klik sahaja

Nov 23, 2016

Kedai Bunga Vivian Chow kit

Memang murah kalau beli dekat sini..

Paper crepe rm0.60sen je..

Bear convo tu borong 50pcs jatuh 1 rm5.00 ukuran size 9cm
Kalau beli 1 pc rm8.

Bunga2 palsu 3 rm10.

Ada yg ready made hantaran. Ada yg nak buat diy pun boleh..

Kedai dia betul2 sebelah pasar chow kit dan belakang balai polis chow kit.
Ada 2 kedai dkt situ yg jual brg2 kawin mcm ni.. tapi sy pergi dkt dia sebab vivian tu sgt2 baik dan peramah 😉😉😉

So di zaman kegawatan ekonomi ni bolehla pergi sini.. daripada nilai 3 yg jauh dan kos masa serta jarak dan tol lagi..

Mungkinla tak selesa bg sesetengah org sebab kedai dia kecil dan bersebelahan dgn pasar.. tapi still okey lagi.. berkorban la skit..

Kata nak majlis Grand... hihihi

Batu Hempedu dan Puncanya

Tarikh 23hb November 2016..

Kejadian yang tak disangka2 tapi semuanya adalah aturan yang Maha Esa..

En suami dah 2 kali sakit perut melampau..

1st time saya bawa dia ke klinik kemudian ambil injection sebab doktor kata suspect gastrik. tak lega sangat tapi bolehlaaa..

2nd time dia mengadu lagi.. tak lama pun selang hanya 6 hari.. sakit di bawah dada sebelah kanan.. kali ni suami muntah ketika di klinik. doktor berikan injection zintac utk gastrik dan tahan sakit.. kali ni memang tak memberi kesan langsung. 

Doktor suspect batu hempedu dan refer ke hospital. check in di Columbia Asia.

1st register + jumpa doktor nama doktor Doktor Nizam.

2nd doktor check dia kata maybe batu hempedu tapi untuk sahkan kita akan buat beberapa prosedur.

3rd ambil darah

4th buat ultrascan macam kita check baby tu..

Masa tu saya follow then Doktor lain yg check tunjuk memang ada 2 biji batu berukuran 1cm.

Doktor jelaskan hempedu mcm buar pear.. tapi batu tersebut sekarang tersangkut di tangkai di mana ia tidak melepasi saluran untuk ke hempedu. jadi pesakit akan rasa sakit. jika pesakit mulai demam ia bermakna batu tersebut mula dijangkiti kuman.

Then saya tanya apa solution. doktor tu kata memang kena operate buang batu hempedu tu. masa tu saya memang dah cuak.. en suami apa lagi.. tapi saya maintain je risau la kalau kite down suami pun rasa down pulak.

After that buat prosuder masukkan camera melalui mulut pula. masa ni en suami ditidokan dengan ubat tido dan tekak dispray ubat kebas. prosedur ambil masa stgh jam

Dan kemudian tunggu dia sedar. once dah sedar dan betul2 stabil.. barulah tolak ke wad. 

Sampai wad tunggu doktor tak sampai2 lagi.. dekat sejam. saya pun balik sebab makan pun tak lagi.. diri pun tak berapa nak sihat. so drive balik. once ngam2 sampai je suami telefon dan suruh doktor cakap dgn saya.

Doktor gelak sebab suami suruh isteri buat keputusan.. ermmm mestilah doktor.. saya yg kena jaga dia dan kena tahu condition suami saya.. eh eh suami sy tu kan baby tua.. doktor tak tahu ke.. hahahaha so doktor explain.

Hasil daripada scop tadi.. terdapat banyak batu hempedu yg melekat di dinding salur hempedu. bukan 2 ya tapi BANYAK. jadi doktor putuskan untuk buang saluran hempedu dengan membuang saluran hempedu.. bukan hempedu ya tapi saluran dia.. ermm pastu tanya apa kesan dia doktor. doktor explain.. kesan dia mula2 akan rasa sebu dan perut tak berapa selesa.. its depends pada sesetengah patient.. but it still okey jika tiada saluran tersebut..


Perut lapar jadi kenyang balik... 

Besok pula hari anugerah cemerlang anak2. diri pun tak sihat sebab demam.. Semoga Allah beri kekuatan pada diri saya..


Saya kongsikan sedikit info mengenai Batu Karang Pundi Hempedu

PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman lemak.


Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.

Menurut Pakar Pembedahan Hepatobiliari Klinikal Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Hairol Othman, kesakitan yang dialami bukan sahaja melibatkan bahagian abdomen malah terasa sehingga ke tulang belikat.

