klik sahaja

Nov 8, 2021

UJIAN KEMASUKAN KE SMISTA SESI 2021



Salam semua.. 

 Sharing sesi ujian saringan dan temuduga di SMISTA..

Pemohonan dibuka pada bulan september tempoh hari..
Alhamdulillah anak terpilih untuk ke Ujian Saringan SMISTA.
Untuk Info ada 2 sekolah di bawah MAIWP yg dikenali sebagai SMAWIP dan SMISTA.
Perbezaan keduanya ialah SMAWIP lebih kepada Bahasa Arab dan SMISTA lebih kepada Hafiz/Hafizah. Betulkan jika saya salah 
🤗

Keduanya berkongsi asrama yang sama tetapi pelajar SMISTA kena naik bas untuk ke Sekolah..
Penting! Tidak boleh apply keduanya.. Boleh pilih satu sahaja 
🤗


Saya kongsi pengalaman anak ketika hadir ke Ujian Saringan tadi.

06.02.2021 (Sesi 2 Kelas 6 Panel E)

Jam 10.30 sesi taklimat.
Jam 11.00 pagi murid dibawa ke dewan untuk sesi ujian bertulis.
Ada 50 soalan merangkumi soalan Bahasa Arab, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Ujian secara atas kertas ya bukan komputer.
Masa Sejam.

Murid Rehat selama sejam. Pihak SMISTA ada sediakan makanan untuk anak2.

Jam 3.00 petang murid diletakkan di dalam kelas. Kelas anak saya ada 5 perempuan dan 11 lelaki. Panel memberikan kertas untuk dihafal. Total ada 6 kelas pada sesi kedua.

Jam 3.30 petang murid diminta turun berjumpa panel untuk sesi hafazan.

Murid diminta membaca dengan tajwid yang tepat.. selesai sesi hafazan..
Sesi temuduga pula, anak saya mendapat soalan.
-Soalan Tajwid 2 soalan
-Nak masuk SMISTA kerana suka rela atau ibu ayah suruh.
-Apa pekerjaan ibu ayah dan berapa pendapatan.
-Berapa kali khatam Al-Quran

Anggaran masa 15minit-20minit.

Itu sahaja.. Selesai.
Untuk hafazan tu anak sy kata UKKM Hafazan lebih mudah kerana ayat2 pendek. Manakala ujian SMISTA agak sukar kerana ayat2 panjang.
Sekian. Sedikit perkongsian dari saya ,
💞😘


Keputusannya?
Anak saya tidak berjaya ke SMISTA.. Rezekinya dan pencapaiannya bukan di sini.. hehe apapun jadikan ini pengalaman manis buat anak.. 

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...