klik sahaja

Dec 23, 2011

Special For My BFF

*
*
*
*
*

Special Created for My Lovely BFF

Puan Shasha Sharin and Miss Rossarida

Semoga Ukhwah antara kita berpanjangan

Lots of Love

Manusia dan Buku




MANUSIA seperti SEBUAH BUKU . MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR dan MUKA BELAKANG adalah TARIKH KEMATIAN serta TIAP – TIAP LEMBARAN adalah TIAP – TIAP HARI DALAM KEHIDUPAN YANG TELAH KITA LAKUKAN .

SEKALI TERTULIS , TIDAK AKAN BOLEH DI UBAH SEMULA , tetapi , SEBURUK MANA PUN HALAMAN SEBELUMNYA , MASIH TERSEDIA HALAMAN SELANJUTNYA yang MASIH PUTIH dan BERSIH .

SAMA DENGAN KEHIDUPAN KITA . SEBURUK MANAPUN KISAH KITA DAHULU , ALLAH SWT MASIH MENYEDIAKAN HARI – HARI YANG BARU UNTUK KITA . KITA SELALU DI BERI KESEMPATAN BARU UNTUK MELAKAR SEJARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA . maka , dengan itu , BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KEHIDUPAN telah DIBERI oleh- NYA =)

Hati Bak Aiskrim


♥ Hati PEREMPUAN umpama Aiskrim Kon , mudah cair bila panas , namun begitu , ia penuh dengan KELEMBUTAN dan KEMANISAN didalamnya yg susah untuk digambarkan ~

♥ Hati LELAKI pula umpama Aiskrim Batang@Malaysia , ianya sangat keras , sekeras perangainya mungkin . Tapi dalam kerasnya , ia juga mampu cair . Disebalik kekerasannya , tetap tersimpan KEMANISAN yg indah ~~


Dec 14, 2011

34 Tahun yang Lepas Pesawat Kita pernah dirampas dan Terhempas?


Model Kapal Terbang seperti Ini

okies.. saya sebenarnya tak tahu cerita ini.. dan sekarang saya tahu.. then saya kongsi bagi sesiapa yang nak Tahu.. ;)



Pesawat MAS dirampas dan terhempas di Johor (1977)Pada 4 Disember 1977 lebih kurang jam 8.15 malam dilaporkan bahawa sebuah pesawatMAS (Malaysian Airlines) telah meletup dan terhempas semasa dalam penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Dua puluh minit sebelum kemalangan ngeri itu, juruterbang terbabit dikatakan telah memberi amaran kepada menara kawalan di lapangan terbang Subang (Kuala Lumpur) bahawa pesawat jenis Boeing 737 yang sedang dipandunya itu telah dirampas oleh kumpulan pengganas Japanese Red Army yang membawa bahan letupan. Pesawat yang membawa seramai 100 orang penumpang itu juga terpaksa membatalkan pendaratan di Subang dan meneruskan penerbangan ke Singapura. Bangkai pesawat yang terhempasitu dijumpai di Tanjung Kupang, Johor. Laporan akhbar 2 hari kemudian memberitahu bahawa perampas pesawat itu hanya terdiri daripada seorang sahaja, dan nama serta kewarganegaraannya tidak dapat dipastikan.

Dalam satu laporan lain diberitahu bahawa kesemua93 penumpang dan 7 krew penerbangan telah terkorban dalam tragedi udara yang dikatakan terburuk di Malaysia itu. Salah seorang mangsa yang terkorban ialah Menteri Pertanian,
Dato' Seri Ali Haji Ahmad. Oleh kerana tiada saksi yang terselamat, maka kaitan kejadian itu dengan kumpulan Japanese Red Army tidak dapat dipastikan, dan penyiasat hanya berharap kepadakotak hitam (perakam suara dan maklumat penerbangan) yang hanya dijumpai beberapa minggu kemudian. Selain itu timbul juga masalah untuk mengebumikan semua mangsa kerana identiti mereka yang sangat sukar untuk dikenal pasti akibat daripada kemalangan yang terlalu dahsyat di mana tiada satu pun mayat dalam keadaan sempurna. Beberapa orang ketua pelbagai agama telah berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa kesemua 100 mangsa (yang terdiri daripada pelbagai agama) akan dikebumikan secara serentak di sebuah tapak perkuburan khas yang terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. Pengebumian besar-besaran itu dilakukan 5 hari selepas kejadian.

