klik sahaja

May 25, 2012

Qaisara Rasyiqah Turn 2

Sayang..



Semoga menjadi Anak yang solehah dan Hamba Allah yang Taat.

Tiada Hadiah yang mahal dan berharga dapat kami berikan kepada awak. Hanya Doa dan restu mengiringi kehidupan awak.

Umie dan Babah sedaya upaya menjadi ibu bapa yang terbaik di hadapan kalian.. Selebihnya, Allah yang akan menentukan..

Umie dan Babah sayangggg sangat kamu berdua..


Ingat pesan kami, walau dimana kamu berada.. Di mana tanah dipijak Di situ langit dijunjung.. Sentiasa memandang ke bawah Supaya kamu sedar bahawa betapa bersyukurnya kita hidup di Bumi Allah ini.

Sentiasa Ingat yang Nafas dan kehidupan di Dunia ini ialah pinjaman semata. Jadi sentiasalah bersedia menjadi Hamba Yang Taat kepada Perintah Allah.

This Video dedicated utk Qaisara Rasyiqah.. Sebab her birthday is Today.. 25/05/2012.. 

Keletahmu..
Kenakalanmu..
Kecomelanmu..
Kepandaianmu..

Amat dirindui..

Semoga Allah memanjangkan usia kita semua dan dapatlah kami membimbing kalian semua ke Jalan yang Diredhai Allah.. Amin~~~

May 22, 2012

15 TAHUN GENAP DIA PERGI




Dia..
Lelaki istimewa dalam hatiku.. akan sentiada bersemadi dalam hatiku buat selamanya.
Dia,
Lelaki yang tidak pernah mengenal penat lelah biarpun dimakan usia..
Dia,
Penjaga yang dikirmkan oleh Allah untuk menjagaku..
Dia,
Sangat memanjakan aku bak menatang minyak yang penuh..
Dia,
Perwira di hatiku..
Dia,
Mengajar aku hidup dan mengenal Dunia,

Ku rindu suaranya..
Ku rindu arahannya..
Ku rindu pujukkanya
Ku rindu cahaya di matanya
Ku rindu alunan Al-Quran yang sering dilagukan

Tapi..
Hanya doa yang mampu ku kirimkan
Hanya doa yang mampu ku panjatkan

Agar Rohnya tenang di sana.. 
Mari sedekahkan Al-Fatihah kepadanya

Insan yang ku panggil BAPAK (tak lupa juga kepada EMAK)

Biarpun beliau bukan bapa kandungku.. tapi beliau yang menjaga dan mengasuhku dari usiaku 5 hari hingga 15 tahun..

Datanglah dalam mimpiku andai Allah izinkan.. Agar aku dapat melepaskan rindu di hati..
Lihatlah kini aku.. Sudah punya keluarga sendiri.. Sudah punya anak sendiri. Pasti dirimu gembira andai Kau ada di saat ini..

Hari ini.. Genap 15 tahun kau pergi meninggalkan aku menyahut Seruan Ilahi. betapa bila tiba saat ini, aku menjadi Hiba.. ;(

Bapak,
Maafkan anum sebab tak pernah datang menjenguk pusaramu.. kerana anum yakin bapak mesti bahagia di samping emak di Alam sana.. Hanya doa dan Yassin yang mampu anum hadiahkan.
Semoga Bapak dan Emak tenang di sana..

Miss u so much :(




Anak Dara Umie yang Sabar

Anak dara Umie Qaisara Batrisyia dan semakin besar.. dah bijak berkata kata.. Tapi dia masih lagi merengek ketika di tengah malam.. Dan masih lagi menangis bila nak mandi pagi.. muahahhaa


Wajah kecintaan Umie.. Babah dan Kakak Batriysia.. Muka sama kan? yerlaaa anak babah kan?.. tapi ada sesuatu yang mewarisi Umie..

KESABARAN

Ini merupakan kesan gigitan dan cubitan daripada raksasa di rumah iaitu


Adik Rasyiqah..

