klik sahaja

Nov 15, 2011

Resepi Soto



Sejak sekali tu.. saya buat Soto.. Semua org request Soto saja.. Kenyangsaya tengok insan2 tersayang saya makan dengan kepuasan.. hahaha.. so dah tahu nak buat kan?? meh kita kongsi resepinya di sini.. Kongsi biar semua orang boleh merasa dak?.. ;) Resepi ni memang senang betul.. cuma agak mangambil masa sedikit.. yolah.. nak sodap musti la rumit sikit jang oiii..






Bahan Sampingan
Nasi impit
Ayam siat
Taugeh
Telur rebus
Kentang rebus@goreng
Begedil
Daun sup@daun bawang
Bawang goreng
Suun goreng & kacang tanah
Limau nipis
Sambal kicap
resepinya ialah..

Bahan2
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih
sekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam






1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
6. Untuk resipi bergedil pula, sila lihat di bawah
7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang .

Resepi begedil daging
Bahan-bahan ( 3 orang )
2 bj kentang
segenggam daging cincang ramly
daun sup dicincang halus
5 sudu besar bawang goreng
satu sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur (di pukul)

Cara-cara
kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng

Sambal kicap

1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...