Menjelang hari rayaa....
jeng jeng jeng..
jom buat kuah kacang..
senang jeeee.. cuma leceh sikit nak buat.. hahaha
Bahan2
- Setengah kilo kacang tanah
- disangai atas kuali tanpa minyak, buat sampai dia menjadi rangup.. api kena kecil.. tangan kena lincah kacau2 ;)
- lepas dah rangup ambil surat khabar. Guna satu naskah tu pun takpe.. bentang dan tuang kacang tanah tadi. balut dan tekan2 dan gosok2 untuk membuang kulitnya
- Buat panas nanti kulit senang tanggal. selepas itu tampi kacang di luar rumah.. kalau nak dalam rumah pun takpe.. tapi jenuh pulak nak menyapu nanti.. hihihi
- selepas di tampi, kulit dan kacang akan terpisah.. ambil kacangnya sahaja..
- ambil lesung batu dan tumbuk secara sederhana.. i uols tak suka lumat2.. so tumbuk ala kadar sahaja.
- Kalau tak rajinn.. blenderr sahaja ^_^
-Air Asam jawa satu mangkuk kecil
-Garam satu sudu kecil
-Gula dua sudu besar
Bahan2 kisar
Bawang Besar agak2 nya size segengam anak kecil tu
4 biji
Bawang Putih
6biji
Serai
4 batang
Lengkuas
1inci
Cili Kering (direbus dahulu)
20 biji
Belacan
Secubit
Kunyit
2inci ataupun 2 ketul yg kecil jari kelingking
Okey dah siap bahan2.. Mari masakkk pulak ^_^
Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak.. tapi janganlah sampai macam nak goreng keropok yer.. hihi
Agak2 2 senduk bolehla kot.. bila tumis tu bahan kisaran tu jadi basah dan bukan kering.
Sesudah tumis tunggu sehingga ia pecah minyak agak2 dalam 10minit kot. Api jangan besar sangat ya.. agak2 tak hangus yer
masukkan kacang tanah yang sudah ditumbuk atau dikisar tadi ya
kacau kacau sehingga ia sekata.
masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih.
Masukkan air secawan.
Last masukkan garam, gula dan reneh sehingga ia naik minyak dan siappp
No comments:
Post a Comment