Kakak diam sahaja bila digigit atau dicubit.. membalasnya hanya dengan tamparan kecil. terkejut umie melihat kesan gigitan dan cubitan itu pada malam hari.. Owh.. anakku Batrisyia.. Semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang sabar ya.. ;)


May 17, 2012

Bersatulah wahai Umat Islam

Salam semua..


Hati aku rasa macam berat dan penuh dengan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku akhir2 ini.



  1. Solat diremehkan
  2. Perselisihan faham didebat di dalam forum dan bukannya secara berdepan 
  3. Nabi Muhammad dipersoalkan
  4. Hadis diperlekehkan



Banyak lagi perkara yang buat aku kecewa dan sedih.. Tapi aku manusia biasa jugak.. Hanya doa sahaja mampu aku lafazkan agar mereka semua diberikan hidayah dan seribu rahmat.


Kalaulah mereka dapat merasa betapa manisnya SOLAT dan betapa hinanya diri ini di sisi ALLAH. Pasti mereka tiada masa untuk berdebat dan mempertikaikan itu semua.


Nauzubillah

May 14, 2012

Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri




DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu. 

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19). 
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun." 

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. 

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. 

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?" 

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. 

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. 

Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?" 

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. 

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. 

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya." 

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." 

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."



Sesuci Wudhu




Dari Nu'aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah"
(Riwayat Muslim)
1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan penuh khusyuk.

2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut:

i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini".
iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini".
v. Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya."
(Riwayat Bukhari)
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا النَّاسُ Ù‚َدْ جَاءكُÙ… بُرْÙ‡َانٌ Ù…ِّÙ† رَّبِّÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ£َنزَÙ„ْÙ†َا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù†ُورًا Ù…ُّبِينًا
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)
(An-Nisa 4:174) 

Usia






Batrisyia 4 tahun pada 20 Julai 2012

Rasyiqah 2 tahun pada 25 May 2012

En Suami 27 tahun pada 28 Nov 2012

Umi Qaisara's 17 tahun pada 24 July 2002
Muah hahaha ;)

Pejam celik pejam celik..

Time is flying not walking, omputih cakap..

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beramal soleh. Ayat  cinta Allah swt

Ermmmmm  Sykur Alhamdulillah..

Semoga perjalanan hidup kami diberkati Allah SWT.

Dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, ditunjukkan Jalan yang Lurus dan dinaungi rahmat Ilahi.


Entry khas utk tatapan sendiri :)


Air Mata Yang Murah






Biasalah tu.. Bila kita serahkan hati pada Manusia, dia hanya menjaganya kadangkala..

Manusia biasa tidak akan terlepas daripada menyakiti.. kerana itu adalah lumrah manusia.

Manusia yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain pun akan tetap menyakiti.. Its true right?

Bila disakiti, hati yang pertama akan sakit.. Perasaan terusik.. Air mata begitu murah untuk mengalir..

JANGAN!!!!!!
Jangan jadi bodoh.. ;)
 
Alirkan air matamu untuk mencari keredhaan Allah.
Air mata yang mengalir kerana Allah SWT di atas tikar sembahyang mengharapkan keampunan Allah BALASANNYA api Neraka tidak akan menyentuh dirimu.

Tetapi, air mata yang mengalir kerana kesilapan manusia Balasanya hanya kata pujukan atau paling untung pun hadiah material ataupun yg paling lagi sedih TIADA APA!!

JADI..
Kepada sesiapa yang bersedih bila disakiti manusia.. Tarik nafas dalam2.. Hembus perlahan2.. Berzikir dan puji pujian pada Allah.. Katakan yang Hanya kemarahan Allah yang aku takutkan bukannya kemarahan manusia yang sedarjatku..

PASTI
Hati tenang dan berasa betapa kerdilnya diri di sisi Allah..

Ikhlas dari ku.. :)










May 4, 2012

Pulang Ke Rumah Moyang Little Qaisara'S

Salam u olss..




































Akhir bulan April hari tu.. En suami ajak balik kampung dia di Kampung Sawah Sempadan.. So layann je gambar-gambar ni ya.. 

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...