klik sahaja

Aug 15, 2010

Tips cinta suami isteri

Kepada isteri2 dan juga bakal isteri….
SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang..

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah.. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi..”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing…”

April 29, 2010 Posted by inazarina | Ceritera, Keluarga | Leave a Comment

25 sebab suami darah naik

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun
ianya benar.
ie. “hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla”

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak “

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak
“bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca/tengok
” ie. eh kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis
sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam, gula beras dan susu budak …. boleh singgah tak mana mana ..pleaze”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami.
ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? “

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… .
ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami.
ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia
orang outstation, ok kan kan kan “

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah.
ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. “sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..
ie.”..eh biarlah budak budak tu pergi
slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja.
ie. “…nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”

17. Suka melengah lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie.”pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak.
ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar
..then lagi tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau…. bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bergayut bla bla
bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie.” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami @ keturunan suami @ asal usul suami.
ie. “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie.”..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry
then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

April 28, 2010 Posted by inazarina | Keluarga | Leave a Comment

Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap
sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai
penenang dan penyeri rumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan
suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak
mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri
buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang
mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera
dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan
seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan
kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan
bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi
kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian
supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia
minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos
supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan
keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Wassalam..

April 21, 2010 Posted by inazarina | Keluarga | Leave a Comment

Petua Rumah Tangga

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah
June 4th, 2009 at 9:24 am
(Petua Rumah Tangga)

Siti Nur Bahyah berkata,

1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak

2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje

4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan
perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah..

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah
Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,”
katanya.

April 20, 2010 Posted by inazarina | Keluarga, Petua | Leave a Comment

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

April 16, 2010 Posted by inazarina | Keluarga | Leave a Comment

Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

*Sentiasa berdoa agar disayangi.
*Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
*Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
*Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
*Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
*Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
*Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
*Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
*Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
*Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
*Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
*Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
*Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
*Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
*Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
*Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
*Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
*Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU “.
*Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
*Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
*Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
*Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
*Sentiasa lakukan ibadah bersama.
*Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
*Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
*Urut belakang isteri sekali sekala.
*Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
*Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
*Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
*Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
*Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
*Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
*Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
*Lebihkan isteri daripada anak-anak.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.
*Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
*Seeloknya masuk tidur serentak.
*Belai isteri sebelum pergi kerja.
*Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
*Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
*Lakukan riadah bersama isteri.
*Pergi berkelah sekali sekala.
*Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

March 2, 2010 Posted by inazarina | Keluarga | 2 Comments

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...