INILAH fizikal batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu yang gagal berfungsi dengan baik.

Gejala yang sering dihadapi adalah radang pada pundi hempedu berkenaan. Ini berlaku apabila batu terbentuk di dalam pundi hempedu pesakit. Keadaan menjadi kritikal sekiranya batu tersebut tersekat dan menghalang jus hempedu daripada dirembes keluar.

Beliau menjelaskan, terdapat dua faktor utama terjadinya batu dalam pundi hempedu iaitu kolesterol dan kalsium bilirubinate yang tinggi dalam badan.


“Batu hempedu terbentuk apabila kolesterol dan garam hempedu menjadi tepu. Ia akan membentuk kristal dan lama-kelamaan akan membesar lalu menjadi batu,” ujarnya.

Kesakitan yang dialami oleh pesakit biasanya disebabkan batu tersebut bergesel pada dinding pundi hempedu. Seringkali terjadi apabila seseorang itu mengambil makanan berlemak, pundi hempedu akan mengecut untuk merembeskan jus hempedu ke dalam usus untuk ‘meleburkan’ lemak tersebut.

BATU hempedu ditarik keluar dengan menggunakan endoskopi.

Jika batu hempedu tersekat di pangkal pundi hempedu, ini membolehkan berlakunya radang pundi hempedu. Lebih parah jika serpihan batu hempedu tersumbat pada saluran hempedu yang menyambungkan pundi tersebut pada usus. Ia seterusnya akan menyebabkan jaundis.

“Kerana itu, ramai antara pesakit yang mengalami penyakit kuning (jaundis) jika lambat menerima rawatan,” katanya.

Tambah Hairol, batu hempedu terdiri daripada tiga jenis iaitu batu hempedu kolesterol, pigmen dan campuran kedua-duanya yang dapat diketahui melalui warna.

“Batu kolesterol biasanya berlaku di kalangan masyarakat Barat, lembut serta berwarna kuning seolah-olah tanah liat,”

“Batu pigmen pula terdapat pada mereka yang menghidap penyakit berkaitan darah seperti anaemia hemolitik dan berwarna hitam serta agak keras,” jelasnya.

Bagi batu bercampur pula, kriterianya mirip kedua-dua batu tadi. Jenis ini selalunya terdapat di kalangan masyarakat Asia yang disebabkan oleh jangkitan atau pemakanan yang mengandungi kolesterol dan kalsium tinggi.

Justeru, tidak kira besar atau kecil saiz batu hempedu, ia perlu dibuang dengan teliti bagi mengelakkannya tersumbat atau beralih dan terlekat pada salur hempedu.

Rawatan

Proses bagi membuang pundi hempedu beserta batu-batu hempedu di dalamnya boleh dilakukan menerusi kaedah kolesistektomi laparoskopik .

“Di PPUKM, kami menggunakan kolesistektomi laparoskopik iaitu dengan memasukkan kamera melalui luka di bahagian pusat dan tiga lagi luka kecil di bahagian atas abdomen untuk mengeluarkan pundi hempedu berkenaan,” jelas Hairol.

Tambahnya, kaedah pembedahan lubang kekunci tersebut memiliki beberapa kelebihan iaitu ia lebih selamat, kurang meninggalkan kesan parut dan tempoh pemulihan yang lebih pantas.

Pencegahan

Corak dan gaya hidup adalah faktor utama dalam mencegah masalah pembentukan batu hempedu.

“Ia melibatkan cara hidup kita, terutama melibatkan aspek pemakanan. Hanya itu caranya untuk mencegah kewujudan batu hempedu tepu kolesterol dalam pundi,” tegas Hairol.

Menurutnya lagi, makanan yang mengandungi kolesterol seperti makanan segera, berminyak dan berlemak adalah penyumbang utama dalam masalah pundi hempedu ini

Disebabkan faktor tersebut, mengikut statistik, 15 hingga 20 peratus daripada populasi masyarakat akan mendapat masalah batu hempedu terutama di negara Barat.

Dalam pada itu, jus hempedu dihasilkan oleh hati dan jus hempedu yang dikeluarkan setiap hari boleh menampung keperluan badan.

Walaupun hempedu dibuang, Hairol menjelaskan tiada kesan sampingan pada sistem tubuh manusia biarpun dengan ketiadaan organ tersebut.

