klik sahaja

Mar 26, 2010

MonaVie™

Dengan mengambil pertimbangan keatas falsafah Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan, MonaVie™ telah mencipta satu minuman yang menawarkan perbezaan dalam cita rasa. Hasilnya ialah satu minuman menyegarkan dan memberi keupayaan untuk hidup dalam kesejahteraan.

MonaVie Original™ adalah gabungan adunan Acai Berry Brazil dan 18 buah buahan lain yang amat menyelerakan.
• Memberi khasiat kepada tubuh anda dengan kebaikan dari Amazon.
• Dirancang bagi mereka yang mengingin cara mudah untuk kepelbagaian buah-buahan dalam makanan harian mereka.
• Mengandung acai, salah satu anugerah alam semulajadi paling berharga.
• Boleh dinikmati pada semua peringkat usia, tua atau muda.
• Pilihan bijak bagi mereka dengan gaya hidup yang sibuk.

Berabad—abad laman ya, warga Amazon menghormati buah beri açai.

________________________________________

Terdapat banyak bentuk kehidupan di Amazon yang bergantung pada beri açai sebagai sumber makanan penting. Mengikut sejarah, beri açai telah menjadi bahagian yang penting bagi budaya di kalangan puak asli. Pokok palma açai palm tumbuh terutama sekali di dataran banjir. Disebabkan banjir yang kerap berlaku dan pendedahan yang terlalu panas dari matahari, pokok açai bergantung pada tekanan oksidatif secara tetap. Pokok palma açai yang sangat mudah suai telah membesar di dalamkeadaan yang ekstrem ini untuk menghasilkan buah yang luar biasa yang menyerlah di dalam dunia buah-buahan.


CAMPURAN
Keseimbangan adalah lebih baik daripada bergantung pada sumbangan ramuan tungal. Secara umum, kepelbagaian memberikan kebaikan yang lebih. Kesederhanan adalah lebih berkuasa daripada berlebihan.


Di tengah-tengah campuran MonaVie adalah falsafah bagi Keseimbangan-Kepelbagaian-Kesederhanaan. Dengan beratus buah-buahan ditemui dalam alam semula jadi, MonaVie™ tidak mahu menekankan hanya pada satu daripada penggunaan yang lain-lain. Dalam bentuk akhirnya, produk MonaVie™ menghasilkan campuran unik yang berwarna-warni, buah buahan yang menyelerakan dari seluruh dunia. Bersama-sama, ia memberikan lebih daripada satu jenis buah-buahan. Kami percaya, buahbuahan tambahan yang dipilih untuk campuran kami adalah pelengkap sempurna kepada permata mahkota iaitu beri açai.



CECAIR KLOROFIL UIE

Klorofil biasanya dirujuk sebagai DARAH dalam tumbuhan hijau (mak aii gerunnya he he he). Kehadirannya menyelubungi seluruh alam sekitar. Klorofil sangat penting dalam proses fotosintesis dan disimpan dalam daun tumbuhan. Ia kaya dengan kandungan mineral semulajadi, vitamin, protein,elemen penting dan nutrient yang penting untuk menjaga kesihatan terutamanya dalam mengekalkan keseimbangan kandungan asid dan alkali dalam tubuh badan

Berikut adalah perikan ulasan saintifik dari tiga penerima Anugerah Nobel tentang KLOROFIL

1) Pada tahun 1912, Dr Alexis Carrel (penerima anugerah Nobel berkata bahawa SEL ADALAH KEKAL. Kajian beliau menunjukkan betapa pentingnya proses pembersihan bahan toksin untuk mengekalkan kesihatan.
2) Pada tahun 1915, Dr Richard Willstater menerima anugerah Nobel atas penemuan beliau yang membuktikan bahawa STRUKTUR KIMIA KLOROFL TERDIRI DARIPADA RANGKAIAN ATOM-ATOM KARBON.HIDROGEN,NITROGEN DAN OKSIGEN MENGELILINGI SATU ATOM MAGNESIUM.
3) Pada tahun 1930 Dr Hans Fischer menerima naugerah Nobel atas penemuan struktur KIMIA HEMOGLOBIN YANG HAMPIR SAMA DENGAN STRUKTUR KIMIA KLOROFIL.


