klik sahaja

Mar 25, 2014

Tenanglah wahai MH370


Pagi ini..
Melangkah kaki seperti biasa...
tapi sayangnya..
hari ini bukan seperti hari2 biasa..
perkhabaran lewat malam semalam rupanya masih terkesan di jiwa..
berjalan di bawah cahaya bulan pada subuh ini..
melewati manusia2 yang bangun awal pagi demi sesuap rezeki..
terkesan di setiap wajah..
ada nada duka..
ada juga yang bengkak di mata..
inilah kita semua..
tabahkanlah hati keluarga dan teman2 yang mengenali penumpang mh370.
sekarang bukan masa untuk menilai dan menghukum..
bukan ketika menunding jari pada sesiapa..
bukan mengungkit kesilapan manusia..
sekarang masa untuk bertenang..
gunakan kemanusiaan yang ada untuk memahami..
betapa kerdilnya kita di sisi Allah yang Maha Kuasa..
Manusia yang tidak pernah faham erti kemanusiaan..
Berdiamlah.. Kerana andai kau suarakan juga bisa katamu..
bimbang nanti kau juga merasai perasaan pedih yang menimpa mereka..
dan bimbang lebih dahsyat lagi..
Pada hati yang mengerti..
Sama2 kita berdoa.. agar jasad ditemui..
buat pengubat rindu dan duka di hati..
Semoga Allah memudahkan segalanya..
Andai jasad kalian terkubur di sana..
tenanglah wahai roh...
sesungguhnya.. doa kami senantiasa mengiringi kalian..
Bukankah Perancangan Allah lebih baik dari segalanya?..
Ya... itulah jawapan terbaik untuk kita..

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...