klik sahaja
Mar 8, 2014
KEHILANGAN PESAWAT MH370 KUL-BEEJING
Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.
Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.
Kronologi Terkini (UPDATE):
12.41 pagi (GMT+8): Pesawat Boeing 777 berlepas dari KLIA
01.05 pagi (GMT+8): Melalui laporan Flight Aware, data semasa penerbangan pesawat tidak dapat di terima.
07.25 pagi (GMT+8): MAS mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
10.30 pagi (GMT+8) : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
10.40 pagi (GMT+8) : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat
KREDIT TO: http://terengganutoday.com/muka-hadapan/berita-update-terkini-pesawat-mas-dari-kl-ke-beijing-hilang
Baca ini pulak : penumpang dan kapten MH370
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB
Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...

-
Bismillahirahmanirahim.. Siapa2 yang rajin2 baca blog aku mungkin pernah nampak posting2 aku mengenai perjalanan aku untuk memasuki Per...
-
Salam semua.. Jadi mak ni kena serba boleh.. So baru ni cikgu Prasekolah qaisara minta ibu bapa yg berkelapangan buat ukiran kentang.. Ja...
-
Bismillahhirahmanirahim.. Lama nya tak menulis.. maafkan saya.. hahaha Okey.. seperti tajuk di atas.. sukacitanya sy nak kongsikan pengalam...
No comments:
Post a Comment