klik sikit

10 Sep 2012

Bulan September

Salam semua ^_^

Huwaaaaaaaaaaaaa.. lama dah tak menulis dalam blog ni.. hehehhe.. sian kat dia sorang2.. kikiki

Nothing to updated..

Life macam biasa..

Little Qaisara semakin besar + nakai + bijak + comel : pening pala...

Kerjaya pulak dah nak bertukar daripada jadi Admin Exec ke PA.. boleh ke saya hadapinya ni?
Yerlaaa.. Since 2007 asyik dalam bidang kereta je.. Now nak tukar pada bidang Construction.. ayooo langsung tak menarik hati..

Tapiii kena kuat dan hadapinya... kikiki

Will miss my office and my BFF.. Puan Sheera.. :(

Jaga diri elok2 jangan stressssssss okeyy ^_^


20 Jun 2012

Saya Suka Najwa LAtiff

Salam u olss..

walaupun saya tidak begitu remaja.. hihi

Tetapi saya suka sangat dekat NAJWA LATIFF. Suara dia buat saya seronok.. cayalah.. Semoga Dia terus maju di dalam apa jua bidang yang diceburinya.. Semoga Allah merahmatinya.. Aminnn





Dia suka gelak** Comel** ^_^

http://www.youtube.com/watch?v=DzdXMHaGCTQ

25 Mei 2012

Qaisara Rasyiqah Turn 2

Sayang..



Semoga menjadi Anak yang solehah dan Hamba Allah yang Taat.

Tiada Hadiah yang mahal dan berharga dapat kami berikan kepada awak. Hanya Doa dan restu mengiringi kehidupan awak.

Umie dan Babah sedaya upaya menjadi ibu bapa yang terbaik di hadapan kalian.. Selebihnya, Allah yang akan menentukan..

Umie dan Babah sayangggg sangat kamu berdua..


Ingat pesan kami, walau dimana kamu berada.. Di mana tanah dipijak Di situ langit dijunjung.. Sentiasa memandang ke bawah Supaya kamu sedar bahawa betapa bersyukurnya kita hidup di Bumi Allah ini.

Sentiasa Ingat yang Nafas dan kehidupan di Dunia ini ialah pinjaman semata. Jadi sentiasalah bersedia menjadi Hamba Yang Taat kepada Perintah Allah.

This Video dedicated utk Qaisara Rasyiqah.. Sebab her birthday is Today.. 25/05/2012.. 

Keletahmu..
Kenakalanmu..
Kecomelanmu..
Kepandaianmu..

Amat dirindui..

Semoga Allah memanjangkan usia kita semua dan dapatlah kami membimbing kalian semua ke Jalan yang Diredhai Allah.. Amin~~~

22 Mei 2012

15 TAHUN GENAP DIA PERGI




Dia..
Lelaki istimewa dalam hatiku.. akan sentiada bersemadi dalam hatiku buat selamanya.
Dia,
Lelaki yang tidak pernah mengenal penat lelah biarpun dimakan usia..
Dia,
Penjaga yang dikirmkan oleh Allah untuk menjagaku..
Dia,
Sangat memanjakan aku bak menatang minyak yang penuh..
Dia,
Perwira di hatiku..
Dia,
Mengajar aku hidup dan mengenal Dunia,

Ku rindu suaranya..
Ku rindu arahannya..
Ku rindu pujukkanya
Ku rindu cahaya di matanya
Ku rindu alunan Al-Quran yang sering dilagukan

Tapi..
Hanya doa yang mampu ku kirimkan
Hanya doa yang mampu ku panjatkan

Agar Rohnya tenang di sana.. 
Mari sedekahkan Al-Fatihah kepadanya

Insan yang ku panggil BAPAK (tak lupa juga kepada EMAK)

Biarpun beliau bukan bapa kandungku.. tapi beliau yang menjaga dan mengasuhku dari usiaku 5 hari hingga 15 tahun..

Datanglah dalam mimpiku andai Allah izinkan.. Agar aku dapat melepaskan rindu di hati..
Lihatlah kini aku.. Sudah punya keluarga sendiri.. Sudah punya anak sendiri. Pasti dirimu gembira andai Kau ada di saat ini..

Hari ini.. Genap 15 tahun kau pergi meninggalkan aku menyahut Seruan Ilahi. betapa bila tiba saat ini, aku menjadi Hiba.. ;(

Bapak,
Maafkan anum sebab tak pernah datang menjenguk pusaramu.. kerana anum yakin bapak mesti bahagia di samping emak di Alam sana.. Hanya doa dan Yassin yang mampu anum hadiahkan.
Semoga Bapak dan Emak tenang di sana..