Aug 26, 2016

Ukiran kentang Dunia Seni Visual

Salam semua..
Jadi mak ni kena serba boleh..
So baru ni cikgu Prasekolah qaisara minta ibu bapa yg berkelapangan buat ukiran kentang..
Jadi fikir2 punya fikir..
Google punya google.. dapatlah idea..
Hihihi
So nak juga tempek dekat blog kan...

Apr 9, 2016

Penyebab Kek Bantat atau tak jadi

Sedikit ilmu untuk dikongsikan ^_^ sumber internet



KEK TAK MENJADI, APA PUNCANYA...
=======================
Setiap kali kita ingin membakar atau menghasilkan kek sudah pasti mengharapkan sesuatu hasil kek yang sempurna.Tetapi bila ada beberapa tanda yang dibakar itu adakalanya ,kek menjadi bantat, kek menjadi tidak sekata atau tidak naik, kek tidak cukup kering,permukaan kek merekah berderai dan macam-macam lagi.
InsyaAllah di sini sedikit panduan untuk mendapatkan kek idaman anda, untuk membantu mengetahui apakah punca dan sebab kek itu tidak menjadi.Semoga dapat kita praktikkan dengan lebih berkesan cara-cara untuk menghasilkan kek yang sempurna.

Kek Mentega (Butter Cake) yang tidak menjadi, kek itu tenggelam dan bantat dibahagian tengah setelah dikeluarkan dari oven.
Puncanya :- Kek anda belum masak betul.

Sewaktu membakar bahagian tengah kek tenggelam.
Puncanya :- Adunan kek dipaksa untuk naik dengan cepat akibat suhu oven yang terlalu panas dan ia akan menghasilkan kek yang tenggelam dibahagian tengah.

Kerak yang bergula pada keliling kek.
Puncanya :-Mentega dan gula tidak dipukul dengan sempurna.

Terdapat tompok-tompok putih pada permukaan kek.
Puncanya :- Gula yang tidak larut betul atau gula tidak dipukul dengan sempurna. Sebaiknya jika untuk resipi kek mentega yang ringan, gunakan gula kaster agar ia mudah larut dan cepat sebati dengan mentega.

Kek anda tenggelam terus atau kek menjadi bantat
Puncanya :- Suhu oven anda terlalu panas dan kek terlalu lama dibakar, dan cara memukul tadi tidak cukup kembang.

Kek berderai bila dipotong.
Puncanya :- Mentega dan gula dipukul keterlaluan atau telur dimasukkan terlalu cepat dimana adunan mentega dan gula belum sebati.

Kek melekat pada loyong pembakar.
Puncanya :- Terlalu banyak gula atau bahan manisan yang lain dalam resipi. Jika resipi menggunakan madu atau sirap kencana (golden syrup), ataupun anda mengguna loyang pembakar yang baru.
*Sebaiknya sapu dasar dan keliling loyang pembakar dengan mentega ataupun alas dengan kertas kuih.

Kek naik kemudian retak di tengah permukaan.
Puncanya :- Loyang pembakar terlalu kecil atau suhu oven terlalu panas. Selalu kek yang dibakar dengan loyang loaf atau loyang ring, atau acuan berbentuk love mudah retak pada permukaan disebabkan loyang yang agak kecil.

Keliling kek keras.
Puncanya :-Adunan dipukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, sebenanrya kaup balikkan tepung hingga ia sebati sahaja.

Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
Puncanya :-Kek telah dibakar pada suhu oven yang terlalu panas.

Kek pucat pada bahagian permukaan dan coklat pada tepi dan bahagian bawah.
Puncanya :- Loyang yang besar telah digunakan atau sekeliling loyang telah diletak kertas kuih yang tinggi.

Warna yang tidak serata pada permukaan kek.
Puncanya :- Adunan kek tidak dibancuh dengan sempurna. Sewaktu menggaul tepung tepi mangkuk adunan tidak dibersihkan supaya adunan dapat digaul dengan sebati.

Kek naik tidak serata.
Puncanya :- Adunan kek tidak diratakan sebelum dibakar.

Kek yang telah dibakar berlubang.
Puncanya :- Adunan mentega dan gula tidak dipukul sehingga kembang atau suhu oven terlalu panas.

Kek telah masak berkerak dan hampir hangus tapi masih tidak masak dibahagian tengah.
Puncanya :- Kek telah dibakar terlalu lama ataupun pada suhu oven yang terlalu panas.
Puncanya :- Anda mungkin menggunakan loyang yang kecil mengakibatkan permukaan kek cepat masak sementara bahagian dalam masih mentah.

