klik sahaja

10 Nov 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap

Salam semua ^_^





Meh saya nak kongi resepi buat kek coklat yang mudah dan sedapppp -InsyaAllah-

Mula2 kena baca Bismillahirahmanirahim ^-*

Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah la jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/minyak jagung (ikut budget la yea.. jangan guna minyak kapak sudah hihihi)

 Bahan B
3 biji telur (dipukul menggunakan pemutar sehingga ringan dan berbuih)

Bahan C

1 1/4 cawan Tepung Gandum
secubit soda bicarbonate
secubit serbuk Penaik


Cara-caranya..

Sila buat dengan penuh kesabaran ya Puan/Cik semua..

  1. Sediakan periuk kukus dengan api yang kecil. Masukkan loyang yang telah disapu majerin ke dalam periuk pengukus (ini tips supaya kek tidak melekat di loyang)
  2. Sediakan kuali di atas api.. Pastikan kuali kering tanpa sebarang air ya.
  3. Masukkan bahan A. Hidupkan Api sederhana sahaja. Kacau bahan sehingga ia larut dan bercampur.Buat dengan kadar segera dengan satu pusingan sahaja.. Maksudnya, kalau pusing ikut arah jam.. maka ikut lah arah jam. jangan lawan jam pulak.. nanti kek keras la sayang :)
  4. Matikan api setelah bahan larut, jangan buat sehingga terlalu likat. Anggaran masa membuat ianya sebati ialah selama 30 saat. Turunkan suhu adunan tersebut sebentar.
  5. Sementara itu, Ayak bahan C.
  6. Masukkan Telur ke dalam Bahan A tadi.
  7. Masukkan pula Bahan C dan gaul sehingga sebati (jangan hidupkan api ya sayang :)
  8. Setelah bahan semua sebati, bolehlah dituangkan ke dalam bekas yang dimasukkan ke dalam periuk pengukus tadi.
  9. Isi hanya separuh ke dalam loyang tersebut.. Sebab kek akan naik.
  10. Tutup guna Aluminium Foil. Saya balut loyang dengan plastik je.. pun boleh :)
  11. Kukus selama 40 minit. TANPA MEMBUKA periuk kukusan tersebut ya.
Okey Done..

Opss.. Toping dia.. :)

1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
3 sudu marjerin

Guna teknik Double Boiler untuk membuat topping ya :)
( senang je.. didihkan periuk yg agak besar dengan air panas, kemudian letak bekas plastik atas dia tanpa sebarang lapik, masukkan bahan-bahan tersebut. Kacau hingga pekat dan sebati)

Topping hanya di letakkan selepas kek sejuk ya :) Taburlah Nips ke M&M ke.. ikut kreativiti :)




Keputusan Qaisara Batrisyia

Setiap ibu bapa mengimpikan mempunyai anak yang cemerlang dari segi apapun..
Begitu juga saya dan suami.
Rasanya masa sangat cepat berlalu, kini Batrisyia sudah pun di penghujung Tadika.. Penghujung usia 5 tahun..
Hari ni hari konvo dan sambutan majlis hari jadi, sebagai ibu tentu sgt teruja.. Masa menerima laporan pelajaran kakak malam sebelum tu.. pelbagai perasaan bercampur baur..
Ya.. mungkin tadika.. Umur 5 tahun.. tak perlu nak excited sangat… But Not for Me.. Ia menunjukkan permulaan anak kita mengenal pelajaran.. dan Syukur Alhamdulillah..
This is the Result..




Kakak mendapat tangga ke tiga daripada 23 pelajar di kelasnya..





Dan top five tersebut, kakak seorang yang berusia 5 tahun. No 1,2,4 dan 5 berusia 6 tahun..
Rasa macam nak nangis je bila dapat tahu.. Gembira dan tersentuh dengan keputusan kakak.
Yerla.. risau jugak kan.. Umie dan Babah bekerja, tinggal adik dan kakak dgn Omma.. balik keje dah penat.. bila ada masa barulah dpt jenguk buku2 kakak 
Tapi, berkat Doa dan bantuan daripada cikgu…. Kakak Berjaya hadapinya.. Syukur Alhamdulillah 

Ermmm nak kena fikir nak belikan hadiah apa. kakak tak mintak pun.. tapi as reward mesti kena bagi jugk.. Maybe percutian :) kena bincang dgn babah.. kot2 ada peruntukan.. hihi

Hari Konvokesyen dan Hari Jadi Qaisara Batriyia

Salam semua ^_^

Hari ni 10/11/2013 :)

Berlangsungnya Majlis Konvokesyen dan Sambutan Hari Jadi Tadika Perpaduan Danau Kota A

Tanpa banyak celoteh.. Jom layan gambar anak ku Qaisara Batriyia























Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...