klik sahaja

21 Ogo 2017

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa...
Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg bermula pada 19hb Ogos hingga 30hb (secara rasminya. Tetapi dah pun bermula seawal 16hb)..

Jadi bagi merungkai persoalan yang bermain di minda u olss.. ni meh ahkak nak cite skit.. kikikk..

Sebenarnya kalau awak semua nak tahu pokok apakah? Pokok2 tersebut ialah

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana(Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).
 
alasan kenapa ia diberikan akk boleh story serba sedikit.

Sedia maklum Yb Khairy Jamaluddin merupakan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.. selain muda beliau sangat dihormati oleh lapisan masyarakat. Jadi atas idea beliau yang mahukan sesuatu yang boleh diingati..

Bagi memperkasakan kempen Inisiatif Hijau sempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean kesembilan (KL2017), sebatang pokok akan ditanam bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet kebangsaan pada temasya sukan berkenaan.
Ia merupakan program terbaru Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) yang dinamakan 'Satu Pingat, Satu Pokok' bertujuan mengimbangi jumlah karbon yang dilepaskan sepanjang KL2017 berlangsung.

"KL2017 bukan semata-mata landasan memburu pingat, ia juga adalah platform untuk perlaksanaan program legasi yang mampu meninggalkan impak positif kepada generasi muda."Inisiatif Hijau, contohnya, telah dilaksanakan untuk menghebah, mengajar dan menerapkan nilai-nilai murni mengenai alam sekitar," jelas Khairy selepas mendahului aktiviti menanam pokok di kawasan Mini Forest yang terletak di Bandar Sukan Kuala Lumpur sebagai simbolik pelancaran yang juga merupakan fasa pertama daripada empat fasa dalam program tersebut.

Fasa kedua program tersebut adalah pemberian anak-anak pokok kepada para atlet di podium sewaktu pingat dikalungkan pada KL2017 diikuti fasa ketiga iaitu acara menanam pokok bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet negara.

Sementara fasa keempat pula adalah aktiviti penanaman anak pokok di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) bermula dari Oktober ini sehingga Mac 2018 yang melibatkan sejumlah 5,249 anak pokok.


"Ketika perhimpunan akhir atlet (pada 10 Ogos) saya akan memaklumkan kepada mereka bahawa satu pokok akan ditanam atas nama mereka sekiranya menang emas. Jadi ini sudah tentu akan bakar semangat mereka, kerana kenangan mereka bukan setakat menang emas, tetapi lebih dari itu sumbangan kepada masa depan negara dan meninggalkan legasi bermakna,” YB Khairy Jamaluddin

Credit to : The star and encik Google..

Sebenarnya dah lama idea ni dipraktikan oleh Yb Kj.. masa Kejohanan Di Rio pun sama.. atlet2 kita yg dpt emas ada menanam pokok di venue sukan.

So pasni jangan pening2 ya tanya pokok apa.. hihihi..
Yang penting kita kena support Malaysia!!

Yeahhh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...