Kek Buah-Buahan yang dihasilkan tidak sempurna
Buah-buahan tenggelam pada dasar kek.
Puncanya :- Buah-buahan telah dibasuh dan tidak dikeringkan dengan sempurna.
Puncanya :- Adunan kek terlalu lembut untuk menampung berat buah-buahan; ini akibat dari adunan mentega dan gula terlalu dipukul.
Puncanya :- Resipi menggunakan tepung naik sendiri dari tepung gandum.
Puncanya :- Buah-buahan boleh dicincang kecil supaya adunan kek dapat menampung berat buah-buahan dengan lebih mudah.

Bahagian tengah kek masih rasa mentah.
Puncanya :- Kek dibakar dengan suhu oven yang rendah dan tidak dibakar dengan masa yang sepatutnya sehingga ia masak.

Dasar kek hangus.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :- Kek buah-buahan yang dibakar memerlukan masa yang lama dan rendah untuk dibakar.
Puncanya :- Kek dengan ukuran 22cm atau kecil memerlukan tiga helai kertas kuih yang dialas pada dasar loyang pembakar berbanding dengan ukuran kek yang besar yang hanya memerlukan satu atau dua helai kertas kuih.

Kek merekah diatas pada permukaan.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu tinggi.
Puncanya :-Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
Puncanya :-Kekurangan cecair.Puncanya :-Acuan tin terlalu kecil.

Kek tidak rata pada permukaan.
Puncanya :- Rak oven tidak seimbang ataupun adunan tidak diratakan sebelum dibakar.

Kek tenggelam pada bahagian tengah.
Puncanya :- Tepung naik sendiri digunakan atau terlalu banyak soda bikarbonat digunakan. Selalunya untuk Kek Buah-Buahan yang dibakar hanya menggunakan tepung gandum dan ditambah dengan sedikit tepung naik sendiri.
Puncanya :- Kek mungkin tidak dibakar dengan sempurna.
Puncanya :- Gunakan lidi pengguji dan jika keluar bersih bermakna kek telah pun masak.

Kek yang Mendap di Tengahnya
Puncanya :- Ukuran acuan tin tidak betul.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat.Puncanya :- Sukatan bahan tidak tepat
Puncanya :- Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
Puncanya :- Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Kek Terlalu Lembap dan Leper
Puncanya :-Terlampau banyak cecair.
Puncanya :-Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
Puncanya :-Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
Puncanya :-Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

Adunan kek ,Mentega menjadi bergumpal
- Adunan mentega yang bergumpal mungkin disebabkan telur dan mentega yang tidak berada pada suhu bilik.- Ataupun telur telah dimasukkan terlalu cepat bila adunan mentega dan gula belum dipukul sehingga kembang dan sebati.
- Anda mungkin menggunakan telur yang besar.- Jika anda menggunakan adunan mentega yang bergumpal kek yang bakal dihasilkan akan berderai bila dipotong.

Kek Span (Sponge Cake) yang dihasilkan tidak sempurna
Tompok putih pada permukaan kek
Puncanya :- Gula tidak larut sewaktu adunan kek disediakan.

Kek tenggelam sewaktu dibakar.
Puncanya :- Kek dibakar pada suhu yang terlalu panas.

Kek berkedut dan kecut selepas membakar.
Puncanya:-Kek tidak dibakar dengan sempurna ataupun kek disejukkan secara mendadak.

Kek liat dan mampat
Puncanya :- Adunan tepung dan cecair tidak digaul dengan betul. Sewaktu masukkan tepung anda harus menggunakan senduk kayu dan gaul adunan dengan perlahan dan dalam satu pusingan.

Kek pucat dan melekit pada bahagian permukaan
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu oven yang rendah.

Kek berkerak pada bahagian luar
Puncanya :- Kek telah dibakar pada suhu yang terlalu tinggi ataupun telah menggunakan loyang yang kecil.

Kek tenggelam pada bahagian tengah
Puncanya :- Loyang pembakar yang kecil telah digunakan mengakibatkan kek naik terlalu cepat dan kemudian tenggelam ditengah.

Warna kek yang pucat tidak serata dipermukaan.
Puncanya :- Adunan tidak digaul dengan sempurna.

Kek span naik terlalu cepat.
Puncanya :- Suhu oven terlalu panas.

Kek span tidak masak dengan sempurna.
Puncanya :- Sewaktu kek dibakar pada separuh masa membakar, pintu oven telah dibuka.

