klik sahaja

27 Sep 2011

Menjala la kiter... (roti jala dan Kuah kAri)


Muah hahahha.. menu utama untuk hari jumaat nanti.. ditaja oleh Manager kita.. Puan Fatimah.. terima kasih bebanyak yer kak fa.. ermm mesti sedappp kan.. then nie resepi siapa2 yang nak menjala yer... ;)


Bahan-bahan ( 3 orang )

3 cawan tepung gandum

2 1/2 camb minyak masak

1 camt garam

sedikit pewarna kuning

1 biji telur

3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.

2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.

Resepi Kuah kari
Ihsan dari SINI

Bahan-bahan:

- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bungan cengkih, bunga lawang
- serbuk kas kas
- daun kari
- daun pandan
- asam jawa
- sebiji lobak dipotong dadu
- 2 biji kentang dipotong dadu
- serbuk kari
- cili boh/serbuk
- Ayam dan daging dipotong dadu
- Santan

Caranya:

- Serbuk kari dicampurkan dengan cili serbuk dan serbuk kas kas. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Asingkan ditepi.
-Panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan tadi. Selepas tu masukkan bawang merah dan bawang kecil yang ditumbuk tadi. Masukkan juga daun kari
- Dah naik bau dan nampak kuning, masukkan campuran yang diasing kan tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daun pandan untuk rasa wangi.
- Masukkan air asam jawa untuk nak rasa masam-masam sikit. Boleh juga digantikan dengan tomato. Kalau taknak rasa masam pun takpe, tak perlu letak.
- Agak-agak bahan menumis tadi dah garing, masukkan daging dan ayam yang dipotong dadu tadi. Dah nampak masak daging dan ayam tu, boleh masukkan lobak dan kentang tadi.
- Kemudian baru masukkan santan.
- Masukkan air dan garam secukup rasa. Kalau nak rasa manis, letak gula skit.
- Tunggu sehingga mendidih,..okay dah siap untuk hidangan


Sandwich sardin Simple ;)

Taraaa... nie resepi untuk My BFF Puan Sheera Kitty.. ermmmm sedapnya.. tak sabo rasa nak tunggu hari jumaat nanti.. dia buat sandwich jer.. tapi air tangan dia pun memang tak boleh blahhh.. sedappppp..muah hahahaha ;)




Bahan-bahan ( 4 orang )

8 keping roti

1 tin kecil sardin cap ayam / botan

2 btg lada merah

1 biji bawang merah

2 sudu mayonese

3 sudu sos cili

sedikit minyak

tomato, daun salad & timun

garam dan serbuk perasa

Cara-cara

Goreng cili & bawang yang telah dipotong dadu hingga naik bau..kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Masukkan sos, garam dan serbuk perasa. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk kemudian campurkan dengan mayonese. Susun tomato dan timun yang telah dihiris pd roti dan sapukan sardin.. Sedia untuk dimakan..

Sedappnya charr koey teow penang.. ;)


Untuk Cik Ana Asmunie... Resepi car kuey teow penang mali.. hehehe saje je letak pun.. dia memang dah terror kalau bab masak-masak nie.. masakan dia pun memang excellent.. elok sangat la tu.. tahun depan dah nak naik pelamin.. makin gemuk la cik abang dia nanti.. heheheh ;)


Bahan-bahan ( 4 org )

* UTK PES *

200 gm udang

250ml air

4 ulas bawang putih di ketuk

6 sb sos tiram

3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis

1 sk petis

2 sb pati ikan bilis / pati udang

2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)

1 sk gula

* UTK MEE *

2 bungkus kuey teow

1 sb cili boh

kerang

sedikit kucai & taugeh

2 biji telur

Cara-cara

1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Resepi Kek Batik.. (milo+biskut marrie)



Hari Jumaat nanti ada buat pot luck dekat office.. so yang nie resepi untuk cik Rossarida kiter.. masa tu dia buat sedappp.. kali ni nak mintak dia buat ikut cara nie pulak.. mesti meletup mek kelate ni buat ..:)
p/s: sy request buat baked cheese cake.. dia ghoyak.. peninggg aihh nak buat pelik pelik nie.. tak jadi kang naya jer.. hahahha ;)


(pic ihsan pakcik google)

Bahan-bahan

1 bungkus (350g) biskut marie

Setengah buku butter

2 biji telur

1 cwn serbuk koko

1/2 cwn milo

1 cwn susu cair

2/4 cwn gula

Cara-cara

1. patah2kan biskut

2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut

3. masukkan butter,kacau sampai butter cair

4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api

5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

26 Sep 2011

RED VELVET CAKE RECEIPE (YUMMYYYY)


