Salam u olss..
Okey tanpa membuang masa.. mari kita cuba resepi cheesekut yang sedap n senang nii..
Bahan-bahan
Biskut Deluxe Crackers
Cream Cheese jenama Tantura 250g
Susu Pekat Manis setengah tin
Serbuk Milo
Cara-caranya
1. Putar atau blend cream cheese tersebut dengan susu pekat setengah tin. Kalau pakai Mixer dalam 15minit. Kalau pakai blender maybe kena tambah air suku cawan sebab dia mcm pekat sikit.
2.Sediakan loyang atau tupperware empat segi.
3.Tuangkan cream cheese tadi.
4.Ambil biskut n celup dalam susu pekat manis yang sudah dicampur air. kalau nak guna susu segar Dutch lady pun boleh. Tapi nak jimat n senang. Susu pekat manis tu ambil sesudu n bancuh dengan air masak. jadikan dia cair.
5.Celup biskut sekejap je tau.. Dalam masa 10 saat je.. Jangan sampai hancur tau.. asalkan lembut sudah mencukupi.
6. Susun2 dalam loyang dan curahkan dengan cream cheese.
7. Ulang step 4 sehingga 4 kali.
8.Taburkan serbuk milo di setiap lapisan jika mahu..
9. Kalau cheese jer.. takut muak pulak nanti.
10.Final.. dah siap masukkan dalam peti sejuk sehingga 2 jam pun dah okey.. pastu keluarkan n ngap..
sedappp wooo
klik sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB
Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...
-
Salam semua.. Jadi mak ni kena serba boleh.. So baru ni cikgu Prasekolah qaisara minta ibu bapa yg berkelapangan buat ukiran kentang.. Ja...
-
Bismillahirahmanirahim.. Siapa2 yang rajin2 baca blog aku mungkin pernah nampak posting2 aku mengenai perjalanan aku untuk memasuki Per...
-
Salam u olss.. Okey tanpa membuang masa.. mari kita cuba resepi cheesekut yang sedap n senang nii.. Bahan-bahan Biskut Deluxe Crackers...
No comments:
Post a Comment