Ok inilah tip-tip penting untuk membuat kek dan jadikan kek idaman anda berhasil.Tidak ada lagi kenapa kek tak jadi, kenapa kek tak naik ,kek tenggelam, dan sebagainya.
Semoga persoalan kenapa kek tak menjadi terjawab buat peminat kek

YUKKK.practice make perfect...
kredit to:mixernadia.blogspot

Mar 7, 2016

Semakan Status Calon Simpanan Pembantu Tadbir

amboiii bukan main panjang title ahkak ya..
sebenarnya.. nak cerita..
tahun 2015 akak dapat sms ujian online pembantu tadbir n17
pastu dah pas..
dapat pula panggilan temuduga..
check dari hari ke bulan..
dan taraaa dah pun tahun 2016
jawapannya.. still sama
CALON SIMPANAN LANTIKAN..
Hari Ini Mac 2016..
saya call SPA try Tanya..
dia kata nombor calon simpanan dah bergerak..
nombor terkini saya 673.. Alhamdulillah :)
semoga sampai la hendaknya sebelum bulan 8 tahun ni..
kawan2 doakan ya :)
masukkan je ic dan ic lagi.. kalau still tak boleh boleh cuba call SPA ya :)
siapa2 yg dah Berjaya tu tahniah.. yang masih menanti.. kita doa banyak2 ya.. insyaAllah Allah permudahkan.. jika dah rezeki tak kemana :)

follow cerita sis yang terbaru di sini

https://batrisyiasayang.blogspot.com/2019/10/bergelar-penjawat-awam-di-usia-30.html

Mar 1, 2016

Resepi Aiskrim Sumi


Pendaftaran Online Tahun 1 untuk tahun 2017 Selangor WP Kuala Lumpur

Salam..

Parents yang dihormati..
 
 
Hanya untuk yang ingin memohon sekolah di Selangor dan Putrajaya SAHAJA ya :)
 
Mesti pening nak cari LINK untuk mendaftar anak2 masuk ke darjah 1 kan?
Saya pun mula2 pening gak..
godek punya godek akhirnya jumpa..
 
sebenarnya saje je tolong rakan sekerja sebab dia menetap di Selangor.. hihihi
 
Okey.. ini
manual dia
 
 
Yang ini pula link untuk daftar dia..
 
tapi 2hb Mac 2016 baru bermula ya..
 
 
 
 
Selamat Mendaftar :)

Jan 21, 2016

Sharing Is Caring (Tips Mendidik Anak)


Antara Tips Yang boleh Saya share

  • Berikan pendidikan Seawal Mungkin
  •  
  • Pendidikan Sebenar bermula daripada Rumah
  •  
  • Hormati Guru dan Bina Hubungan Baik dengan GURU
  •  
  • Jaga Solat
  •  
  • ILMU AKHIRAT DIGENGAMAN.. ILMU DUNIA MILIKMU
  •  
  • Kurangkan Penggunaan Internet..
  •  
  • Sayang Anak Biarlah Berpada..
  •  
  • Mak Lembut Ayah kena Garang ataupun SEBALIKNYA..
  •  
  • Berikan REWARD bila mereka cemerlang
Di bawah ialah Huraiannya..
AWAS!!
Sila baca dengan Tenang dan HAti Terbuka.. sebarang Ke SENTAPan adalah tidak digallakkAN.. KERANA saya sudah sedaya upaya menjaga ayat2 saya.. Karangan Agak Panjang.. MAaf jika Anda JEMU :)
 
Sharing Is Caring (Tips Mendidik Anak)

Salam semua ^_^

Bila difikir sedalam dalamnya..  rasa macam tak layak je nak bagi tips kat mak mak di luar sana..

Tapii takperla.. yang boleh faham tu faham la.. yang saje nak intai2 tu pun boleh..

Yang nak mencaci mengkondem dan berfikiran negative.. pun teruskan jerla.. kita okeyy je.. hihihi

 Antara Tips Yang boleh Saya share

Berikan pendidikan Seawal Mungkin

Pendidikan Awal sangat penting untuk anak2 membina hubungan social dengan anak anak lain.

Bagi saya, ikut kemampuan anda untuk menghantar anak2 anda di mana.. Saya menghantar anak2 di awal usia 4 tahun.. tetapi untuk ke darjah 1.. saya menghantar anak2 saya ke 3 buah sekolah yang berasingan..

