klik sahaja

18 Jul 2014

Terkini. Komposisi Penumpang MH17

Terkini. Komposisi Penumpang

 (Sila rujuk kepada Siaran Media Rasmi MAS) jika ada keraguan.
SENARAI PENUMPANG DAN KREW SECARA LISAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
1. NETHERLANDS : 143
2. AUSTRALIA : 27
3. MALAYSIA : 20
4. INDONESIA : 11
5. UK : 6
6. JERMAN : 4
7. BELGIUM : 3
8. FILIPINA : 3
9. KANADA : 1
10. BELUM DIKENALPASTI : 62
JUMLAH PENUMPANG : 280
JURUTERBANG : 4
KABIN KREW : 11 semua W/N MALAYSIA.
JUMLAH BESAR PENUMPANG DAN KREW : 295 ORANG

Tragedi MH17 (Gambar)


Sekadar perkongsian.. 
Al- Fatihah buat mangsa yang terkorban..





Translation: Jika MH17 hilang.. Beginilah rupanya sebelum ia Tiada :(








 sehingga hancur begini..hancur juga hati rakyat malaysia..
#PrayforMH17











speechles







Video Tragedi MH17 (GAMBAR)

AL-Fatihah..



Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=QfsV7ZcF2oI









sumber : http://www.ohmedia.my/2014/07/pesawat-malaysia-airlines-mh17-dengan.html

MH17 Terhempas di Ukraine

MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer

 KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

MH17 MAS
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.


Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.


MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.


SUMBER: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072

 



Read more at: UALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.

MH17 MAS
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MH17 sebelum ia terputus hubungan dengan pusat kawalan. -AstroAWANI

Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.

Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.

"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.


Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.

"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.




MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
http://www.astroawani.com/news/show/mh17-terhempas-mayat-ditemui-di-lokasi-serpihan-bersepah-sejauh-beberapa-kilometer-40072?cp

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...