Miss u so much :(




Anak Dara Umie yang Sabar

Anak dara Umie Qaisara Batrisyia dan semakin besar.. dah bijak berkata kata.. Tapi dia masih lagi merengek ketika di tengah malam.. Dan masih lagi menangis bila nak mandi pagi.. muahahhaa


Wajah kecintaan Umie.. Babah dan Kakak Batriysia.. Muka sama kan? yerlaaa anak babah kan?.. tapi ada sesuatu yang mewarisi Umie..

KESABARAN

Ini merupakan kesan gigitan dan cubitan daripada raksasa di rumah iaitu


Adik Rasyiqah..

Kakak diam sahaja bila digigit atau dicubit.. membalasnya hanya dengan tamparan kecil. terkejut umie melihat kesan gigitan dan cubitan itu pada malam hari.. Owh.. anakku Batrisyia.. Semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang sabar ya.. ;)


AUFA BIN ABDULLAH (PART 1)


Salam semua

First of All nak beritahu kepada semua yang bakal membaca cerita ini.. Cerita ini berkemungkinan agak panjang bg sesetengah pihak.. Jadi dinasihatkan supaya bersabar dan menghayatinya jika benar2 mahu membaca.

Kisah ini juga bukan bertujuan untuk mengaibkan mana2 pihak dan juga bukan untuk membersihkan nama mana2 pihak. Kerana semuanya hanya Allah yg berhak menilai.

Malam itu saya mendapat khabar berita daripada salah seorang saudara tentang masalah yang telah dihadapinya.
Saya dan mak mertua saya hadir ke rumahnya pada malam tersebut. Diringkaskan cerita, masalah yang dihadapinya ialah sekarang.. Anak perempuannya telah mengandung anak di luar pernikahan.

Perasaan ketika itu bercampur baur, dalam kecelaruan sama ada mahu dibantu atau tidak..
Tapi bila melihat keadaan keluarga saudara tersebut dan juga mengenangkan nyawa yang tidak bersalah di dalam perut ibu tersebut. Saya gagahkan juga untuk membantu.

Ya, 
Jawapannya satu sahaja. Menyerahkan anak yang dikandung ibu tersebut kepada insan lain.. Seharusnya kepada insan mulia yang masih tidak punya anak dan stabil dari segi kewangan.
mungkin orang kata saya kejam, memisahkan seorang ibu kepada anak yg dikandungnya.. 
Tapi jika anda di pihak saya, anda juga akan berbuat begitu.
Keluarga yang sangat daif dengan pendapatan si ayah kurang daripada rm1k dan terpaksa menanggung kehidupan anak yg ramai yg masih bersekolah.
Teman lelaki anak perempuan tersebut yg menipu keluarga menyatakan beliau sudah berkahwin dengan anak perempuan tersebut.

Ya, memang berkahwin.. Berkahwin secara batin bukannya dengan lafaz akad nikah.
Hati memang geram dengan perilaku si lelaki tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Semua dah jadi, si bapa pula sudah putus asa. Si ibu pula menyesali perbuatannya yang membiarkan sahaja anak perempuannya keluar rumah pada bila bila masa dan di tengah tengah malam. Tidak peduli walhal terdapat kesan gigitan kemaksiatan di leher anak gadisnya.. Owh sepatutnya semua tahu, pendidikan itu bermula dari rumah.. Dan kesilapan itu juga bermula daripada rumah.

Okey.. Bermulalah misi pencarian bakal ibu bapa kepada benih yg sudah berusia 8 bulan.. Ya 8 bulan.. Sudah besar, kenapa sudah besar baru nak kembali kepada keluarga? Senang sahaja jawapannya.. sudah menemui jalan buntu.. Ibarat nak terberak baru nk cr jamban..
Okeyy kalau ikutkan hati saya.. Banyak benda yg  sy ingin bebelkan.. Tapi takpe.. Bukan bebelan sy yg nak kalian baca bukan?

Nasib baiklah zaman sekarang dah canggih.. Semua d hujung jari.. Ermm hujung jari pun bukannya semudah yg disangka.. Saya menetapkan beberapa keriteria utk menjadi ibubapa bayi yg bakal dilahirkan itu.
Antaranya ialah, mesti berpendapatan lebih dari rm4k, bekerja tetap, tidak mempunyai anak atas sebab kesihatan dan sukar utk mengandung, sanggup menyusukan anak tersebut dan last sekali saya ada meminta sedikit saguhati utk tujuan membeli ubat si ibu. Membeli makanan ketika berpantang, menjelaskan bil hospital.
Kedengarannya agak banyak.. Tetapi saya sekadar menguji ketika meminta wang saguhati tersebut.. Kerana daripada situ kita dapat tahu kesanggupan ibubapa tersebut mahukan bayi tersebut..

