klik sahaja

Oct 31, 2011

Sekarang.. Cinta dah tak berapa nak Laku..


Hi u olsss..

Mari kita dengar sedutan radio ini..


So? apa pendapat u all..

Pendapat saya ialah...
*
*
*
*
*
saya menyokong tindakan wanita tersebut.. why?

1-sebab wanita itu berani memperjuangkan masa depan beliau
2-sebab wanita itu sangat lantang menyuarakan pendapatnya
3-sebab wanita itu tahu apa yang terbaik untuk dirinya.

Saya tidak suka apabila
1-deejay tersebut menyatakan "perempuan tidak elok ini"
2-lelaki tersebut meluahkan perasaannya pada radio

Pesanan saya @ pendapat saya
-Zaman sekarang bukan macam zaman dulu.. zaman sekarang masuk toilet pun nak pakai duit.. semuanya pakai duit.. so sikap materialistik itu perlu.
-Perempuan itu sebenarnya sayangkan lelaki itu.. dia cuba membangkitkan semangat lelaki itu..
-Bukannya dia tidak nasihat tetapi sudah jenuh.. so kalau dah tak faham2 bahasa.. tinggal la sahaja.
-Lelaki tersebut tidak profesional kerana menelefon radio dan kononnya cuba pujuk kembali.. tetapi adakah dia tidak fikir bahawa hal yang dilakukan ini boleh memalukan diri sendiri dan wanita tersebut.. cuba dengar sendiri yang deejay itu berkata perempuan ini tidak elok.

sekian..

Entry CINTA selepas ini...

Oct 28, 2011

Bersama dan Bersatu Hingga Ke Akhirnya..


Ya sayang... ini pesan Umie.. walau apa pun jadi.. Adik Beradik..
air Dicincang Takkan Putus.. Besatulah Kalian berdua.. Jangan berpatah Arang disebabkan hal-hal keduniaan..

Ingat ya sayang... Umie Sayangkan Kalian semua.. tiada beza.. Jadi.. sentiasalah bersama dan besatu di dalam Susah Mahupun Senang.. tak perlu bergaduh kerana Hal Keduniaan.. ;)





Lot of Love from Umie....

Mari Layan Video

Permata Hati Anum & Afiz Slideshow: UmiQaisara’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Sepang was created by TripAdvisor. See another Sepang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Oct 27, 2011

Surat cinta seorang ROCKER!

Salam,
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.

Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu.

Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,Rockersejati

Perbezaan atau Persamaan





Hahaha.. saje je nak tempek kat blog...
Kalau pandai cubalah teka apa perbezaan kedua-dua gambar ini?....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

There you are... jawapannya ialah ... sama tak? hehe lebih kurang je kan?..

Oct 25, 2011

Time is Flying not walking.. ;)

Ops.. bila dah beso ni.. suker sgt buat aksi mengedik.. muah haha

lagi aksi mengedik yang boleh diterima ;)

Budak tembam yang suka buli kakak

Jangan ditanya apa status gitar itu sekarang.. kerana jawapannya ialah sudah hancur di atas kepala kakak disebabkan pergaduhan kedua-dua belah pihak.. adik yang buat ya.. bukan umi.. ;)


Haiii u olss....

Lamaaa sungguh tak mengupdate blog ni.. bukan apa.. bila mood tak ada.. mood nak tulis pun tak berapa nak ada.. muah haha.. takpo laie bukan ada peminat pun blog ni.. muah hahaha

okla yer.. entry ni untuk diri sendiri ya..

Sekejapan sahaja waktu dah berlalu.. bila anak2 dah membesar dan boleh berkata-kata dengan bijaknya.. barula perasan umur semakin meningkat.. rambut yang tak dikaler pun dah mula mucul walaupun seurat cuma.. huhu en uban la yer.. ;(

ok.. sekian

(dalam proses nak belajar buat blog.. sesimple yang mungkin)



Oct 10, 2011

Petua Murah Rezeki:

Berikut adalah kiriman email yang saya perolehi tentang pesanan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Semoga Allah memberkati dan merahmati pengirim email tersebut juga Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…


Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...