
Dia..
Lelaki istimewa dalam hatiku.. akan sentiada bersemadi dalam hatiku buat selamanya.
Dia,
Lelaki yang tidak pernah mengenal penat lelah biarpun dimakan usia..
Dia,
Penjaga yang dikirmkan oleh Allah untuk menjagaku..
Dia,
Sangat memanjakan aku bak menatang minyak yang penuh..
Dia,
Perwira di hatiku..
Dia,
Mengajar aku hidup dan mengenal Dunia,
Ku rindu suaranya..
Ku rindu arahannya..
Ku rindu pujukkanya
Ku rindu cahaya di matanya
Ku rindu alunan Al-Quran yang sering dilagukan
Tapi..
Hanya doa yang mampu ku kirimkan
Hanya doa yang mampu ku panjatkan
Agar Rohnya tenang di sana..
Mari sedekahkan Al-Fatihah kepadanya
Insan yang ku panggil BAPAK (tak lupa juga kepada EMAK)
Biarpun beliau bukan bapa kandungku.. tapi beliau yang menjaga dan mengasuhku dari usiaku 5 hari hingga 15 tahun..
Datanglah dalam mimpiku andai Allah izinkan.. Agar aku dapat melepaskan rindu di hati..
Lihatlah kini aku.. Sudah punya keluarga sendiri.. Sudah punya anak sendiri. Pasti dirimu gembira andai Kau ada di saat ini..
Hari ini.. Genap 15 tahun kau pergi meninggalkan aku menyahut Seruan Ilahi. betapa bila tiba saat ini, aku menjadi Hiba.. ;(
Bapak,
Maafkan anum sebab tak pernah datang menjenguk pusaramu.. kerana anum yakin bapak mesti bahagia di samping emak di Alam sana.. Hanya doa dan Yassin yang mampu anum hadiahkan.
Semoga Bapak dan Emak tenang di sana..
Miss u so much :(
No comments:
Post a Comment