klik sahaja

Oct 16, 2019

BERGELAR PENJAWAT AWAM DI USIA 30++

Bismillahirahmanirahim..

Siapa2 yang rajin2 baca blog aku mungkin pernah nampak posting2 aku mengenai perjalanan aku untuk memasuki Perkhidmatan awam.. Pi exam.. Jadi calon Simpanan.. dan bila dah masuk ke Perkhidmatan Awam..

Maaflah hampir 2 tahun baru aku sempat nak tulis pengalaman aku.. Busy naw2 weh.. Kerja kerajaan bukan seperti yang di cakap2.. atau mungkin bukan di situasi aku..

Aku mendapat panggilan temuduga pada bulan Jun tak silap Jun atau Julai 2017 macam tu..
Sebelum tu tahun 2015 aku dah pergi Temuduga juga tapi mendapat jawapan Calon Simpanan. Setelah 2 tahun aku dipanggil lagi temuduga jawatan yang sama.. 
untuk info seminggu sebelum tu aku dapat temuduga di FINAS.. tapi aku pergi sekadar acah2 je.. rehersal kengkonon sebab FINAS tak akan amik orang mcm aku ler.. tengok staff dan candidate pun dah tahu FINAS nak yang mcm mana.. Dah 2 kali pun aku g interview FINAS tu.. so dah faham la skit2.. 
Alhamdulillah Temuduga di SPA Kuala Lumpur berakhir dengan baik. Allah permudahkan.. sebelum masuk bilik temuduga tu call mak dulu.. minta mak doa2kan dipermudahkan.. untuk kali yang ke 5 aku panjat tangga SPA dan mana tahu itulah kali terakhir aku panjat tangga tersebut sebagai orang awam.. 
ada masa aku sharing tips2 temuduga.. serius korang kena bersedia dr segi mental, fizikal, pengetahuan tu confirm la kan..

Keputusan temuduga yang sepatutnya diketahui pada bulan November 2017 telah ditunda sehingga bulan Januari 2018.

Dan pada pagi tu aku meeting, kawan aku pandai2 key in ic aku untuk check result..

dan KEPUTUSANNYA...

CALON SIMPANAN

Frust skit la.. tapi sedapkan hati..

sebab calon simpanan yang ke 50 daripada 800 orang.. jadi kemungkinan dipanggil itu ADA.

Alhamdulillah

11.03.2018 aku telah mendapat arahan untuk melapor diri di JPA dan seterusnya menghadiri Kursus Pengenalan Asas Pembantu Tadbir di IKWAS selama seminggu..

Jadinya aku calon simpanan yang akhirnya mendapat lantikan bersama2 dengan calon yang berjaya.. Alhamdulillah. Tak silap aku ada 5 batch Kursus tersebut.. dan kami batch yang ke 3 seramai 53 orang.. pada yang jadi calon simpanan tu.. jangan sedih2 InsyaAllah ada rezeki.. takkan lambat walaupun sesaat.. dan untuk batch aku tu calon simpanan yang seramai 800 orang tu semua telah berjaya mendapat lantikan tetap termasuk kawan msn aku sorang tu.. dia pun calon simpanan yang ke 400++.. ulang alik dr msn bukit jalil ke negeri sembilan selama lebih kurang 7 tahun kot then dapat rezeki mcm aku.. pejabat pun dekat dgn rumah.. ada juga geng2 msn yang pergi interview tu tapi tak berjaya.. maklumlah di JPA dia memang takde KABEL2 ni hahahahahahahahha 

okey jomla tengok2 gambo2 masa aku kursus hari tu.. 

11.03.2018 jam 7.30 pagi LAPOR DIRI.. HARI SABTU TAU..

NAIK BAS KE IKWAS JOHOR

MULA2 DAH BRIEFING MENGENAI PERKHIDMATAN AWAM

OLE2 DARI ANAK2.. UMIE DAN START RINDU

CATIT JANGAN TAK CATIT..ILMU NI..UNTUK DIPEGANG SELAGI BERGELAR PENJAWAT AWAM

LAST DAY..ADIK2 NI.. SIS YANG KE TIGA TUA DALAM BATCH TU.. YANG LAIN SEMUA DLM 19-28 MCM TU

MEMBER NI DAH TERCAMPAK KE ISTANA BUDAYA

BARU SIS TAHU

ILMU BARU

HADAM2

AKAN DIFIKIRKAN

ISU NIKELUAR SEBAB KAMI SEMUA TAKTAHU LAGI POSTING KE MANA

NO KABEL2 HA.. TELUS.. MULUS OKEYYY

DALAM FAIL ITULAH SURAT LANTIKAN KAMI DAPAT POSTING MANA

ALHAMDULILLAH SIS POSTING SINI.. SATU2NYA YANG TERCAMPAK KE SINI.. YANG LAIN2 SEMUA DAPAT JPA,SPA, PELANCONGAN, MINDEF, TANAH.. SIS JE SOLO.. TAPI SIS SUKAAAA

TEMPAT HAKIKI.. DI KEY ELL JE.. ALHAMDULILLAH.. DAH HAMPIR 2 TAHUN.. BOLEH DAH NAK MINTAK TUKAR NAK UBAH ANGIN... HAHAHAHHA


Apapun... Syukur dengan Kurniaan yang Allah telah berikan ini.. kadang fikir2 balik..tak terfikir pun akan jadi Penjawat Awam.. angan2 tu ada la skit..hahaha namun perjalanan telah ditulis begini.. makanya kita turutkan..
Semoga sis terus istiqamah menjadi penjawat awam yang amanah dan bertanggungjawab.. InsyaAllah.. aamiinn


1 comment:

  1. saya pun dpt calon simpanan s29 penolong pegawai pembanguna n masyarakat under jabatan perpaduan negara..tp jabatan tu jarang bukak jawatan ksong, dan saya calon ke 13 dari 15 calon..hrap2 ada la rezeki dpt sebelum tamat tempoh. doakan ye sis

    ReplyDelete

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...