klik sahaja

Feb 8, 2010

Elephant from Omma




ermm.. comel tak elephant kiter?? ha ha ha seronok la my princess dapat present from her granda.. so pas nie umi dia boleh laa ajar lagu Gajah.. Gajah berhidung panjang kedek-kedek.. ahaks..






Feb 5, 2010

Amalan Ketika mengandung





Di sini ada beberapa amalan untuk bakal2 ibu dan yang mahu menambah ilmu pengetahuan.
Di harap dengan secebis ilmu yang saya dapatkan daripada orang lain ini juga dapat memberi manfaat pada kita semua..

Amalan-amalan ketika mengandung



Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
Membaca ayat-ayat Al-Quran


Surah-surah amalan ketika mengandung

  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin
  • Seluruh surah At-Taubah
  • Seluruh surah Yusuf
  • Seluruh surah Luqman
  • Seluruh surah Maryam



وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Surah An-NAhl ayat 78



Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur


Link laman-laman web Al-Quran
Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa InggerisAl-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.


Membaca doa
Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.


Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.


Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - 
Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan


Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri


Adab isteri terhadap suami ketika mengandung

  • Mengasihi dan menyayangi suami
  • Menjaga perkataan terhadap suami
  • Tidak terlalu cerewet
  • Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
  • Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
  • Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
  • Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
Adab suami terhadap isteri

  • Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
  • Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
  • Selesaikan selisih faham
  • Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
  • Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat
Selamat mengamalkannya.. ;)

Menamakan Anak

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akanmenjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)
Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.
Di bawah ada satu senarai nama-nama untuk anak lelaki dan anak perempuan.
Nama-nama untuk lelaki
Nama-nama untuk perempuan
Ditukil dari buku : Koleksi Nama-Nama Indah Dalam IslamJa'far Al-Matahari Bin Abdul Rahman

my girl is sexy.. polka dot




Sayang.. cal sapeer plak tue?? see her eyes.. so big right? like her umi loo. see his mouth like her babah, so sexy.. i like i like... my lovely princess


Suka sangat wat camnie.. my princess nie kalau bergaya memang bagilaa kat dia.. TAPIIII ada laa angin dia.. kalau ok oklaa kalau tak..ermm lemas dengan rengekan dia.. ha ha ha perlaa umie nie, slalu babah dia yg tegur warning dia kalau wat hal pun.. umie dia diam je kalau siann sgt baru pujuk.. biasalaa naluri keibuaan kan? takleh tengok ank kena marah..





1 year and 6 months




Nie teddy bear babah dia.. sama besar dengan dia dah.. tapi my princess pun jarang main dengan this teddy bear coz dia ada satu lagi teddy bear yg kecik sikit warna pink.. tapi tue takleh tunjuk, coz colour dia pun dah tukar warna coklat.. ha ha ha


kalau bergaya dengan telefon.. memang nombor satu.. dah tak boleh bagi telefon mainan dah, dia tahu itu barang mainan.. so babah dia punya telefon jadi mangsa.. ha ha ha siannyer, nasib baek laa tepon murah, kalau yg mhal tue.. kena cepat2 selamatkan. takut dia celup dlm air.. macam yg terjadi kat umi die ha ha rosak dah cyber shot umie.. ermm takper2 nak wat camner? takkan nak pukul kot kan.. kesilapan sendiri.. so pas nie.. hati-hati yer umie..

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...