klik sahaja

Aug 15, 2011



hAIII U OLSSS..


sAYA cukup suker makan nasi Kerabu.. then, tergerak hati nak buat kan.. Semuanya saya ceduk kat dalam Internet.. tapi tak ingat amik kat saper.. sebab dah siap2 print dan save.. pada sesiapa yang ada tengok dan rasa ini resepinya.. saya mintak izin ambil dan publish di blog saya yer... Harap difahami... ;0

Tapiiii Pic tu memang hak muklak saya punya la yer.. hehehhe.. tak berapa nak jadi la kot.. tu yang malu2 nak publish tu hiiii

nie resepi2nya..

NASI KERABU

Bahan-bahan:
500gm beras
½ botol budu
Bunga kembang sepagi secukupnya
5 helai daun limau purut
100ml air asam jawa
1 sudu makan gula melaka
Air secukupnya

Basuh beras, masukkan air, bunga kembang sepagi, serai dan daun limau purut. Tanak sehingga masak.

Ikan Goreng celup Tepung

3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)

3 camb tepung beras

1 camt serbuk kunyit

sedikit kapur

sedikit garam

air secukupnya utk bancuhan

1 biji telur

minyak yg banyak utk menggoreng

Cara-cara

Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.

Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.

Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.

Kemudian goreng sampai btl2 garing.

Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba!

sambal kelapa

Bahan:
500gm ikan kembung | dipanggang
2cm halia
1 batang serai
1 biji kelapa parut | dibuat kerisik
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 biji bawang
½ sudu teh lada hitam

Untuk sambal kelapa pula, tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.
Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
Campurkan dengan kelapa parut dan disangai guna api yang kecil sehingga agak kering dan berderai.

solok lada kelate
Bahan-bahan
12 biji lada besar hijau (dibelah dan dibuang bijinya)
1 biji kelapa (separuh utk santan & separuh utk inti)
3 ekor ikan kembung/selayang
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
ikan dicincang halus dan dicampur dengan separuh kelapa tadi dan tumbuk bersama.

kemudian campurkan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk supaya sebati.Masukkkan garam dan gula secukup rasa.

Apabila semuanya sebati, isikannya ke dalam lada yang telah dibelah tadi.

Apabila siap, masukkan dalam periuk bersama dengan sedikit santan.

Biarkan ia kering dan kemudiannya bolehlah angkat untuk dihidangkan

*bahan ulam kerabu*

1. 5-10 biji kacang panjang

2. 1 biji timun

3. 1/4 biji kubis

4. 1 batang bunga kantan

5. 1 batang serai

6. 1 genggam daun kesum

7. 1 genggam tauge

8. *lauk (opsyenal)*

9. keropok ikan

10. telur masin

11. ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung

12. bawang putih jeruk

13. solok lada - (haritu x buat,so, lenkali baru liza share resipi solok pulak)


No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...