Meh saya nak kongi resepi buat kek coklat yang mudah dan sedapppp -InsyaAllah-
Mula2 kena baca Bismillahirahmanirahim ^-*
Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah la jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/minyak jagung (ikut budget la yea.. jangan guna minyak kapak sudah hihihi)
Bahan B
3 biji telur (dipukul menggunakan pemutar sehingga ringan dan berbuih)
Bahan C
1 1/4 cawan Tepung Gandum
secubit soda bicarbonate
secubit serbuk Penaik
Cara-caranya..
Sila buat dengan penuh kesabaran ya Puan/Cik semua..
- Sediakan periuk kukus dengan api yang kecil. Masukkan loyang yang telah disapu majerin ke dalam periuk pengukus (ini tips supaya kek tidak melekat di loyang)
- Sediakan kuali di atas api.. Pastikan kuali kering tanpa sebarang air ya.
- Masukkan bahan A. Hidupkan Api sederhana sahaja. Kacau bahan sehingga ia larut dan bercampur.Buat dengan kadar segera dengan satu pusingan sahaja.. Maksudnya, kalau pusing ikut arah jam.. maka ikut lah arah jam. jangan lawan jam pulak.. nanti kek keras la sayang :)
- Matikan api setelah bahan larut, jangan buat sehingga terlalu likat. Anggaran masa membuat ianya sebati ialah selama 30 saat. Turunkan suhu adunan tersebut sebentar.
- Sementara itu, Ayak bahan C.
- Masukkan Telur ke dalam Bahan A tadi.
- Masukkan pula Bahan C dan gaul sehingga sebati (jangan hidupkan api ya sayang :)
- Setelah bahan semua sebati, bolehlah dituangkan ke dalam bekas yang dimasukkan ke dalam periuk pengukus tadi.
- Isi hanya separuh ke dalam loyang tersebut.. Sebab kek akan naik.
- Tutup guna Aluminium Foil. Saya balut loyang dengan plastik je.. pun boleh :)
- Kukus selama 40 minit. TANPA MEMBUKA periuk kukusan tersebut ya.
Opss.. Toping dia.. :)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
3 sudu marjerin
Guna teknik Double Boiler untuk membuat topping ya :)
( senang je.. didihkan periuk yg agak besar dengan air panas, kemudian letak bekas plastik atas dia tanpa sebarang lapik, masukkan bahan-bahan tersebut. Kacau hingga pekat dan sebati)
Topping hanya di letakkan selepas kek sejuk ya :) Taburlah Nips ke M&M ke.. ikut kreativiti :)
thanks ya infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id
Thankz
Deletewelcome.. thanks sebab sudi ke sini :)
ReplyDeletefuhh terliur. Nak cuba buat lah nanti. Minta share ye resipi ini hehehe. Btw nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya ye http://www.mamafisya.com/ :)
ReplyDeletemcm sedap jer...
ReplyDeletewah sedapnyeeeeee....... tq inform
ReplyDelete