klik sahaja

Oct 10, 2010

Anak-anakKu Tercinta

salam semua..

masa berganti masa, rasanya baru sekejap je aku melahirkan Batrisyia.. sekarang macam tak percaya aku sudah ada pun Rasyiqah. gelagat mereka berdua memang memeningkan kepala. pening2 pun alhamdulillah tidaklah memudaratkan pun.. malah ia lebih membahgiakan daripada apa yang aku alami.



.

ini turutan gambar batriysia semenjak dia naik baby walker hingga sekarang.. Menjaga batrisyia yg lebih mesra dipanggil Aisyah ini ketika kecil agak mencabar jugaklah.. asyik2 merengek dn menangis jer.. masa mula2 minum susu botol.. hampir 4 5 jenis susu jugaklaa tukar sebab tak sesuai.. tapi kalau time tido memang senang tidokan tapi senang terjaga. lelama tu, ragam dia pun kurang dan senang sgt menjaganya..
Sekarang.. dah masuk dua tahun.. ragam dia lagi memeningkan kepala. tapi seronok sgt.. asyik membebel jer kerjanya. memang totally tak boleh duduk diam.. ada jer kerjanya.. selepas aku disahkan mengandung ketika itu umur dia baru setahun.. kesian jugak pada batrisyia tapi nak buat macam mana?? kita hanya merancang ALLAh jugak yg menentukan.. bukankah perancangan ALLAH itu lebih baik daripada apa yg kita rancangkan??? pasti ada hikmah yg tersembunyi.. apapun, aku tetap bersyukur dengan kehadiran kedua2 puteri hati aku nie..
Aku selalu doakan kebahagian mereka di dunia dn di akhirat dan semoga menjadi anak2 yg solehah dn mejadi pengikat kami untuk jalan ke syurga. amin~~

Baby Rasyiqah pulak, Syukur Alhamdulillah daipada proses kelahiran hingga sekarang.. (ketika blog ini ditulis) menjaganya cukup mudah.. Batrisyia pun kelahiran agak mudah juga.. bersalin memang la sakit.. tapi sekejap je, pastu ok balik, yg tak boleh tahan masa dlm pantang jer.. hu hu hu..
tetapi Rasyiqah masa 2 minggu lahir kena demam kuning. mujur sempat diselamatkan sebab dah nak sampai ke tahap bahaya.


Tapi si kecik nie.. kalau mengamuk.. memang tak ingat dunia Boleh bergegar dunia dibuatnyer.. ramalan aku ketika ini adalah aku rasa kakak akan lebih banyak bersabar daripada adik..disebabkan dia agak sihat jadi dia meniarap pun agak lambat dan masih belum boleh mengensot biarpun sudah berusia lima bulan ketika ini.. kakak dia pulak masa 6 bulan sudah pun duduk.. Dia kan semangat malaysia boleh so badan pun agak susah la nak bwk..
tapi yang penting bagi aku adalah kedua2nya sihat.. lambat ke cepat ker, itu belakang kra.. yg penting Nornal dn sihat amin~~

Kasih sayang aku pada kedua2 permaisuri hati aku nie, memang tak berbelah bahagi.. aku sayangkedua2nya melebihi diri aku sendiri.. kalau korang jadi mak pun akan rasa perasaan begini..aku harap sangat akan berjaya mendidik mereka ke jalan yang benar dan diredhai ALLAH.. org kata lebih baik bela lembu sekandang drpd anak dara sorang.. ha aku nie dah ada dua org anak dara.. so tanggungjawab kami lg la besar. Semoga semuanya berjalan lancar..
AMIN~~
untuk Qaisara Batrisyia dan Qaisara Rasyiqah.. UMI sayang dan cintakan kamu berdua..Semoga ALLAH memanjangkan umur usia kami berdua untuk melihat kalian berdua membesar dan berjaya.. AMIN~~ Love our family


2 comments:

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...