klik sahaja

Oct 24, 2015

Resepi Bingka Bakar

 BINGKA BAKAR





Bahanbahan
:
1) 6 biji telur
2) 1 tin susu cair
3) 2 tin air
4) 4 cawan tepung gandum
5) 2 cawan gula pasir
6) ½ cawan jus pandan
7) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)

Cara :
1) Kisar semua bahan kecuali bijan dan minyak masak.
2) Sapu acuan atau loyang dengan minyak masak.
3) Tuangkan dunan tadi ke dalam acuan /loyang.
4) Masuk acuan /loyang ke dalam ketuhar. Bakarpada suhu 180'C selama ½ jam.
5) Keluarkan dari ketuhar, taburkan bijan dan sambung bakar selama 20 minit atau sehingga
nampak masak.
6) Sejukkan dan potong
Sedia untuk dihidangkan.


resepi dan gambar daripada google.. saya dah cuba.. tapi saya pakai pemnaggang ajaib sahaja.. api kena slow dan masak pun kena agak lama :)

Resepi Apam Ayu

 APAM SERI AYU


Bahanbahan


1) 3 biji telur
2) 240 gram gula
3) 240 ml santan atau susu segar
4) 1 sudu makan jus pandan
5) 270 gram tepung gandum
6) 1 sudu teh ovallate
7) 1 sudu makan tepung kanji
8) 1 biji kelapa muda parut (ambilputih sahaja)
9) Garam secukup rasa


Cara :
1) Telur dikisar bersama gula hingga kembang.
2) Masukkan santan/susu segar, ovallate dan tepung gandum. Kisar sehingga sebati.
3) Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
4) Gaul rata kelapa dan garam.
5) Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat.
6) Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
7) Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.
Sedia untuk dihidangkan.



resepi dan gambar daripada GOOGLE ya..

tapi saya dah cuba.. memang menjadi :)

Oct 23, 2015

Brownies Cheese Kukus


Brownies Cheese Kukus
Resipi: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Brownies:
Bahan A:
  1. 2 biji telur
  2. 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
  3. 1/2 cawan susu pekat manis
  4. 100 ml minyak
  5. 1/2 cawan gula castor

Bahan-bahan yg diayak bersama:
  1. 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
  2. 1/2 cawan tepung gandum
  3. 1/2 sudu teh baking powder
  4. 1/4 sudu teh baking soda

  1. Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender. 
  2. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati. 
  3. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti). 
  4. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan Keju:
 
  1. 500g cream cheese
  2. 4 biji telur grade B
  3. 140g gula halus
  4. Sedikit esen vanilla

  1. Pukul cream cheese hingga gebu. 
  2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. 
  3. Masukkan pula telur dan vanilla. 
  4. Pukul lagi hingga rata. 
  5. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. 
  6. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju. 
  7. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. 
  8. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota: Kek ni boleh juga dibakar secara steam bath.

Resepi Puding Sedut ( Puding Pelangi )


Salam u ols.. 

ingat nak try meniaga puding nie la..

  so ambil resepi dalam FB.. hihihi.. Mintak halal dunia akhirat ya owner.. :)


PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan
Sumber : Azlita Masam Manis
.
BAHAN - BAHAN
.
  1. 1 sudu teh serbuk agar-agar
  2. 1000 ml air
  3. 1/2 cawan gula halus
  4. 1 cawan susu cair atau susu segar
  5. 1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
  6. 1 sudu teh esen vanilla
  7. pewarna makanan
  8. esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
                                                 
CARA - CARA
.
  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
  2. Kacau rata
  3. Masak atas dapur hingga mendidih
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
  5. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
.
  1. Sediakan botol kaca secukupnya
  2. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
  3. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
  4. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
  5. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
  6. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

Gambar.. nanti saya dah cuba buat saya post ya.. takkan nak curi gambar orang lain pulak dak? hihii :)
 

Keputusan Peperiksaan Di hujung Jari

Salam U olss

Tak  habis2 lagi isu cikgu suka cuti la.. apa la.. bla bla bla bla laa..

Saya as parents. amat memandang tinggi jasa guru guru di sekolah.. dan sebagai parents. please la jaga hubungan anda dengan guru anak2 kita..

keberkatan ilmu yang anak kita dapat daripada guru amat penting..


Malas nak bebel banyak2.. kang cakap kita back up la apa la.. tapi know what?

this is KENYATAAN

itu belum lagi caci maki buat pekerja sektor kerajaan..

Hangpa nak bagi aku duit ke kalau aku berhenti? and u ols ingat kami ni dikecualikan daripada bayar GST eh?
nak tak nak kena hadap..


Rezeki Allah tentukan..

Fikir macam mana nak tambahlan ibadah.. bukan sebaliknya..

opss.. saje je bagi u ols baca panjang2.. sbelum bagi LINK kan?

okey ini LINK dia..


Alhamdulilah.. Anaknda cemerlang.. ops.. kang kalau share result cakap RIAK pulak.. sudah.. 
apa pun tak boleh... buat fb sendiri la.. jangan friends dengan sape2 tauu

^_^ MAAF TODAY EMOSIONAL PULAK..


 


Oct 4, 2015

Resepi Daging Goreng Lembut dan sedap

Resepi Daging Goreng Lembut dan sedap

Cara cara
1:Rebus daging(yang sudah dihiris) dengan sukatan separuh air sahaja
2:Nanti air daging akan keluar.
3:Rebus sampai lagi skit dah nak kering.
4:Jangan sampai kering tau..
5;Dah nak kering tu letak serbuk kunyit n garam secukup rasa.
6:Kacau secukupnya..
7:Tunggu dia agak kering
8:Masukkan minyak
9:Kacau2 sehingga minyak panas dan daging dah berubah warna
10:Masukkan bawang n cili merah.
11:Kacau lagi macam mengoreng tuu.

Dah siap :)

Oct 3, 2015

Resepi Tepung Bungkus mudah dan sedap

Bahan bahannya
Kelapa parut setengah biji
Gula Melaka @ Gula Melaka : 1ketul yg size standard tu..
Gula Pasir : 2 sudu besar
Daun Pandan : 1helai
Tepung Gandum : 1sudu besar



( kalau dapat cap gajah memang elok)
Santan : 3 cawan
(Selalunya setengah kelapa pun cukup)
Garam : 1 sudu kecil kfc
(Ada org tak suka bubuh, kalau bubuh rasa lemak2 masin skit)
Tepung Gandum : 1 sudu besar
(Ini pilihan, tak nak letak pun takpe.. ini supaya tepung tidak terlalu lembik)



Selalunya..

kalau untuk sukatan atas ni.. guna 2 keping daun pisang.. yang belum dipotong tau.. :)




Daun pandan tu ikat la yer.. pastu buh sekali













 Masukkan Santan n Tepung Beras n Tepung Gandum
 Start mengacau.. tak boleh stop ya


Seandainya la.. tiba2 terleka la kan.. tepung tu jadi berketul2.. bolehla dimasukkan ke dalam blender dan kisar supaya ia jadi halus mulus gitu..




letak satu sudu adunan tepung.. 

letak stgh sudu inti kelapa
letak semula satu sudu adunan tepung















SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...