klik sahaja

Mar 25, 2014

Sekadar menulis..



Salam semua...
Pencarian MH370 masuk hari ke 17..
Akhirnya terjawab segala spekulasi apabila Perdana Menteri Kita telah mengumumkan berita yang paling dinantikan dan paling tidak mahu didengar..
Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. ianya tragedi bagi tahun 2014 yang masih belum sampai penghujungnya pun..
semoga informasi saya yg telah sy kongsikan sedikit dlm post2 sy sblm ni memberi sedikit maklumat pada yang sudi membacanya..
saya tidak mengejar glamour.. saya juga tidak pernah pun merasa duit iklan nuffnagg..
saya cuma suka menulis.. menulis hobi saya daripada dulu..
hope tiada mulut tempayan yang hinggap di sini sekadar untuk menyakitkan diri sendiri..
Saya cuma mencuri masa untuk melepaskan keinginan saya..
Maaf andai tersilap bahasa ya..


Tenanglah wahai MH370


Pagi ini..
Melangkah kaki seperti biasa...
tapi sayangnya..
hari ini bukan seperti hari2 biasa..
perkhabaran lewat malam semalam rupanya masih terkesan di jiwa..
berjalan di bawah cahaya bulan pada subuh ini..
melewati manusia2 yang bangun awal pagi demi sesuap rezeki..
terkesan di setiap wajah..
ada nada duka..
ada juga yang bengkak di mata..
inilah kita semua..
tabahkanlah hati keluarga dan teman2 yang mengenali penumpang mh370.
sekarang bukan masa untuk menilai dan menghukum..
bukan ketika menunding jari pada sesiapa..
bukan mengungkit kesilapan manusia..
sekarang masa untuk bertenang..
gunakan kemanusiaan yang ada untuk memahami..
betapa kerdilnya kita di sisi Allah yang Maha Kuasa..
Manusia yang tidak pernah faham erti kemanusiaan..
Berdiamlah.. Kerana andai kau suarakan juga bisa katamu..
bimbang nanti kau juga merasai perasaan pedih yang menimpa mereka..
dan bimbang lebih dahsyat lagi..
Pada hati yang mengerti..
Sama2 kita berdoa.. agar jasad ditemui..
buat pengubat rindu dan duka di hati..
Semoga Allah memudahkan segalanya..
Andai jasad kalian terkubur di sana..
tenanglah wahai roh...
sesungguhnya.. doa kami senantiasa mengiringi kalian..
Bukankah Perancangan Allah lebih baik dari segalanya?..
Ya... itulah jawapan terbaik untuk kita..

Mar 11, 2014

DOA : Penyelesaian Terbaik buat MH370

Salam..

Pastinya KINI di dalam setiap hati kita yang punya hati dan perikemanusiaan akan terasa betapa beratnya kejadian yang menimpa MH370.

Kita mungkin bukan siapa-siapa malah tidak mengenali pun mereka.. Tetapi RASA itu tetap ada..

Terdapat seribu satu spekulasi yang melanda kejadian ini..Ghaib, Rampasan Pesawat,Letupan di Udara,Komplot mengelakkan Perang Dunia Katiga, Terjunam Di lautan dan pelbagai lagi..
Ia adakalanya tidak dapat masuk dek akal.. Tapi ia juga tidak dapat ditolak kemungkinannya..

Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah Berdoa dan terus Berdoa.
Semua yang berlaku adalah di bawah Kuasa Allah SWT. Pihak yang berwajib telah menjalankan tugasan mereka.. Pemimpin kita juga cuba buat yang terbaik.. Sekarang bukan masa untuk menunding Jari kepada sesiapa.. Sekarang Masa untuk kita bersatu hati demi insan-insan yang terlibat dengan kejadian ini..

Just Imagine yang sebenarnya hanya insan2 terpilih yang melalui semua ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui


Then... Kalau anda tidak mampu membantu dari dekat.. Bantulah daripada Jauh.. Sesungguhnya Doa orang-orang yang Soleh paling Mustajab dan Mungkin Orang yang SOLEH itu anda..



Mari sama sama kita BERDOA


Panduan Doa Makbul.
  1. Tidak melakukan perkara yang menghalang doa dimakbulkan.
  2. Membiasakan diri dengan tiga tabiat para Nabi.
  3. Menguatkan doa dengan tawassul syar’i (yang dibenarkan syarak).
  4. Mengambil peluang dengan masa, tempat atau keadaan yang mustajab doa.

