klik sahaja

Nov 2, 2011

Pesanan buat soffiya



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Buat tatapan adinda sofea yang dikasihi.. Pelik bukan? Kita tidak pernah bersua apatah lagi saling mengenali tetapi antara kita seperti ada tumbuh sesuatu perasaan yg dipanggil kasih sayang antara kakak dan adik.. Ajaibnya takdir Allah..

Coretan ini mungkin agak panjang untuk ditatap, harap adinda soffiya tidak jemu membacanya.. Apatah lagi mempraktikanya..

Adinda soffiya,

Perkahwinan merupakan penyatuan antara dua hati menjadi satu.. Antara kau dan aku menjadi kita dan antara suka menjadi cinta. Namun tidak semua perkahwinan seperti dalam dongengan cinderella yang bahagia hingga ke akhir hayat tetapi perkahwinan itu adalah kehidupan di mana kita mula melangkah masuk ke dalamnya di situlah bermulanya sebuah perjuangan sebagai seorang hamba Allah. Perjuangan membahagiakan hati suami untuk mendapat rehda Ilahi.
Untuk menjadi seseorang yang sempurna memanglah tidak mampu.. tetapi untuk menjadi seseorang yang menyenangkan hati suami kita harus berusaha sedaya upaya kita.. kerana itulah kewajipan seorang isteri..

Fasa pertama yang dilalui selama 3 bulan merupakan fasa yang sangat manis dan indah sekali.. kerana pada fasa tersebut kita tidak nampak kesilapan pasangan kita.. Hanya yang indah2 sahaja menjadi tontonan. kerana di saat itu.. kita masih lagi malu-malu dan dalam proses mengenali sesama diri.

Fasa kedua bermula selepas kita berjaya mengharungi fasa pertama.. di sinilah bermulanya permulaan yang sangat2 mencabar diri kita sebagai wanita.. Pada masa inilah.. segala sikap yang selama ini tersembunyi mula menampakkan dirinya.. Kesabaran amat penting untuk melalui fasa ini..

Fasa ketiga.. Seandainya dirimu sabar dan tabah mengharungi fasa kedua.. maka Fasa ketiga menjadi milikmu sayang.. Fasa ketiga ini.. lebih mematangkan diri kita.. mematangkan hubungan kita.. menjadikan ikatan sebgai seorang suami isteri itu lebih bermakna..

Fasa Keempat
Di sinilah keabadian cinta itu bermula.. Disinilah Kebahagiaan yang benar2 dipanggil BAHAGIA.. sesudah onak dan duri dipijak.. sesudah kesabaran menggunung didaki.. Sesudah segala amarah ditelan di dalam hati..

Adindaku Sofea...

Awak harus KUAT.. REDHA.. dan SABAR..
Pernikahan bukan untuk sehari dua tetapi jika boleh hingga ke akhir nyawa..
Setiap pergaduhan ataupun kemarahan PASTI ada bunga2 kasih sayang yang memekar seandainya ia dibalas dengan kesabaran..
Mungkin ada orang akan berkata.. Sampai BILA?? Sampai Bila harus bersabar?... Jawapannya ialah sampai hatimu ikhlas bersabar dengannya.. Masih lagi kamu menatapnya dengan kasih sayang. masih lagi kamu merindui segala macam perbuatannya.. masih lagi kamu mahu sebut namanya..Dan sabarlah sehingga dia benar2 menghargai Kamu..

Lelaki.. Egonya tinggi.. Tanggungjawabnya berat.. Dia tak akan semudah itu menyatakan kata2 I love You.. (untuk yg type macam suami2 kita la).. namun.. bila dia tersedar di tengah malam.. dia kan mengucup dahimu dan melafazkan kasih sayangnya pada kita.. itulah lelaki..

Jadi soffiya.. Laluilah fasa pertama dan kedua serta ketiga dengan sabar dan redha.. pasti fasa seterusnya milik kamu....

Ok sayang.. lots of love from Me..

Your sis

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...