klik sahaja

Oct 23, 2015

Resepi Puding Sedut ( Puding Pelangi )


Salam u ols.. 

ingat nak try meniaga puding nie la..

  so ambil resepi dalam FB.. hihihi.. Mintak halal dunia akhirat ya owner.. :)


PUDING SEDUT ATAU PUDING SIRUK
Resepi oleh : Resepi Ringkas
Rujukkan : Citarasawan
Sumber : Azlita Masam Manis
.
BAHAN - BAHAN
.
  1. 1 sudu teh serbuk agar-agar
  2. 1000 ml air
  3. 1/2 cawan gula halus
  4. 1 cawan susu cair atau susu segar
  5. 1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
  6. 1 sudu teh esen vanilla
  7. pewarna makanan
  8. esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa
                                                 
CARA - CARA
.
  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
  2. Kacau rata
  3. Masak atas dapur hingga mendidih
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
  5. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry
.
  1. Sediakan botol kaca secukupnya
  2. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
  3. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
  4. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
  5. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
  6. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

Gambar.. nanti saya dah cuba buat saya post ya.. takkan nak curi gambar orang lain pulak dak? hihii :)
 

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...