klik sahaja

Sep 25, 2015

Pulau Pulau Tercantik Di Dunia SubhanAllah!!

Terdetik di hati umie untuk listkan senarai pulau2 tercantik di Dunia.. manalah tahu.. bila anak2 dah besar dan boleh berdikari dah boleh kena tinggal.. bolehla umie pergi dgn babah... hehehehe

PULAU PALAWAN FILIPINA





PULAU BORACAY FILIPINE






MALDIVES






SubhanaAllah.. indah sungguh ciptaan Allah..

MasyaAllah.. segala pujian hanya untuk Allah..

Kos untuk ke sana mencicah ribuan ringgit.. semoga ada rezeki kami ke sana selepas menunaikan ibadah yg wajib iaitu ke Tanah Suci..

doakan ya semua..

aminn

Resepi Kek Coklat Keju


Resepi Kek Coklat Keju.
====================

Bahan-Bahan :

Kek Coklat (Bahan A)
4 biji telur
90 gram gula pasir
75 gram tepung gandum protein rendah
15 gram serbuk coklat
¼ sudu teh baking powder
75 gram margarine
75 gram dark cooking chocolate (dipotong kecil-kecil)
199 gram keju parut

Cara Membuat Kek Coklat :

1.Campurkan margarine dan dark cooking chocolate, kemudian cairkan. Angkat, dan ketepikan.
2.Pukul gula pasir dan telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan campuran margarine dan coklat tadi, baur sehingga sebati.
3.Kemudian masukkan pula tepung gandung, serbuk coklat dan baking powder. Gaul hingga rata.
4.Selepas itu, tuangkan dalam loyang. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Kemudian tabur setengah bahagian dengan keju parut.
5.Tuang adunan keju (bahan B) di atas adunan coklat keju. Kukus hingga masak. Angkat dan sejukkan. Kemudian sapu dengan ‘butter cream’ dan taburlah dengan keju parut.

Bahan Untuk Resepi Kek Coklat Keju

Kek Keju (Bahan B)
3 putih telur
4 kuning telur
75 gram gula pasir
65 gram tepung gandung protein rendah
20 gram susu serbuk
¼ sudu the baking powder
60 gram margarine
60 gram cheese spread
60 gram white cooking chocolate, cairkan dan pukul dengan margarine dan cheese spread.

Cara Membuat Kek Keju :

1.Pukul gula pasir dan telur hingga kembang dan pekat.
2.Masukkan campuran cheese spread dan white cooking coklat cair, baur hingga sebati.
3.Masukkan tepung gandum, baking powder, dan susu serbuk sedikit demi sedikit sambil dibuar rata.
4.Bahagikan kepada dua bahagian. Masing-masing dituang ke atas loyang yang berisi adunan coklat (bahan A yang telah dikukus selama 15 minit.)

Resepi Cili Jeruk senang dan sedap

Resepi daku nii kalau tak senang 
memang lahh tak buat.. hahahaa






okeyy jom buat cili jeruk.. Kalau makan dekat kedai tu.. terkemut2 nak makan.. sebab sikit bebenor dibaginyaa..


Bahan bahannya ialah


Cili hijau
Cili padi
cuka masakan
Gula
Garam
Botol bertutup

caranya ialah

Hiris cili secara menyerong.. jangan tebal dan jangan nipis sangat
Masuk dalam tapis.. toskan dan biarkan ia kering dalam masa 1 jam okey dah kot.. kalau rajin bolehla dijemur.

dah toskan.. masukkan dalam bekas yang berpenutup macam balang kecik tu ke.. bekas yg tutup merah tu ke.

Masukkan gula dan garam

last sekali masukkan cuka.. sama paras dengan cili tadi.

siappp.. dalam masa 1jam dah boleh dimakan..

sedapnnyaaa.. ek eleh masuk bangkul angkat sendiri nampakkk :)

Selama mencuba ya semua ^_^

Resepi Kuah Kacang

Menjelang hari rayaa....






jeng jeng jeng..

jom buat kuah kacang..

senang jeeee.. cuma leceh sikit nak buat.. hahaha

Bahan2


  1. Setengah kilo kacang tanah
  • disangai atas kuali tanpa minyak, buat sampai dia menjadi rangup.. api kena kecil.. tangan kena lincah kacau2 ;) 
  • lepas dah rangup ambil surat khabar. Guna satu naskah tu pun takpe.. bentang dan tuang kacang tanah tadi. balut dan tekan2 dan gosok2 untuk membuang kulitnya
  • Buat panas nanti kulit senang tanggal. selepas itu tampi kacang di luar rumah.. kalau nak dalam rumah pun takpe.. tapi jenuh pulak nak menyapu nanti.. hihihi
  • selepas di tampi, kulit dan kacang akan terpisah.. ambil kacangnya sahaja..
  • ambil lesung batu dan tumbuk secara sederhana.. i uols tak suka lumat2.. so tumbuk ala kadar sahaja.
  • Kalau tak rajinn.. blenderr sahaja ^_^