4tahun saya hantar ke Tadika Sang Kancil, 5 tahun saya hantar ke TAdika Perpaduan dan 6 tahun hantar ke Prasekolah J macam saya kata.. ikut kemampuan.. Jangan bagi Alasan.. anak2 akan Jemu.. Anak2 kita bijak.. mereka tak akan jemu.. dan Cikgu juga tak akan Ajar benda yang sama.. JAdi hantarlah anak2 anda seawal mungkin mengikut kemampuan J

Pendidikan Sebenar bermula daripada Rumah

Anak2 melihat mendengar dan mempratikkannya seawal awal usia.. Ingat tak saat kita menanti mereka meniarap? Merangkak? Bertatih dan seterusnya berjalan? Adakah kita membiarkan sahaja? Mesti sedikit sebanyak kita cuba menggalakannya.. Siap nyanyi2 lagu “Tatih.. tatih.. tatih.. mari dekat sayang mama.. “

Begitu juga halnya ketika Mereka menjejak kaki ke alam persekolahan.. Bermula dengan alam tadika, sekolah rendah dan seterusnya.. Tolonglah RAJIN tengok apa yang anak2 belajar di TAdika/Sekolah..

Berikan Galakkan untuk mereka.. Enjoy dengan apa yang mereka belajar di sekolah.. PUJI mereka.. Dengar Celoteh Mereka.. Spend your time.. MASA anda MILIK MEREKA.. Dorong mereka bahawa SEKOLAH adalah sesuatu yang menyeronokkan.. Jadikan Kita sebahagian daripada Sekolah mereka..

Nampak Mudah kan? Sebenarnya RAmai yang tak mampu buat.. Takper.. perlahan lahan ya..

Hormati Guru dan Bina Hubungan Baik dengan GURU

Jangan LEPAS TANGAN.. Ingat!! GURU mengajar paling sikit 25org dalam satu kelas.. paling ramai 35orang.. . .. kalau nak anak Cemerlang kenalah Usaha Lebih sikit.. Jangan Harapkan GURU semata.. Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu.. Guru2 dah terbeban dengan beban tugasan yang kita sendiri pun tak sangka..banyak.. Murid makin ramai.. mana nak key in itu mana nak key itu.. Terus terang ya saya cakap.. kalau korang disuruh jadi Cikgu.. belum confirm korang boleh jadi.. hahahaa

Jangan sebab kita hantar ke Sekolah.. Kita Bayar Yuran sampai ribu riban KITA berhak untuk meletakkan 100% TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK ANAK kepada Mereka..

Mungkin Ramai yang tak setuju.. Tapi silalah Telan walaupun PAHIT.. Dunia Semakin Pantas.. Purata ANAK2 pandai semakin RAMAI.. Ikut Rentak.. macam saya katakan. NAK ANAK PANDAI USAHA KENA LEBIH.. Cikgu dah buat tugasan dia MENGAJAR.. anak2 kita kenalah Buat tugasan mereka Untuk BELAJAR.. kalau kita boleh mempertikaikan tugasan guru guru MENGAJAR.. kita juga harus mempertikaikan anak2 tugas BELAJAR.. jadii.. bukanlah saya suruh korang pergi belajar jadi CIKGU.. ambik seleves pendidikan.. pergi panjat kementerian pendidikan.. idokkkk

Just.. Balik Kerja.. Tanya anak.. ada kerja sekolah? Anak kata ADA..

Anak buat kerja sekolah.. DUDUK tepi dia dan Pantau apa yang dia buat.. awak amik buku teks dan baca apa yang diajar.. Then Tanya balik.. Cikgu Ajar apa di Sekolah? Anak2 akan rasa dihargai.. Buat2 awak tak faham.. dan anak anda akan ajar anda balik.. then selitkan gurauan dalam pembelajaran jangan bagi di stress.. cakaplah.. “umie dah tua.. lupa” selit2 juga kata2 nasihat J

 

Jaga Solat

MAk mak.. tanggungjawab kita kepada ALLAH.. buatlah.. Doa banyak2 untuk anak2.. Power of DOA dari mak2 untuk anak2.. Untuk ibu2 bekerjaya..  JAGALAH SOLAT ASAR..

Solat Asar masa tu kita ada yg tgh nak balik.. ada yang kejar ini kejar itu.. SOLAT ASAR ada hikmah tersembunyi.. tak percaya? Buatlah.. buat seawal waktu.. akan Nampak perbezaannya..  saya bukan bermaksud ASAR je jaga.. yang lain2 pun WAJIB jaga.. tapi tips ni saya pun dapat dari mak ayah yg cemerlang..

