjadi Insan Yang Bijaksana dan Berguna pabila dewasa nanti..

Sayangku Batrisyia,

Menjagamu ketika kecil ,amat rumit sekali.. dirimu selalu meragam dan menangis di malam hari.. kekuatan babah, Omma (nenek) dan Atuk dari segi fizikal dan mental mengatasi segalanya.. dirimu pula sangat sensitif.. kulitmu terlalu sensitif untuk menerima sebarang kuman ataupun habuk, menjagamu terlalu banyak cabarannya...

Tetapi sayang, hari dilalui demi hari.. masa berjalan pergi meninggalkan kita dengan perkembangan dirimu.. semakin hari semakin Indah Dunia dirasakannya... Dirimu membesar dengan sihat tanpa sebaran penyakit yang serius.. membesar dengan sihat dan penuh dengan keceriaan..

Dirimu sumber kekuatan kami sayangku... Kakak berjalan pada usia 9 bulan dan bercakap pada usia setahun.. perkembangan yang sihat rasanya..

Genap usia mu setahun.. kami dikhabarkan berita.. umie mengandung lagi.. walaupun ada sedikit berat untuk menerimanya.. kerana tidak puas bermanja dengan dirimu.. kami lapangkan dada dan menerimanya dengan hati yang terbuka..

Syukur, dirimu kini menjadi anak yang sangat bijak.. berkata2 (walaupun tanpa henti daripada kl ke tanjung karang atau ke sepang) kakak la penghibur kami.. walupun pening dengan bebelanmu yang tanpa henti.. walau kami serabut sekalipun.. adakalanya kami rindu dengan suasana tersebut. di tempat kerja.. ketika dirimu tidur.. Kami rinduuuuu pada kakak...

Bila Kakak sakit dan demam.. rumah jadi sunyi sepi... kerisauan melanda kami.. rumah jadi suram tanpa bebelanmu.. kakaklah penyeri hidup kami.. kekuatan kami..

Kakak,
Umie dan babah mungkin tidak dapat menyediakan kemewahan buat dirimu sayang.. tidak mampu membelikan kereta mainan canggih yang kakak selalu bebel nak naik tu... tidak mampu membelikan mainan yang berharga ratusan ringgit... tidak mampu menyediakan makanan yang mahal2.. tidak mampu membelikan pakaian yang berjenama luar negara..
memang tidak mampu buat masa ini, lantaran tahap ekonomi keluarga kita berada di ambang kesederhanaan...

Tapiii,
umie dan babah berjanji dengan kakak..
Kami akan selalu berada di sisi Kakak.. dikala kakak sakit.. di kala kakak kesedihan, di kala kakak memerlukan Kami.. Di malam hari.. dikau kesejukkan.. umie dan babah selimutkan.. di kala Kakak terjatuh.. Umie sambut dan menyapu ubat... kami berjanji memberikan pedidikan terbaik untuk dirimu sayangku...

Harapan Umie dan Babah " semoga menjadi Anak yang baik dan berguna pabila dewasa nanti..."

Sayanggggggggggg kakak


No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...