Taraaa... nie resepi untuk My BFF Puan Sheera Kitty.. ermmmm sedapnya.. tak sabo rasa nak tunggu hari jumaat nanti.. dia buat sandwich jer.. tapi air tangan dia pun memang tak boleh blahhh.. sedappppp..muah hahahaha ;)
Bahan-bahan ( 4 orang )
8 keping roti
1 tin kecil sardin cap ayam / botan
2 btg lada merah
1 biji bawang merah
2 sudu mayonese
3 sudu sos cili
sedikit minyak
tomato, daun salad & timun
garam dan serbuk perasa
Cara-cara
Goreng cili & bawang yang telah dipotong dadu hingga naik bau..kemudian masukkan sardin yang telah dihancurkan. Masukkan sos, garam dan serbuk perasa. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk kemudian campurkan dengan mayonese. Susun tomato dan timun yang telah dihiris pd roti dan sapukan sardin.. Sedia untuk dimakan..
No comments:
Post a Comment