klik sikit

8 Jan 2015

Maafkan umie sayang

Hari ni... umie terbaca satu blog.. mengenai kisah seorang ibu yang tidak sengaja mengabaikan anak sulungnya setelah kehadiran baby kecilnya..
Terus terang.. umie akui.. umie juga begitu.. mengalir air mata ini bila membacanya..
Kejamnya umie ni pada kakak.. umie selalu marah2 kakak.. selalu jerit2 kat kakak..
Kakak jangan bising
Kakak jangan kacau adik
Kakak jangan melawan
Kakak boleh duduk diam tak
Kakak tolong ambik kan ini ambik kan itu..
Dan macam2 lagi kakak...

Maafkan umie sayang..
Kakak Rasyiqah umie jarang2 marah sebab dia pandai ambil hati dan suka buat hal sendiri..

Kehadiran Muizz lagi menjauhkan jarak antara kakak dan umie.. padahal dulu..
Kakaklah selalu di sebelah umie masa tido..
Kakaklah selalu tolong kacau umie di dapur..
Kakaklah selalu main nyorok2 dengan umie..
Kakaklah membebel2 dengan umie..

Betapa hari ini baru umie sedar yang umie silap..
Pagi ni buka balik gambar masa kakak kecik2.. owhh lagilah umie rasa sedih..

Kenapalah umie ni pilih kasih?
Padahal kakak darah daging umie
Kakak anak yang baik
Kakak anak yang bijak
Kakak pandai jaga adik..
Kakak sayang adik2..

Maafkan umie sayang.. Umie sayangkan kakak sangat2 tapi umie terlalu taksub dengan adik2 hingga mengabaikan kakak..

Maaf ya sayang.. ;(

Welcome Back En Ahmad Shapawi

Alhamdulillah.. bersyukur kerana MSN kini di bawah pengarah baru Encik Ahmad.Shapawi Bin Ismail.

Tahniah juga kepada Dato Seri Zulkples embong yang telah 8 tahun menerajui Majlis Sukan Negara. Dan sekarang telah dilantik menjadi CDM sukan SEA 2017. semoga sentiasa success.. aminnn

Menyentuh sedikit tentang KETUA PENGARAH baru MSN 2015 iaitu Encik Ahmad Shapawi, saya jujurnya masih belum mengenali beliau.. tetapi terlalu banyak cerita yang saya dengar mengenai beliau.. nak tahu apa? Semuanya tentang kebaikkan yang beliau lakukan.. tidak sombong, ramah, bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah dan sangat2 disenangi oleh semua kakitangan.. bermula daripada gred yg tertinggi dan serendah2 gred. Semuanya baik2 sahaja keluar daripada rata2 kakitangan lama dan baru.. dan sebagai front desk yang dianggap kakitangan bawahan oleh orang2 opis tingkat atas.. saya juga akan menilai bagaimana sikap beliau..
Alhamdulillah.. ternyata apa yang dinyatakan oleh semua pihak, benar sama sekali. Pagi2 kami disapa dengan penuh tertib dan ramah..
Malah, bukan beliau sahaja yang disenangi oleh kebanyakkan kakitangan.. PA beliau.. pembantu peribadi beliau iaitu Puan Hasnah juga sangat2 disenangi oleh semua golongan.. senyum manis dan ramah sangat2 menyejukkan hati kami..
Orang kata.. kalau nak tengok bos.. tengoklah PA beliau.. dan mungkin ada benarnya di situ :)

Okey.. tak perlu banyak2.. nanti orang kata saya bodek pulak.. padahal kita maklum takkanlah orang nak baca blog sy yg tak famous ni.. hahahaha
Dan untuk.makluman semua.. Encik Ahmad Shapawi dan PA beliau sangat2 kalis BODEK atau lebih dikenali sebagai KAKI KIPAS...
Memang benar kakitangan goverment dan kaki bodek berpisah tiada.. tapi Allah itu Maha ADIL.. betulkan niat.. bekerja kerana Allah dan mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta.. InsyaAllah semuanya pasti akan mewujudkan hubungan yang baik sesama kakitangan.. peace no war.

Shawl H & M inspired (belian borong)

Salam u ols..
Ramai yg pm ahkak tanya.. bawal saree. Tapi sayang sangat bawal saree is out of stock.
Dan sekarang supplier mengeluarkan design shawl inspired from h&m atau ada orang kenali sebagai arabian wide shawl.
Apa apa pun nama yang dikenali.. ia tetap diperbuat drpd kain crepe yang senang dipakai.. senang dibentuk dan comelll gitu..

Okey.. meh cuci mata sikit ya.
Hanya untuk belian borong ya sayang2 semua..
Whatsapp sis ke 0183779717 untuk tanya stock ya.
Ops yg paling penting.. design n warna is random k :)
Tapi so far customer akak semua puas hati.. alhamdulillah :)

Ahmad Shapawi AUFA ABDULLAH bagan lalang. hotel di bagan lalang bali bali prada baliprada Bandar melaka batik borneo batik prada Batik sarawak batik songket batik songket murah batiksarawakmurah batu hempedu bawal bawal saree bawal satin silk borong tudung Brownies Cheese Kukus brownies kedut Business Umi Qaisara calon simpanan spa cemerlang char kuet yiow homemade cheesetart chow kit cili jeruk cukai Dari Ummi Ke Ummi demam frozen dilwale DMS360 di hati DRESS BUDAK MURAH DRESS FLOWERGIRL dress frozen DRESS KEMBANG DRESS ORANG KAHWIN. DRESS PENGAPIT frozen kids GAUN BUDAK GST homestay homestay langkawi homestay port dickson hotel hotel budget hotel di port dickson inspired HnM instant shawl instant shawl borong instant tart shell janamjanamjanam jemaah haji malaysia jual barang kahwin jual bear convo jual murah. dress murah kedai bunga vivian kek keju kek keju leleh keputusan peperiksaan keria danau kota keria gula melaka ketua pengarah MSN 2015 kolam renang seri malaysia kongsi ILMU Kun anta Lawak Luv islam masakan umie Melaka MH17 mh370 MH370 dijumpai mh370 tenanglah MSN my BFF mY pERsOnal nahas helikopter nuora fareeda pembantutadbir n17 pemborong tudung penemuan serpihan mH370 peperiksaan online percutian di langkawi perkdidmatan PesawatMAS pilotmh370 port dickson Pua kumbu Pulau tercantik Qaisara Batrisyia Qaisara Rasyiqah Rawatan resdung Resepi resepi brownies kukus resepi char kuey tiow senang resepi chocolate indulgence resepi cikedut Resepi daripada dapur resepi keria resepi kuah kacang resepi puding paddle pop resepi puding sedut resepi roti sarang lebah rotisaranglebah danau kota. resepi dari dapur RumahTanga RumahTangga saluran hempedu Sebarkan.. Sebarkan.. ihsan Luv Islam sekolah rendah semenyih shahrukh khan shawl shawl crepe simptom batu hempedu soft cotton songket sarawak spa sri rampai Surat2 Istimewa Tart tart shell terimakasih cikgu tips anak cemerlang Tragedi 2014 tragedi 2015 tragedi tren jatuh tragedi2014 tudung 2 muka tudung murah tudung siti tudung terkini 2015 ukirankentang

Blogger Budiman