-Air Asam jawa satu mangkuk kecil

-Garam satu sudu kecil

-Gula dua sudu besar


Bahan2 kisar

Bawang Besar agak2 nya size segengam anak kecil tu 
4 biji

Bawang Putih
6biji

Serai
4 batang

Lengkuas
1inci

Cili Kering (direbus dahulu)
20 biji

Belacan 
Secubit

Kunyit
2inci ataupun 2 ketul yg kecil jari kelingking


Okey dah siap bahan2.. Mari masakkk pulak ^_^

Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak.. tapi janganlah sampai macam nak goreng keropok yer.. hihi
Agak2 2 senduk bolehla kot.. bila tumis tu bahan kisaran tu jadi basah dan bukan kering.

Sesudah tumis tunggu sehingga ia pecah minyak agak2 dalam 10minit kot. Api jangan besar sangat ya.. agak2 tak hangus yer

masukkan kacang tanah yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi ya

kacau kacau sehingga ia sekata.

masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih. 

Masukkan air secawan. 

Last masukkan garam, gula dan reneh sehingga ia naik minyak dan siappp



Resepi Char Kuey tiow ( betul ke ngejanya ni?) Senang dan sedappp

Salam u olss..

Lama sungguh Umie tak memblog Resepi2 daripada dapur umie ^_^

Now Umie nak share resepi Char Kuey Tiow yang amattt mudah dan for sure sedap.. dekat tekak umie la kan.. but InsyaAllah dekat tekak hangpa jugak :)



Bahan bahannya

Kuey Tiow 2 bungkus

Udang Besar 8 ketul
Udang Kecil 2 genggam (udang yang biasa tu juga tapi bersaiz kecil tauu bukan udang geragau yang puih kecik2 tu)
Bawang Putih 4 ketul
Kicap pekat 4 sudu
Kicap Manis 4 sudu
Sos Tiram 6 sudu
Pati Udang ataupun boleh guna kiub know perasa ayam. guna setengah je
Cili Kering yang sudah diblender

Bahan sampingan
telur 4 biji
tauge
daun kucai

Cara caranya


  1. pertama sekali, rebus udang kecil tersebut di dalam periuk.. rebus dalam masa 15 minit sahaja..
  2. Udang akan bertukar warna pink kan? okey tutup api dan masukkan ke dalam pengisar
  3. kisar udang tersebut sehingga lumat.
  4. Sesudah lumat dan hancur  letak tepi dahulu
  5. sediakan periuk dan masukkan bawang putih yang diketuk dan semua segala kicap
  6. masukkan bahan yang sudah dikisar tadi. tak perlu garam sebab dan masin sebab bubuh sos tiram tadi :)
  7. renehkan sehingga ia menjadi pekat dan seperti pati.
  8. Dah siap.. boleh lah disimpan kalau dah banyak sangat. sebab untuk satu hidangan untuk family bertiga hanya pakai satu senduk sahaja.

cara2 memasaknya.
  1. tumis cili kering yang telah diblender
  2. masukkan kuey tiow yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya
  3. lupa pula.. api kena besar dan masak kena cepat.
  4. masukkan kerang dan udang
  5. masukkan pes tadi.. ia akan banjir dan sudah nampak meyelerakan
  6. masukkan telur.. terpulanglah nak pecahkan ke tak nak.. ikut selera la yea
  7. masukkan tauge dan  daun kucai.
  8. matikan api dan siappp
  9. kalau terrer masa masak tu bolehla goncang kuali macam yang org buat kat kedai tu.. hahahha
Sangat sedap di makan bersama cili jeruk

resepi cii jeruk ada dekat sebelah ya..

okeyyy.. dah ssiappp bolehla dimakan panas2.. Selamat menjamu selera..

^_^




Sep 12, 2015

TERKINI 6 JEMAAH MALAYSIA CEDERA

BERITA HARIAN

MAKKAH: Empat jemaah haji Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian kren tumbang di Masjidilharam, di sini, kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan. Kejadian dipercayai terjadi setelah berlaku hujan dan ribut. Dalam kejadian itu, sebuah kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidilharam tumbang lalu menghempap jemaah. Setakat ini, empat rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden ialah tiga daripadanya cedera ringan dan seorang lagi patah kaki. Setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mana mana pihak. Namun satu sidang media dijangka diadakan oleh Ketua Rombongan Haji 1436h, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81209?m=1

Semoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang berima .

ALLAH SEBAIK2 TEMPAT BERLINDUNG..

AL FATIHAH

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...