FAEDAH KLOROFIL

1) Pembersihan – membersihkan dan mengurangkan toksik dari tubuh badan
2) Pengawalan – mnegawal Keseimbangan hormone serat kandungan asid dan alkali di dalam tubuh badan
3) Penyuburan – Membekalkan nutrient untuk merangsang dan mempertingkatkan tahap oksigen dan bilangan sel darah merah.

KEBAIKAN KLOROFIL

Menghalang pertumbuhan bacteria, memperbaiki kesihatan bahagian mulut dan meningkatkan pengedaran darah.

Mar 24, 2010

TALK ABOUT HEALTHY

Salam kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca di blog saya. Memandangkan sekarang saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, jadi saya pun banyak mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan wang sampingan. Dalam dunia IT, banyak sungguh peluang yang disajikan di depan mata, perniagaan Internet laa, kerja daripada rumah laa, saya ada juga mencuba pelbagai program yang disediakan. Sayangnya seringkali tertipu.. kadangkala lepas kita tertipu kita pun tak sampai hati untuk menipu, betulkan?? Sebab kita bukan orang yang macam tu.

Berbalik pada cerita asal saya, selama lebih kurang hidup di dunia ini, sedar tak sedar saya banyak rupanya join perniagaan berasaskan catalog.. contohnya, masa umur saya 19 tahun saya join AVON, masa tu sy keje klinik Idzham, masa umur saya 20 thn sy join plak RORINE, MASTERWAY masa tu keje kilang. Dalam umur saya 22 tahun plak saya join LENO.. ms tu dah keje Office. Haa dah tua skit nie saya join plak ANA EDAR.. he he tua laa sangat.. Sekarang dekat rumah saya join mak angkat saya jual produk K-LINK dan MONA VIE

Jadi di sini saya ada laa nak promote pada kengkawan yang berminat nak sertai saya atau nak jual produk kesihatan yang saya amal dan jual nie. Bukannya apa kan, saya bukannya cari untung semata-mata, sambil membantu orang InsyaALLAH besar pahalanya kan.. bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati??.. saya nie menjual bukan nak ambil kesempatan pada orang, buang masa jer.. last2 dapat dosa dan sumpah seranah je. Betul tak??

Mar 23, 2010

Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal


Rahsia Fadhilat Surah Fatihah & Cara Amal

By: PakarHowTo Category: Panduan

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam entri kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah.

Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.

Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :

  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.

2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:

  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.

3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:

  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.

4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:

  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.

5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):

  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.

6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)

  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.

Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

  1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
  2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
  3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
  4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja

Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah.

Wallahualam.

Sumber ilmu : Diajar oleh Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )

Panduan Cara Mandi Dengan Betul

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada korang. Bagaimanakah cara korang mandi setiap hari? Korang basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau korang jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.

Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.

Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.

Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.

Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.

  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Perlu saya katakan bahawa, samaada info ini benar atau tak, saya pun tak pasti sebenarnya. Saya hanya ingin berkongsi dengan korang apa yang saya baca.

Kalau ada diantara pembaca blog ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tolonglah tanyakan dan kongsi dengan pembaca blog ini, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.

Apa2pun, selama ini cara saya mandi ialah dengan cara membasahkan bahagian badan saya dulu. Kemudian barulah saya akan jirus air dari kepala. InsyaAllah, lepas ni, mungkin saya akan cuba untuk ubah cara mandi saya kepada cara mandi songsang seperti yang dicadangkan.

Korang bagaimana? Nak ubah cara mandi kepada cara mandi songsang? Atau terus mandi seperti cara yang biasa korang amalkan selama ini….? Terpulanglah pada kesukaan masing-masing.


maklumat ehsan daripada BLOG PAKARHOWTO

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...