Antara Tips Yang boleh Saya share
- Berikan pendidikan Seawal Mungkin
- Pendidikan Sebenar bermula daripada Rumah
- Hormati Guru dan Bina Hubungan Baik dengan GURU
- Jaga Solat
- ILMU AKHIRAT DIGENGAMAN.. ILMU DUNIA MILIKMU
- Kurangkan Penggunaan Internet..
- Sayang Anak Biarlah Berpada..
- Mak Lembut Ayah kena Garang ataupun SEBALIKNYA..
- Berikan REWARD bila mereka cemerlang
Di bawah ialah Huraiannya..
AWAS!!
Sila baca dengan Tenang dan HAti Terbuka.. sebarang Ke SENTAPan adalah tidak digallakkAN.. KERANA saya sudah sedaya upaya menjaga ayat2 saya.. Karangan Agak Panjang.. MAaf jika Anda JEMU :)
Sharing Is Caring (Tips Mendidik Anak)
Salam semua ^_^
Bila difikir sedalam dalamnya.. rasa macam tak layak je nak bagi tips kat mak
mak di luar sana..
Tapii takperla.. yang boleh faham tu faham la.. yang saje
nak intai2 tu pun boleh..
Yang nak mencaci mengkondem dan berfikiran negative.. pun
teruskan jerla.. kita okeyy je.. hihihi
Berikan pendidikan
Seawal Mungkin
Pendidikan Awal sangat penting untuk anak2 membina hubungan social
dengan anak anak lain.
Bagi saya, ikut kemampuan anda untuk menghantar anak2 anda
di mana.. Saya menghantar anak2 di awal usia 4 tahun.. tetapi untuk ke darjah
1.. saya menghantar anak2 saya ke 3 buah sekolah yang berasingan..
4tahun saya hantar ke Tadika Sang Kancil, 5 tahun saya
hantar ke TAdika Perpaduan dan 6 tahun hantar ke Prasekolah J macam saya kata.. ikut
kemampuan.. Jangan bagi Alasan.. anak2 akan Jemu.. Anak2 kita bijak.. mereka
tak akan jemu.. dan Cikgu juga tak akan Ajar benda yang sama.. JAdi hantarlah
anak2 anda seawal mungkin mengikut kemampuan J
Pendidikan Sebenar
bermula daripada Rumah
Anak2 melihat mendengar dan mempratikkannya seawal awal
usia.. Ingat tak saat kita menanti mereka meniarap? Merangkak? Bertatih dan
seterusnya berjalan? Adakah kita membiarkan sahaja? Mesti sedikit sebanyak kita
cuba menggalakannya.. Siap nyanyi2 lagu “Tatih.. tatih.. tatih.. mari dekat sayang
mama.. “
Begitu juga halnya ketika Mereka menjejak kaki ke alam
persekolahan.. Bermula dengan alam tadika, sekolah rendah dan seterusnya..
Tolonglah RAJIN tengok apa yang anak2 belajar di TAdika/Sekolah..
Berikan Galakkan untuk mereka.. Enjoy dengan apa yang mereka
belajar di sekolah.. PUJI mereka.. Dengar Celoteh Mereka.. Spend your time..
MASA anda MILIK MEREKA.. Dorong mereka bahawa SEKOLAH adalah sesuatu yang
menyeronokkan.. Jadikan Kita sebahagian daripada Sekolah mereka..
Nampak Mudah kan? Sebenarnya RAmai yang tak mampu buat..
Takper.. perlahan lahan ya..
Hormati Guru dan Bina
Hubungan Baik dengan GURU
Jangan LEPAS TANGAN.. Ingat!! GURU mengajar paling sikit
25org dalam satu kelas.. paling ramai 35orang.. . .. kalau nak anak Cemerlang
kenalah Usaha Lebih sikit.. Jangan Harapkan GURU semata.. Zaman sekarang bukan
macam zaman dahulu.. Guru2 dah terbeban dengan beban tugasan yang kita sendiri
pun tak sangka..banyak.. Murid makin ramai.. mana nak key in itu mana nak key
itu.. Terus terang ya saya cakap.. kalau korang disuruh jadi Cikgu.. belum
confirm korang boleh jadi.. hahahaa
Jangan sebab kita hantar ke Sekolah.. Kita Bayar Yuran
sampai ribu riban KITA berhak untuk meletakkan 100% TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK
ANAK kepada Mereka..
Mungkin Ramai yang tak setuju.. Tapi silalah Telan walaupun
PAHIT.. Dunia Semakin Pantas.. Purata ANAK2 pandai semakin RAMAI.. Ikut
Rentak.. macam saya katakan. NAK ANAK PANDAI USAHA KENA LEBIH.. Cikgu dah buat
tugasan dia MENGAJAR.. anak2 kita kenalah Buat tugasan mereka Untuk BELAJAR..
kalau kita boleh mempertikaikan tugasan guru guru MENGAJAR.. kita juga harus
mempertikaikan anak2 tugas BELAJAR.. jadii.. bukanlah saya suruh korang pergi
belajar jadi CIKGU.. ambik seleves pendidikan.. pergi panjat kementerian
pendidikan.. idokkkk
Just.. Balik Kerja.. Tanya anak.. ada kerja sekolah? Anak kata
ADA..
Anak buat kerja sekolah.. DUDUK tepi dia dan Pantau apa yang
dia buat.. awak amik buku teks dan baca apa yang diajar.. Then Tanya balik..
