klik sahaja

Mar 11, 2014

DOA : Penyelesaian Terbaik buat MH370

Salam..

Pastinya KINI di dalam setiap hati kita yang punya hati dan perikemanusiaan akan terasa betapa beratnya kejadian yang menimpa MH370.

Kita mungkin bukan siapa-siapa malah tidak mengenali pun mereka.. Tetapi RASA itu tetap ada..

Terdapat seribu satu spekulasi yang melanda kejadian ini..Ghaib, Rampasan Pesawat,Letupan di Udara,Komplot mengelakkan Perang Dunia Katiga, Terjunam Di lautan dan pelbagai lagi..
Ia adakalanya tidak dapat masuk dek akal.. Tapi ia juga tidak dapat ditolak kemungkinannya..

Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah Berdoa dan terus Berdoa.
Semua yang berlaku adalah di bawah Kuasa Allah SWT. Pihak yang berwajib telah menjalankan tugasan mereka.. Pemimpin kita juga cuba buat yang terbaik.. Sekarang bukan masa untuk menunding Jari kepada sesiapa.. Sekarang Masa untuk kita bersatu hati demi insan-insan yang terlibat dengan kejadian ini..

Just Imagine yang sebenarnya hanya insan2 terpilih yang melalui semua ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui


Then... Kalau anda tidak mampu membantu dari dekat.. Bantulah daripada Jauh.. Sesungguhnya Doa orang-orang yang Soleh paling Mustajab dan Mungkin Orang yang SOLEH itu anda..



Mari sama sama kita BERDOA


Panduan Doa Makbul.
  1. Tidak melakukan perkara yang menghalang doa dimakbulkan.
  2. Membiasakan diri dengan tiga tabiat para Nabi.
  3. Menguatkan doa dengan tawassul syar’i (yang dibenarkan syarak).
  4. Mengambil peluang dengan masa, tempat atau keadaan yang mustajab doa.

“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.”

(Surah al-Mukminun 40:60)

Individu yang Mustajab Doa.
Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.



“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan sanudaranya itu mustajab. Atas kepalanya, ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata : “Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).”

(Riwayat Muslim)

  1. Orang berpuasa.
  2. Pemimpin yang adil.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. “Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.”

(Riwayat Ahmad)
  1. Ibu bapa.
  2. Musafir.


“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.


“Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya : “Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?” Allah menjawab : “Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!”

(Riwayat Ahmad)
Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.


“Orang yang sedang berperang di jalan Allah, haji dan umrah isalah delegasi tetamu Allah. Allah menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka Allah mengurniakannya.”

(Riwayat Ibn-Majah)
Orang yang banyak mengingati Allah.


“Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak ; orang yang banyak sekali mengingati Allah, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.”

(Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Orang yang tidur dalam keadaan suci.


“Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati Allah dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat Abu Daud)
Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.


“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Orang yang benar-benar dalam kesulitan.


“Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-Nya?”

(Surah al-Naml 27:62)

Tip Doa Makbul.

Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para Nabi dan doa-doa mereka yang dimakbulkan. Pada akhir ayat 90, Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para Nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul :
Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.
Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh pengharapan dan ketakutan.
Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.

Masa yang Mustajab Berdoa.
  1. Antara azan dan iqamah.
  2. Ketika hujan.
  3. Semasa ayam berkokok.
  4. Kala sepertiga malam.
  5. Ketika sujud dalam solat.
  6. Ketika waktu senang.
  7. Ketika peperangan.
  8. Di hujung solat fardhu selepas tahiyat sebelum salam.
  9. Pada malam hari.
  10. Pada hari Jumaat.

Orang yang Allah Kabulkan Isi Hatinya Tanpa Berdoa.

Allah S.A.W berfirman : “Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhlukNya.”

(Riwayat al-Tirmizi)



No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...