Ceduk resepi dekat my resepi... Yummy... mintak izin ya... ;) setakat nie belum buat lagi... tapi nampak menyelerakan.. Semoga Tuan Punya resepi ini sentiasa berjaya dalam apa bidang yang diceburinya.. ;)


Bahan-bahan ( 1 biji )
  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-caraBUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

Cheese Cake Paling Mudah (unbaked)

Hari ni blogwalking.. so nampak resepi cheese cake yang sangat mudah .. cam biasalah.. mintak izin share.. pastu copy kat dalam blog.. nanti kalau nak wat senang jer.. tak yah sibuk nak mengoogle kan? hiiiihiiih ;)

CHEESECAKE UNBAKED

bhgn bwh :
200gm biskut oreo-dikisar smpai halus
150gm butter-dicairkan
**cmpur kedua2 bhn & tekan pd loyang. masuk dlm peti je kejap.

bhgn atas :
1 1/2 sudu besar gelatin
100ml air pns
**masuk gelatin dlm air pns.biar dia cair.

250gm cheese cream
60gm gula halus
**putar hingga kembang

200ml whipping cream
**putar sampai jd krimda sebati semua blh la tuang dlm loyang yg ada dasar biskut tu td.pastu masuk dlm peti balik smpi dia jd keras. sekian


Saya ada ubah sikit2 la... cam biskut tu sy prefer buat biskut oreo.. resepi asal biskut tiger..resepi asal dekat sini

Coklat chesssssssseeeeeeeee cake..

Hi u olss...
muah ha hahaha.. ni ada resepi coklat chesse cake yang tak perlu pembakar.. sonang jolah yer.. cu try cu try... (resepi ni sy ambil dari my resepi.. )


CHOCOLATE CHEESE CAKE

Lapis Bawah:
120gm biskut OREO (hancurkan..klu nk gune biskut lain pon boleh..ikut citarasa sndiri)
70gm unsalt butter (dicairkan)
Lapis Atas:

250gm cream cheese (lembutkan)
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (hancurkan..klu nk tambah lagi boleh..tp jgn byk sgt plak)
150gm whipping cream
1 ½ tbsp gelatine
80ml full cream milk

Chocolate mousse:
250gm whip cream
1 tbsp vanilla essence
1 sb serbuk gelatine (cmpur dgn 6 tbsp air panas)
50gm serbuk koko + 80 gm gula icing
1 sb nescafe + 1 ½ sb air panas (klu nk lagi pahit tmbh ½ sb lgi..tp yg ni pon da pahit)
Tmbh susu pekat sket (kalu adunan rasa pahit)

Chocolate ganache:
35gm serbuk koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm chocolate masak
30gm mentega

Cara-cara
1.Lapisan bawah:
Hancurkan biskut oreo. Kemudian, campur dengan butter yang tlah dicairkan. Tekan rata dalam pan (18cm) yang boleh buka tepi. Masuk dalam peti sejuk.

Lapisan atas:
Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga licin. Masukkan bahan lain pukul sebati (biskut tiger yg tlah dihancurkan, whipping cream) .Campurkan gelatin & full cream milk and masak sehingga cair. Tuangkan milk & gelatine ke dalam adunan cheese td. Kemudian tuang ke atas biskut tiger yang disejukkan td. Masuk dlm peti sejuk sehingga cheese tu agak2 sudah keras (lbh kurang 2jam)

Chocolate mousse:
Pukul whip cream dan masukkan semua bahan utk mousse. Kalau adunan rase pahit, tmbh susu pekat sket je. Kemudian tuangkan ke atas lapisan cheese yang sudah keras tu dan masuk ke dalam peti sejuk semula utk keraskan chocolate mousse

Chocolate ganache:
Masukkan semua bahan dlm mangkuk/periuk dan masak cara double boil. Masak sehingga ganache pekat. Sejukkan dulu sebelum di tuang ke atas chocolate mousse yang dah keras. Masuk dalam peti ais semula. Bila agak2 chocolate ganache da keras, boleh la dihidangkan.



Gambar tak ada ya puan -puan.. belum buat lagi.. hehehehe saje ceduk resepi.. nanti kalau ada masa baru buat.. :)

Anak..




