klik sahaja

Oct 16, 2019

PERKHIDMATAN DI MSN 2013-2018

MAJLIS SUKAN NEGARA 2013-2018

Alhamdulillah.. Setelah 5 tahun memegang jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.. akhirnya rezeki berakhir di sini.. Suka duka sepanjang perkhidmatan akan dikenang sebagai memori yang manis dan pahit. eeuwww..

5 tahun ulang alik dari Danau Kota ke Bukit Jalil.. Dari naik bas hingga drive sendiri benar2 mengajar aku erti kehidupan.. Seawal jam 5.30 pagi bergerak keluar dr rumah dan pernah mencecah jam 8.30 malam sampai rumah.. Kawan-kawan di tempat kerja seperti keluarga sendiri.. Tugasan Kerja yang nampak rileks tetapi tanggungjawab yang besar.. yerla, ada org cakap setakat jawab telefon budak kecil pun pandai.. Tapi bagi diri aku, walaupun jawatan angkat telefon namun penyampaian yang betul dan penuh tanggungjawab perlu diamalkan..
Ilmu dan petua telah aku turunkan pada junior a.k.a bff 4 eva aku tu.. aku harap2 dia amalkan la eh hahahaahha
Tugas menjawab telefon bukan sekadar nak sambung talian sahaja.. tapi bagi aku kita kena perbetulkan persepsi client yang kadang keliru dengan fungsi organisasi kita dan tanggungjawab kita menyampaikan maklumat yang jelas dan benar.. seriously tiada siapa yang ajar aku tapi atas inisiatif kita as pekerja yang makan gaji.. apapun untuk memberkatkan gaji kita.. we should do it better..

Okey dah penat membebel.. meh layan gambar2 terakhir aku di MSN

LAST ASSEMBLY
 KP MSN 
 NAMPAK TAK NAMA SIS DI SITU? HEHE
 PEMANDANGAN OFFICE MSN WAKTU MASUK KERJA
 MESIN INILAH YANG SIS HADAP SEPANJANG KEJE MSN
 SEDAPNYA KEK NYUMMYY
 BFF SIS,  PEGAWAI SIS DAN ADIK OFFICE MATE
 LAST DAY THUMBPRINT
 PULANG BALIK SEMUA HARTA
 TQ PENGARAH BKP, KETUA UNIT HR DAN ADMIN
 TINGGALKAN SENYUMAN DAN BAWA KE.....


Alhamdulillah.. syukur.. terima kasih msn. Welcome.......................................

Next Posting jeng jeng jeng

No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...