Hasil siasatan ke atas kotak hitam pesawat terbabit telah didedahkan dalam satulaporan rasmi 9 bulan selepas kejadian. Laporan itu menya
takan bahawajuruterbang dan seorang pegawaipenerbangan telah ditembak oleh perampas (tidak diketahui berapa orang) beberapa minit sebelum pesawat itu menjunam jatuh ke negeri Johor. Rakaman suara itu memperdengarkan bunyi tembakansebanyak 3 kali, dan juruterbang bernama G.K. Ganjoor sempat merayu "No, please, don't" sebelum dia ditembak. Data lain menunjukkan bahawa kejadian itu berlaku semasa pesawat berada pada ketinggian 4,000 kaki di mana pesawat itu sedang dalam keadaan menurun untuk mendarat di lapangan terbang Paya Lebar, Singapura. Sebelum bunyi tembakan itu, terdapat jugasuara seseorang yang tidak dikenali berkata "You bluff us". Terdengar ju
ga percakapan dalam bahasa asing dalam rakaman itu tetapi laporan rasmi menyatakan bahawa kewarganegaraan perampas itu tidak dapat dikenal pasti. Kotak hitam itu juga mendedahkan bahawa seseorang cuba memandu atau mengawal pesawat itu selepas juruterbang ditembak. Sebaik sahaja tembakan berlaku, pesawat itu mula menjunam dan terhempas ke bumi pada kelajuan450 knots. Laporan rasmi itu juga menyatakan bahawa tiada kejadian letupan yang berlaku di atas pesawat terbabit.


Sekadar Gambar Hiasan Sahaja ya ;(

Sumber dari SINI dan SINI

Berani bacalah yang ini Kejadian pelik di tempat kejadian

Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

Tragedi pesawat MAS MH 653 terhempas di Johor (4 Disember 1977)

Kejadian aneh selepas kapal terbang terhempas

Hutan bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.
Hampir 30 tahun kejadian berlaku, namun sehingga kini masih menjadi igauan dan ingatan penduduk sekitar Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor Bahru, kawasan kapal terbang MH 653 milik Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas dan mengorbankan 93 penumpang dan tujuh anak kapal pada 4 Disember 1977.

Sehingga kini, punca nahas itu tidak diketahui, walaupun MAS mengesahkan ia dirampas. Menurut laporan, pesawat itu dirampas sebaik saja berlepas dari Pulau Pinang dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Subang, tetapi terpaksa meneruskan penerbangan ke Singapura sebelum terhempas.

Bagaimanapun, kejadian itu terus mewujudkan pelbagai andaian, cerita dan kenangan. Pelbagai cerita aneh turut diceritakan pelbagai pihak selepas kejadian itu.

Antaranya, kisah seorang pemandu teksi mengambil penumpang wanita muda bersama seorang anak kecil di kampung itu, tidak jauh dari kawasan kemalangan. Penumpang berkenaan meminta dihantar ke Jalan Kebun Teh iaitu tanah perkuburan khas bagi menempatkan mangsa tragedi.

Apabila sampai di situ, wanita itu meminta keluar sebentar untuk menziarah makam dengan menumpangkan anak kecilnya di tempat duduk hadapan teksi.

Bagaimanapun, sebaik berpaling melihat wanita itu berjalan ke arah makam, anak kecil di sebelah tempat duduknya bertukar menjadi batu nisan dan wanita itu turut ghaib.

Sehingga kini, tidak ada pokok termasuk pokok bakau dapat hidup di kawasan kapal terbang terhempas itu.

Ketua Kampung Ladang, Tanjung Kupang, Abu Bakar Mohd Ali (gambar), 58, berkata beliau masih teringat kira-kira lima hari selepas kejadian, dia menerima kedatangan seorang pelanggan, seorang anggota polis hutan yang membeli barangan keperluan di kedai runcitnya.

Beliau berkata, ketika itu, dia perasan, wang yang digunakan untuk membeli barangan adalah wang kertas RM5 yang banyak ditemui di lokasi kemalangan serta berbau darah.

“Saya mengesyaki wang berkenaan milik mangsa yang terbabit dalam nahas itu. Saya mencium wang berkenaan untuk memastikannya selepas pelanggan berkenaan meninggalkan kedai dan saya yakin ia berbau darah,” katanya.

Abu Bakar berkata, berikutan kejadian itu, dia menjadi gelisah dan tidak dapat tidur semalaman.

“Bagaimanapun apa yang menakutkan ialah bayangan lembaga hitam mengganggunya sehingga dia berasa seolah-olah ada benda berat menindih badannya.