ILMU AKHIRAT DIGENGAMAN.. ILMU DUNIA MILIKMU

Mak2.. ANAK2 nilah Jaminan kita masuk SYurga atau Neraka.. kalau tak mampu ajar anak Mengaji.. HAntarlah dia ke mana2 yang ada ilmu Mengaji.. Dulukan ILMU AGAMA.. HAntar sekolah Agama.. anak2 penat.. biar penat sekarang.. Jangan nanti kita Penat jawab dengan ALLAH di sana.. Bukan sekadar Mengaji.. AKIDAH,FEQAH,SIRAH.. semua WAJIB tahu dan AMAL.. saya ni pun Bengong ilmu AGAMA.. janganlah anak2 ikut kebengongan saya harapnya. Impian saya ANAK2 saya dapat masuk Sekolah Agama.. Jadi Insan yang sentiasa tawaduk dengan ILMU ALLAH.. Doakan Saya ya mak2..

Kurangkan Penggunaan Internet..

Ini pun susah juga nak buat.. ada yg berpendapat anak2 boleh belajar daripada tablet.. benarrrrr.. tapii harus dipantau.. mak2 ingat ya.. untuk yang usia kecik2 MOTOR halus mereka akan terjejas akibat tiada pemantauan ketika menggunakan tablet ini.. kesannya.. lemah memegang pensil..

Kesan pada mata.. mata akan tua sebelum waktunya.. tengok sekarang ramai budak2 yang dah pakai cermin mata.. cegahlah sebelum parah.. Boleh berikan tapi janganlah dari celik mata sampai pejam mata.. memanglah mak2 senang nak buat kerja sebab anak2 diam.. tapi kesan jangka panjang.. anda sanggup? Saya tak sanggup.. hihihi

Sayang Anak Biarlah Berpada..

Saya tekankan sikit ya isu ini.. ANAK adalah Anugerah.. Itu tidak bermakna kita kena PATUH dengan apa yang ANAK mahukan.. Bila dia mengadu pasal anak org lain buat ini.. buat itu.. Tolonglah jangan serang mak pak anak org tu.. mungkin ada yang tak serang.. tapi bermasam muka bila bertembung.. Alahai.. anak2 dah tentulah anak.. mak pak jangan jadi macam budak kecik pula.. JUMPA secara berhemah.. ataupun anak anda telah buat salah.. ada mak pak datang jumpa ada.. TERIMA dengan HATI terbuka.. sila JAGA JAGA dan JAGA hubungan silaturahim.. anak2 gaduh pun kejap je,, esok2 baik dah.. MAK PAK kalau GADUH.. buruk benor rupanya.. hahahaha

Mak Lembut Ayah kena Garang ataupun SEBALIKNYA..

Salah seorang daripada ANDA.. WAJIB jadi DIKTATOR.. yang bila dia EHEM EHEM je.. anak dah buat apa2 kerja tanpa DISURUH. Macam mana? Berbincanglah dengan pasangan J

Berikan REWARD bila mereka cemerlang

Ini tak perlu bagitahu.. semua orang akan Buat.. Pentingnya reward walaupun kecil agar anak2 kita akan terus berusaha membuat yangTERBAIK.

JANGAN

Jangan Paksa ANAK tapi TEGAS

Jangan Bandingkan ANAK tapi jadikan INSPIRASI

Sebenarnya ada lagi.. tapi cukuplah yang ini dulu.. ini pun dah rasa macam esei.. hahahaha

Mak mak dekat sana..

Saya nak tekankan.. Terimalah ANAK kita seadanya.. Tak PANDAI sekarang bukan bermakna MEREKA akan GAGAL.. Tapi membiarkannya terus TAK PANDAI itu PENYEBAB KEGAGALAN..

Mak2.. Saya sharing ni bukan bermaksud SAYA BETUL 100%.. saya pun banyak kurangnya..

Tapi Belajarlah..  Selalu tanya2 ibu bapa yang anak cemerlang.. resepi kejayaan.. lepas tu buatlah.. ni takat Tanya je.. buatnya idok.. camner tu.. hihihi

Saya minta maaf jika ada yang Terasa dengan PEnulisan saya.. Saya sharing sebab saya nak anak2 kita semua BERJAYA.. Ingat tuuu J

 

 

 

 


Jan 20, 2016

Resepi Kek Coklat Indulgence ala Secret Recipe

okey2..