Cikgu Ajar apa di Sekolah? Anak2 akan rasa dihargai.. Buat2 awak tak faham..
dan anak anda akan ajar anda balik.. then selitkan gurauan dalam pembelajaran
jangan bagi di stress.. cakaplah.. “umie dah tua.. lupa” selit2 juga kata2
nasihat J
Jaga Solat
MAk mak.. tanggungjawab kita kepada ALLAH.. buatlah.. Doa
banyak2 untuk anak2.. Power of DOA dari mak2 untuk anak2.. Untuk ibu2
bekerjaya.. JAGALAH SOLAT ASAR..
Solat Asar masa tu kita ada yg tgh nak balik.. ada yang
kejar ini kejar itu.. SOLAT ASAR ada hikmah tersembunyi.. tak percaya? Buatlah..
buat seawal waktu.. akan Nampak perbezaannya..
saya bukan bermaksud ASAR je jaga.. yang lain2 pun WAJIB jaga.. tapi
tips ni saya pun dapat dari mak ayah yg cemerlang..
ILMU AKHIRAT DIGENGAMAN..
ILMU DUNIA MILIKMU
Mak2.. ANAK2 nilah Jaminan kita masuk SYurga atau Neraka..
kalau tak mampu ajar anak Mengaji.. HAntarlah dia ke mana2 yang ada ilmu
Mengaji.. Dulukan ILMU AGAMA.. HAntar sekolah Agama.. anak2 penat.. biar penat
sekarang.. Jangan nanti kita Penat jawab dengan ALLAH di sana.. Bukan sekadar
Mengaji.. AKIDAH,FEQAH,SIRAH.. semua WAJIB tahu dan AMAL.. saya ni pun Bengong
ilmu AGAMA.. janganlah anak2 ikut kebengongan saya harapnya. Impian saya ANAK2
saya dapat masuk Sekolah Agama.. Jadi Insan yang sentiasa tawaduk dengan ILMU
ALLAH.. Doakan Saya ya mak2..
Kurangkan Penggunaan
Internet..
Ini pun susah juga nak buat.. ada yg berpendapat anak2 boleh
belajar daripada tablet.. benarrrrr.. tapii harus dipantau.. mak2 ingat ya..
untuk yang usia kecik2 MOTOR halus mereka akan terjejas akibat tiada pemantauan
ketika menggunakan tablet ini.. kesannya.. lemah memegang pensil..
Kesan pada mata.. mata akan tua sebelum waktunya.. tengok
sekarang ramai budak2 yang dah pakai cermin mata.. cegahlah sebelum parah..
Boleh berikan tapi janganlah dari celik mata sampai pejam mata.. memanglah mak2
senang nak buat kerja sebab anak2 diam.. tapi kesan jangka panjang.. anda
sanggup? Saya tak sanggup.. hihihi
Sayang Anak Biarlah
Berpada..
Saya tekankan sikit ya isu ini.. ANAK adalah Anugerah.. Itu
tidak bermakna kita kena PATUH dengan apa yang ANAK mahukan.. Bila dia mengadu
pasal anak org lain buat ini.. buat itu.. Tolonglah jangan serang mak pak anak
org tu.. mungkin ada yang tak serang.. tapi bermasam muka bila bertembung..
Alahai.. anak2 dah tentulah anak.. mak pak jangan jadi macam budak kecik pula..
JUMPA secara berhemah.. ataupun anak anda telah buat salah.. ada mak pak datang
jumpa ada.. TERIMA dengan HATI terbuka.. sila JAGA JAGA dan JAGA hubungan
silaturahim.. anak2 gaduh pun kejap je,, esok2 baik dah.. MAK PAK kalau GADUH..
buruk benor rupanya.. hahahaha
Mak Lembut Ayah kena
Garang ataupun SEBALIKNYA..
Salah seorang daripada ANDA.. WAJIB jadi DIKTATOR.. yang
bila dia EHEM EHEM je.. anak dah buat apa2 kerja tanpa DISURUH. Macam mana? Berbincanglah
dengan pasangan J
Berikan REWARD bila
mereka cemerlang
Ini tak perlu bagitahu.. semua orang akan Buat.. Pentingnya
reward walaupun kecil agar anak2 kita akan terus berusaha membuat yangTERBAIK.
JANGAN
Jangan Paksa ANAK
tapi TEGAS
Jangan Bandingkan
ANAK tapi jadikan INSPIRASI
Sebenarnya ada lagi.. tapi cukuplah yang ini dulu.. ini pun
dah rasa macam esei.. hahahaha
Mak mak dekat sana..
Saya nak tekankan.. Terimalah ANAK kita seadanya.. Tak
PANDAI sekarang bukan bermakna MEREKA akan GAGAL.. Tapi membiarkannya terus TAK
PANDAI itu PENYEBAB KEGAGALAN..
Mak2.. Saya sharing ni bukan bermaksud SAYA BETUL 100%.. saya
pun banyak kurangnya..
Tapi Belajarlah.. Selalu tanya2 ibu bapa yang anak cemerlang..
resepi kejayaan.. lepas tu buatlah.. ni takat Tanya je.. buatnya idok.. camner
tu.. hihihi
Saya minta maaf jika ada yang Terasa dengan PEnulisan saya..
Saya sharing sebab saya nak anak2 kita semua BERJAYA.. Ingat tuuu J
No comments:
Post a Comment