RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA VERSI DANAU KOTA
muahahahahaa
fuhhhh lama dah tak mengupdate blog ni.. maklumlah tahap kemalasan tu berganda kalau kena buka laptop.. kalau guna handphone rasanya tak puas nak menaip.. hahaha
okeyla semua.. ni resepi yang telah saya olah berbelas kali..
Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan bagi pihak saya la..
sebenarnya membuat kuih ni tengok juga pada orang... ada orang yang derhaka pada resepi tetapi menjadi.. ada orang yang tengok resepi sebijik tapi tak jadi.. ha gitu.. saya pula jenis.. tengok resepi tapi derhaka tetapi tak jadi.. hahahhaaha so banyak la keep try n error
RESEPINYA IALAH
-KELEDEK PUTIH ANGGARAN 2KILO
-TEPUNG GANDUM SETENGAH CAWAN
-GULA 3 sudu
-GARAM 1sudu kecil
-BAKING POWDER 1 susu kfc
UNTUK SIRA
SUKU CAWAN AIR
GULA PASIR 3 SUDU
GULA NISAN 2 KEPING
GULA BATU 2 KETUL YG KECIL
![]() |
Rebus keledek sehingga empuk.. dalam stgh jam mcm tu.. toskan air dan biar dia kering sekejap. |
![]() |
lenyekkan keledek.. saya gunakan penekan burger mcm gambar di atas tu.. senang sebab serat dia mudah melekat dan boleh dibuang. |
![]() |
kemudian saya akan lenyekkan dengan lesung batu agar ia menjadi lebih halus dan tidak berketul |
![]() |
dah siap masukkan pula tepung gandum, garam dan gula |
![]() |
masukkan 1 sudu kfc baking powder |
gorengkannya sehingga kuih garing.. petua tu.. kuih tak akan serap gula jika kuih kita kering dan garing. ada orang goreng dalam periuk sebab nak bagi dia goreng dlam minyak yg penuh.. macam saya.. sy goreng je dlm kuali legend mak mertua sy ni.. haha yang penting jangan asyik terbalikkan dia je.. sebab nanti dia akan serap minya.. dalam 2 3 kali udah ler.. agak2 dah garing.. angkat.
okey jom buat sira dia pulak
![]() |
MAsukkan semua bahan2 tadi.. ingat air jangan banyak tau.. nanti tak jadi.. |
![]() |
Add caption |
![]() |
api kena kecil supaya tidak hangit.. lama2 dia akan berbuih rupa gini.. |
![]() |
kacau dan terus kacau sampai dia likat.. means bila korang angkatdengan sudip tu.. dia menitik bukan mcm air tapi mcmgam.. ha gituuu kemudian masukkan kuih yang sudah digoreng kedalam kuali yg berisi adunan gula likat ni pastikan api jangan ditutup dahulu. kacau kuih muih tersebut sehingga semua rata dengan gula.. bab ni mencabar skit sebab dia akan melekat2.. so matikan api dan kacau2 serta pisahkan dia.. cara saya ialah angkat satu persatu letak ke redai ![]() maaf takde gambar ketika menguli dalam kuali sebab ia kena fokus.. hahahaaha okey biarkan di atas redai ini dalam 15minit gitu.. dia akan mengeras tak lama kemudian ![]() Haa... dah siap bolehla ngap... MasyaAllah sedapnya.. hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang tahu nikmatnya.. hahahhaa saya sebenarnya tak tahulah rasa mcm mana kuih keria antrabangsa tu.. yang ini kuih keria versi saya.. hahahhaha oeky.kalau malas nak buat.. bolehla order dengan saya.. tapi saya tinggal di Danau Kota Setapak WP kuala Lumpur so kalau nak self collect hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja mai whatsapp saya di 018 3779717 -anum- ![]() |
No comments:
Post a Comment