MISI THIS SATURDAY.. INSYAALLAH

sedut resepi daripada blog orang lain...
letak dekat blog sendiri.. hiihiihi
lain kali nak buat.. refer je blog sendiri ^_^

resepi diambil ----> RESEPI ASAL


INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


 
gambar pun ambil daripda Blog tersebut :) nanti tuan rumah dah buat... tuan rumah show yaa.. hihihi
 
 
Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan.

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air
simpan sedikit adunan untuk di sapu tipis kepada kek)

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
(Masak secara double boiler, panaskan whipping cream *** hingga berbuih di tepi periuk, masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair dan tuang ke atas kek)

*** Hiasan : Untuk piping coklat ganache di atas kek, sejukkan dahulu coklat di dalam peti sejuk selama 4 jam. Keluarkan dari peti sejuk dan kacau dengan hand whisk hingga rata, masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan pipe di atas kek atau di tepinya. Setelah siap masukkan kembali kek yang di hias dengan coklat ke dalam peti sejuk.

*** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

Mousse Coklat Hitam
1. Rendam gelatin dgn air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega dan gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Mousse Coklat Putih
1. Rendam gelatin dan air sehingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga gelatin larut. Ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler, masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti gelatin cair, gaul hingga sebati. Angkat.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang masih panas kemudian masukkan susu cair dan whipping cream yang diputar. Gaul hingga rata.
4. Masukkan mousse ke dalam peti sejuk selama 4 jam sehingga beku. Kemudian keluarkan dan pukul dengan whisk menggunakan high speed hingga pekat dan bertanduk. Seeloknya mousse coklat putih di buat sehari lebih awal. *** dan di simpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak di gunakan, whisk semula hingga kembang baru di sapu ke atas kek.

Cara-cara :
1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan.
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang baki mousse coklat putih dan ratakan.
5. Untuk lapisan terakhir, letak kek di atas lapisan ketiga dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku.
7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.

Jan 12, 2016

Resepi Roti Sarang Lebah confirm GEBU :)

 
 
Berpuluh puluh resepi pernah dicuba..
 
 
 
daripada sekeras2 roti..
 
sehinggalah yang iniii
 
 
 
Alhamdulillah
 
 
 
Menjadi dengan jayanya..
 
 
 
Alhamdulillah..
 
 
 
sharing is caring :)
 
 
 
Doakan saya Murah Rezeki DUnia AKhirat ya.. Aminnn
 
 
 
saya pun ambil drpd blog org lain juga :) doakan beliau pun murah rezeki juga ya.. aminn
 
 
 
 
 
Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 60 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 85 minit
 
Jumlah Hidangan : 4
 
Bahan-Bahan: Bahan untuk doh roti:
2 cawan tepung gandum.
1/2 sudu kecil serbuk yis
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula halus atau gula kastor
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam Bahan untuk taburan/hiasan:
1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
sedikit sliced almond
bijan hitam
biji labu atau biji bunga matahari
 
Bahan untuk sos butterscotch:
25 gram butter
1/2 cawan gula perang atau brown sugar
1/2 cawan whipping cream
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanila
 
Cara Penyediaan:
 Cara untuk Roti:
  1. Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
  2. Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
  3. Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
  4. Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
  5. Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.
 
 
Cara untuk sos butterscotch:
Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. Tidak perlu terlalu lama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gebunyaaa :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Saya Buat Jual Juga
 
RM6
 
1 PAX COD Danau Kota.
 
 
whatsapp 018-377 9717 for order
 
 
 

Jan 2, 2016

Resepi Cheese Tart Gebu

Salam semua :)

mari cuba resepi sis #norienkitchen ni.. memang confirm laa. InsyaAllah menjadi :)

try buat jomm





Bahan-bahannya :
125gm butter 
60gm gula halus atau icing atau kastor
1 biji telur 
250gm tepung gandum 
1 sudu makan air 
1tsp asin vanilla 
*pewarna


Cara-caranya :
- Pukul butter dan gula hingga kembang 
- masukkan telur , air dan asin vanilla pukul lagi *pewarna
- masukkan tepung gaulkan guna tangan
- masukkan dalam acuan pastri , cucukkan base dengan garfu
- Bakar selama 20-25minit dengan suhu 180celcius (mengikut oven masing2)

filling :
1/2 cawan whipping cream
250gm cream cheese 
3/4 cawan gula icing 
1 biji kuning telur 
jem blueberry , strawberry , kiwi

Cara-caranya :
- Pukul gula , cheese dan whipping cream 
- masukkan telur dan putar lagi 
- masukkan filling ke dalam pastri yang telah dibakar tadi 
- letakkan jem 
- bakar selama 10-15minit

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...