“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.”

(Surah al-Mukminun 40:60)

Individu yang Mustajab Doa.
Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.



“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan sanudaranya itu mustajab. Atas kepalanya, ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata : “Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).”

(Riwayat Muslim)

  1. Orang berpuasa.
  2. Pemimpin yang adil.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. “Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.”

(Riwayat Ahmad)
  1. Ibu bapa.
  2. Musafir.


“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.


“Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya : “Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?” Allah menjawab : “Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!”

(Riwayat Ahmad)
Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.


“Orang yang sedang berperang di jalan Allah, haji dan umrah isalah delegasi tetamu Allah. Allah menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka Allah mengurniakannya.”

(Riwayat Ibn-Majah)
Orang yang banyak mengingati Allah.


“Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak ; orang yang banyak sekali mengingati Allah, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.”

(Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Orang yang tidur dalam keadaan suci.


“Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati Allah dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat Abu Daud)
Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.


“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Orang yang benar-benar dalam kesulitan.


“Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-Nya?”

(Surah al-Naml 27:62)

Tip Doa Makbul.

Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para Nabi dan doa-doa mereka yang dimakbulkan. Pada akhir ayat 90, Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para Nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul :
Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.
Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh pengharapan dan ketakutan.
Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.

Masa yang Mustajab Berdoa.
  1. Antara azan dan iqamah.
  2. Ketika hujan.
  3. Semasa ayam berkokok.
  4. Kala sepertiga malam.
  5. Ketika sujud dalam solat.
  6. Ketika waktu senang.
  7. Ketika peperangan.
  8. Di hujung solat fardhu selepas tahiyat sebelum salam.
  9. Pada malam hari.
  10. Pada hari Jumaat.

Orang yang Allah Kabulkan Isi Hatinya Tanpa Berdoa.

Allah S.A.W berfirman : “Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhlukNya.”

(Riwayat al-Tirmizi)



Updated : Hari ke 4 Misi mencari MH370 yang hilang..



Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura.

Pada malam kejadian, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.


Dikesan di Pulau Perak

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara.

Kemungkinan itu disokong dengan laporan polis oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah, dengan anggaran ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Bharu, Kelantan.

Sejak kelmarin, ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka dengan skop kawasan dibahagikan kepada lima zon pencarian membabitkan pelbagai pasukan.

Sumber





Mar 9, 2014

Misi Mencari Pesawat MH370 (Gambar)

Salam Semua..

Di Sini saya kongsikan sedikit Gambar Misi Bantuan Mencari MH370 yang masih belum ditemui setakat ini.. Misi Menyelamat kali ini telah melibatkan Negara-negara seperti Vietnam, China,Singapore,USS dan tentunya Negara Malaysia.. Jumlah kasar yang diberitahu pada sidang media pada jam 1 tadi berkata..
Terdapat 22 buah AirCraft , 14 Ship 1 kapal selam dan beberapa helikopter telah terlibat dengan Misi ini..

Mari sama- sama berdoa semoga semuanya dipermudahkan..

Aminnn



 

 













KebesaranNya : Rentetan Kejadian MH370



Salam Semua :) mari kita bersama renung sejenak dan fikir sedalamnya.. Mungkin inilah peringatan bagi Hamba Allah yang disayangiNya..




Dan di bawah ialah pesanan buat Pesawat MH370 andainya masih dapat dihubungi


Maybe kita bukan siapa siapa untuk mereka.. bukan saudara bukan jiran malah tidak mengenalipun sesama kita.. Namun kita ada rasa persaudaraan itu.. Kerana kita sesama Islam dan tanah tumpah darah kita Sama.. Mari doakan yang terbaik buat mereka.. Allah Know The BEST..



Mar 8, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370 KUL-BEEJING





Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.
Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.


Kronologi Terkini (UPDATE):
12.41 pagi (GMT+8): Pesawat Boeing 777 berlepas dari KLIA
01.05 pagi (GMT+8): Melalui laporan Flight Aware, data semasa penerbangan pesawat tidak dapat di terima.
07.25 pagi (GMT+8): MAS mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
10.30 pagi (GMT+8) : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
10.40 pagi (GMT+8) : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat


KREDIT TO: http://terengganutoday.com/muka-hadapan/berita-update-terkini-pesawat-mas-dari-kl-ke-beijing-hilang

Baca ini pulak : penumpang dan kapten MH370





SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...