Hi u olsss... hr nie hari isnin.. cam biasalah kalau hari isnin jer.. office kiteorang nie akan jadi sunyi sepi.. maklumlah bos besar tak masukk.. hahahhaaa ;)

Tapi hari ni saya menulis bukan nak cite pasal bos atau tempat keje.. tapi pasal anak2 saya... ermmmm rindunya anak2 kat umah kan.. ini merupakan perasaan biasa seorang ibu jika berjauhan daripada anak.. then nak cite apa ya??

layan pic jerla.. mood nak menaip hilang pulak.. hahahha ;)



Sebelum pegi keje.. sayu jer hati nak tinggal bila tengok anak2 ni bergolek kat atas tilam... comelll sgt rasanya.. cam tak nak pegi keje pun ada.. ;)






22 Sep 2011

3 hari 2 Malam di Bagan Lalang Villa




Sempena Anniverssary Perkahwinan kami Yang Ke 5.. Suami Saya Yang tercinta telah mengajak saya ke Bagan Lalang untuk membawa Tuan-tuan Puteri Kami Bercuti sambil bermandi-manda.. (Pic di atas tu Pic Gold Coast di Bagan Lalang Sepang).. tak mampu makk nak duduk situ.. rm600++ okeyyyy

Dalam Mood malas nak taip banyak2 so layann.. gambar jer yer... ;)



Pic Depan Challet Bagan Lalang Villa
RM80 per Night


Pic Berhadapan Dengan Laut dari Challet




Day 1st Mandi Laut (Muka Rasyiqah Cam Takut-takut jer)


My darling.. Cuba tenangkan si kecik tu..





Kakak Batrisyia memang layann kalau mandi laut nie.. ;)



Rasa Macam dah stabil sikit la.. dah suker pulak mandi.. cuma takuuutt sikit jer.. ;)

Seronok tengok Batrisyia Suka.. ;)



Matahari dah hampir terbenam.. Nice sangat.. My darling Yang Snap..


Udah2 udahla tu kakak.. besok kita mandi lagi..


sajer je tunjuk pic nie.. haahhaa.. meneka dalam kesamaran.. seksi mak.. pakai t-shirt sajer.. ;)









Pic Anak Dara saya sesudah mandi Laut.. seronokkk la tu :)




Day 2



Bergambar depan Bunga kemboja Di depan Challet (biler Malam.. horror kan? hahahha.. taklah nice kan?..)


Ada Macam pondok di depan Challet tu.. bolehla duduk-duduk.. Muka adik ngantuk..sebab dah time tidur :)


Jam dah pukul 5.45 petabg.. tapii air masih surut lagi.. sedey bebudak nie ;(


Sajer lepaskan si kecik nie berjalan... amboiiii.. tak henggat dia punya langkah...


tengokkk apa tu sayang????


owhhh anak ikan....


anak-anak ikan laut yang masih kecill... banyak jugak la.. ada dalam 20 ekor gitu...

With their lovely Babah ..;)


Masa Air surut... belakang tu gold coast :)


itu sahaja... buat masa ini..
pendapat saya.. kalau yang duduk kat kl tu.. nak mandi laut tapi tak nak pergi jauh.. Disinilah tempatnya.. tol baru rm4.70 sehala. minyak kereta takla kot sampai rm50 hinggit.. challet pun murah.. tetapi berbaloiii la dengan tempatnya.. makanan seafood pun sedap-sedap dan fresh.. sorry tak de gambar sebab sgt sibuk melayan tuan2 puteri serta babah tuan2 puteri nie makan.. hihiihi.. harga pun bolehla.. kata nak sedappp kenalah bayar lebih dak???.. sy makan seafood kat kedai seafood nyiur bagan lalang tak silap.. memang fresh la seafood kat situ.. ramai pulak orang yg makan situ.. lagila kami berminat nak makan kat sana.. hihiiihi

penginapan pula.. try cari kat sini
tentang Pantainya.. so far.. memangla.. agak tak bersih.. yerla mungkin sebab faktor tempat dan pantai yang agak tidak panjang.. so pantainya tidaklah seindah Langkawi ataupun tioman.. berbaloii dengan kosnya dak?? tapiiii tips dia senang jer.. nak tunggu air dia bersih.. tunggu dia betul2 pasang.. tunggu.. tiada buih-buih di sisi pantai tersebut.. maka.. selesalah untuk kita bermandi manda.. air pun dah jernih dan cantik ketika itu.. then.. dia ada dua pantai.. pilihla satu lagi pantai yang disebelah sana.. yang nie.. disebelah sini.. sebab depan challet kan.. darling I nie memang rajinnnn sgtla kalau nak berjalan jauh.. hehehehe jgn marah bang (dah bawak jalan.. banyak pulak komplennya.. ) hahahaha

So far saya seronok la dengan percutian ini.. walaupun agak letih melayan kerenah 2 puteri hati nie.. ;) ok sayang... pasnie repeat lagi k...bolehla balik umah mak saya slaluuu (ahh kantoiii.. umah mak saya kat batu dua jer.. hihiihi kat sepang.. ;)
ok u olsss... muahhh hahahaha

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...