“Saya tidak dapat melihat dengan jelas lembaga hitam itu sama ada lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, saya percaya ia disebabkan saya menerima wang milik mangsa kemalangan berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan saya menjadi seperti tidak tentu arah dan sentiasa terperanjat hampir seminggu,” katanya.

Seorang nelayan, Sulaiman Othman, 58, berkata kawasan nahas berkenaan berhampiran sebuah pangkalan nelayan.

Katanya, dia sering berulang-alik di kawasan itu termasuk pada hari kejadian apabila turun ke laut untuk menangguk udang kira-kira jam 7.30 malam bersama dua lagi rakan.

“Kira-kira jam 8.45 malam, kami terdengar bunyi bising. Pada mulanya, kami ingat bunyi kapal terbang Singapura menjalani latihan. Bagaimanapun, bunyinya pelik dan berdesing seperti wisel.

“Tidak berapa lama kemudian, kami melihat sebuah pesawat terbang rendah dan terdengar bunyi dentuman sebelum satu letupan kuat dan api menjulang beberapa puluh meter ke udara,” katanya.

Sulaiman berkata, kejadian itu menyebabkan pelbagai dokumen dan barangan turut tercampak ke laut.

“Saya amat terkejut dan bersama seorang rakan kembali ke darat untuk melihat apa yang terjadi. Saya dapati pelbagai barangan bersepah berhampiran tempat kejadian seperti pakaian, makanan, kertas dan sebagainya.

“Kami juga melihat satu daripada sayap kapal terbang berkenaan tercacak pada benteng manakala tayar di kawasan bakau. Selain itu, banyak wang kertas RM5 turut ditemui bertaburan di atas tanah serta perut manusia.

“Semua mayat sudah hancur dan tidak lagi kelihatan bentuk. Apa yang kami dapat lihat ketika itu hanya gumpalan daging saja,” katanya.

Beliau yang dipercayai penduduk kampung pertama sampai di tempat kejadian mendakwa menemui ikan kurau kering masih elok di dalam sebuah bakul yang biasa dibawa masyarakat Cina pada masa itu.

Katanya, tidak lama kemudian, satu helikopter dari Singapura sampai di tempat kejadian dan mula menyuluh ke tempat kejadian.

“Mereka juga mengikuti pergerakan kami di lokasi berkenaan untuk tempoh beberapa minit menyebabkan kami meninggalkan lokasi berkenaan.

“Mungkin mereka menyangka kami antara mangsa terselamat dalam nahas berkenaan,” katanya yang mendakwa tidak lama kemudian berpuluh-puluh ambulans dan jentera bomba datang ke tempat kejadian untuk membantu mangsa nahas.

Sulaiman berkata, tiga hari selepas kejadian, dia memasuki kawasan tragedi dan cuba mengambil sebelah kasut kulit yang ditemui di tempat kemalangan berkenaan.

“Saya sungguh terkejut apabila mendapati ada kaki manusia di dalam kasut berkenaan. Saya juga ada mendengar cerita seorang penduduk kampung mengambil kasut di kawasan kemalangan tetapi terpaksa memulangkan semula apabila tidak dapat tidur,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman dan Abu Bakar kesal kerana janji untuk membina peringatan di atas kawasan nahas berkenaan tidak ditunaikan.

Kawasan itu kini diambil alih dan menjadi sebahagian tanah milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Tragedi itu mengorbankan 73 rakyat Malaysia, tiga rakyat Australia, Inggeris (lima), Jerman (empat), Afghanistan (satu), India (tiga), Thailand (satu), Jepun (satu), Singapura (satu), Kanada (satu) dan tiga rakyat Indonesia, Amerika Syarikat (satu), Cuba (dua) dan Greece (satu).

Dec 1, 2011

Sertai Baby contest


Hi u olss.....

Saja cuba nasib manalah tahu dapat menang Splash Pool kan?.. Mesti gembira sangat my little Qaisara'S tu..

Saingan sangat hebat.. Semuanya comel2 belaka.. tapi takpe.. just try my luck je..

Kalau Menang.. Syukur Alhamdulillah.. kalau Tidak pun tak mengapa.. Kan rezeki semua di tangan Tuhan kan?....

Then.. sesiapa yang baik hati untuk membanyakkan LIKE di contest saya tu.. bolehla LIKE di SINI ya...

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengundi anak saya..

Sayangggg u olsssss ;)

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...