klik sahaja

Sep 25, 2015

Resepi Char Kuey tiow ( betul ke ngejanya ni?) Senang dan sedappp

Salam u olss..

Lama sungguh Umie tak memblog Resepi2 daripada dapur umie ^_^

Now Umie nak share resepi Char Kuey Tiow yang amattt mudah dan for sure sedap.. dekat tekak umie la kan.. but InsyaAllah dekat tekak hangpa jugak :)



Bahan bahannya

Kuey Tiow 2 bungkus

Udang Besar 8 ketul
Udang Kecil 2 genggam (udang yang biasa tu juga tapi bersaiz kecil tauu bukan udang geragau yang puih kecik2 tu)
Bawang Putih 4 ketul
Kicap pekat 4 sudu
Kicap Manis 4 sudu
Sos Tiram 6 sudu
Pati Udang ataupun boleh guna kiub know perasa ayam. guna setengah je
Cili Kering yang sudah diblender

Bahan sampingan
telur 4 biji
tauge
daun kucai

Cara caranya


  1. pertama sekali, rebus udang kecil tersebut di dalam periuk.. rebus dalam masa 15 minit sahaja..
  2. Udang akan bertukar warna pink kan? okey tutup api dan masukkan ke dalam pengisar
  3. kisar udang tersebut sehingga lumat.
  4. Sesudah lumat dan hancur  letak tepi dahulu
  5. sediakan periuk dan masukkan bawang putih yang diketuk dan semua segala kicap
  6. masukkan bahan yang sudah dikisar tadi. tak perlu garam sebab dan masin sebab bubuh sos tiram tadi :)
  7. renehkan sehingga ia menjadi pekat dan seperti pati.
  8. Dah siap.. boleh lah disimpan kalau dah banyak sangat. sebab untuk satu hidangan untuk family bertiga hanya pakai satu senduk sahaja.

cara2 memasaknya.
  1. tumis cili kering yang telah diblender
  2. masukkan kuey tiow yang telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya
  3. lupa pula.. api kena besar dan masak kena cepat.
  4. masukkan kerang dan udang
  5. masukkan pes tadi.. ia akan banjir dan sudah nampak meyelerakan
  6. masukkan telur.. terpulanglah nak pecahkan ke tak nak.. ikut selera la yea
  7. masukkan tauge dan  daun kucai.
  8. matikan api dan siappp
  9. kalau terrer masa masak tu bolehla goncang kuali macam yang org buat kat kedai tu.. hahahha
Sangat sedap di makan bersama cili jeruk

resepi cii jeruk ada dekat sebelah ya..

okeyyy.. dah ssiappp bolehla dimakan panas2.. Selamat menjamu selera..

^_^




No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...