klik sahaja

Sep 27, 2011

Menjala la kiter... (roti jala dan Kuah kAri)


Muah hahahha.. menu utama untuk hari jumaat nanti.. ditaja oleh Manager kita.. Puan Fatimah.. terima kasih bebanyak yer kak fa.. ermm mesti sedappp kan.. then nie resepi siapa2 yang nak menjala yer... ;)


Bahan-bahan ( 3 orang )

3 cawan tepung gandum

2 1/2 camb minyak masak

1 camt garam

sedikit pewarna kuning

1 biji telur

3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.

2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.

Resepi Kuah kari
Ihsan dari SINI

Bahan-bahan:

- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bungan cengkih, bunga lawang
- serbuk kas kas
- daun kari
- daun pandan
- asam jawa
- sebiji lobak dipotong dadu
- 2 biji kentang dipotong dadu
- serbuk kari
- cili boh/serbuk
- Ayam dan daging dipotong dadu
- Santan

Caranya:

- Serbuk kari dicampurkan dengan cili serbuk dan serbuk kas kas. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Asingkan ditepi.
-Panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan tadi. Selepas tu masukkan bawang merah dan bawang kecil yang ditumbuk tadi. Masukkan juga daun kari
- Dah naik bau dan nampak kuning, masukkan campuran yang diasing kan tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daun pandan untuk rasa wangi.
- Masukkan air asam jawa untuk nak rasa masam-masam sikit. Boleh juga digantikan dengan tomato. Kalau taknak rasa masam pun takpe, tak perlu letak.
- Agak-agak bahan menumis tadi dah garing, masukkan daging dan ayam yang dipotong dadu tadi. Dah nampak masak daging dan ayam tu, boleh masukkan lobak dan kentang tadi.
- Kemudian baru masukkan santan.
- Masukkan air dan garam secukup rasa. Kalau nak rasa manis, letak gula skit.
- Tunggu sehingga mendidih,..okay dah siap untuk hidangan


No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...