Okeyy.. Permulaan saya bermula di FB. Memang ramai yg saya private message dan saya cari di satu page Anak angkat utk dibela.
Kerja di pejabat terabai, telefon office dibuat macam hak sendiri.. Prestasi kerja saya menurun.
Bukan itu sahaja, di fb sendiri ada org menyampaikan kepada saya bahwa ada orang menyatakan saya menjual baby. Salah seorang sindikit katanya..Marah memang marah, geramm lagilaa kan.. Terjejas nama baik saya di fb.
Tapi takperla.. Semua ni dugaan.. Saya lakukan demi nyawa yg tidak bersalah tersebut.

Akhirnya, saya berjumpa dengan insan mulia yg bernama kak yanz. Dia bertanya dengan sopan. Masih adakah lagi bayi tersebut diambil orang? Dan ketika itu.. Sudah ramai org membanjiri kotak message saya.
Saya masih belum buat keputusan, tetapi tetap membalas message tersebut. Rupanya bukan beliau.. Kawan sekerjaya beliau. Yg sudah lama mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata.

Maka dipendekkan cerita, bertemulah saya dengan insan yang sgt mulia dan berhati baik.. Adik masyitah..
Pasangan suami isteri ini memang sgt jujur di mata saya. Yang memang tidak dapat mempunyai anak atas sebab kesihatan.Setelah rundingan diberikan maka bermulalah cerita..

Jam 6 pg saya dikejutkan daripada lena pada pg tahun baru cina.Si ibu kesakitan mahu bersalin. Lalu saya dan suami bergegas membawanya ke hospital.
Sampai di sana, saya menguruskan segala-galanya.. Menelefon pasangan masyitah utk dtg.
Si ibu ditolak masuk ke labaour room pada jam 9 pg.
selepas itu saya dan suami pulang.
Tapi saya hati tak sedap. Saya tinggalkan anak2 di bawah jagaan mak mertua saya. 
Jam 11 pg sy sendiri ke hospital. Mujurnya cuti. Kalau tak, terpaksalah ambik cuti kan..

Saya tunggu di hadapan bilik bersalin. Risau bercampur baur, selamatkan beliau.. Sehingga jam 2 petang sy tunggu. Tetap tiada bayang.. Owh.. Seksanya..
Mujur ada seorang lelaki yg menunggu isterinya membantu saya memeriksa nama si ibu..
Nah.. Si ibu terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang pinggulnya kecil..
Saya berdoa tanpa putus agar kedua duanya selamat.
Pasangan masyitah sampai.. Pertama kali berjumpa dengannya.. Sgt sopan dan baik hati.. Lembut suaranya.. Owh.. Syukur Ya Allah kerana menemukan saya dengannya.

Akhirnya si ibu keluar dengan si anak.. Owh suci sungguh wajahmu wahai penghuni syurga.. Harummu semerbak..
Tidak kisahla kamu dtg dari hubungan yang macam mana.. Ternyata kamu tidak bersalah malah kamu istimewa.
Setelah saya memperkenalkan masyitah dgn si ibu.. Bermulalah pergolakkan yang saya tidak sangka.

AUFA BIN ABDULLAH PART 2


Bayi lelaki itu sgt comel, urinya dibawa balik ke johor bahru utk ditanam oleh bakal ibu bapa tersebut.
Bayangkan betapa jauhnya kl ke johor utk berulang alik demi sebuah harapan yg disangka akan menjadi kenyataan.

Si ibu rupanya tidak pernah putus hubungan dengan lelaki durjana itu. Di depan saya katanya sangat berterima kasih dan tak dapat membalas jasa baik saya sekeluarga kerana menjaganya dengan baik, menghantarnya ke hospital, mencarikan ibu bapa angkat kepada anak yg telah dilahirkan.

Di belakang saya... Dia menangis dan merayu pada masyitah agar tidak mengambil bayi tersebut kerana beliau tidak sanggup berpisah dengan anak beliau..
Owhhh kejamkah saya??? Terpulang pada kalian menilai.. Kalian tahukah? Sepanjang di hospital.. Sebotol air mineral pun lelaki durjana itu tidak bawak.. Inikan pula mahu membeli susu anak??

Naluri keibuan saya tidak tersentuh langsung ketika itu.. Apa yg saya fikirkan ialah nasib si kecil itu.. Mapukah dia membesar dengan sempurna? Mampukah dia tertawa riang di samping insan yg benar menyayanginya? Dengan si ibu yg masih duduk di bawah jagaan bapaknya. Dengan si lelaki durjana yang kata nak berjumpa dengan bapak si gadis itu dari sehari ke sehari hingga kini tak nampak batang hidung atau sebarang batang. Kononya mahu bertanggungjawab dan berkahwin.

Penat lelah saya tidak berbaloi bila terjadi begini.. Si ibu tidak mahu menyerahkan bayi tersebut lalu saya meminta ganti rugi saya mendahulukan duit utk membayar wang deposit (ketika ini masih di hospital)
Bukan banyak pun saya mintak sekadar utk cover balik perbelanjaan saya sepanjang penjagaan beliau.

Tapi tahu tak apa yang dilakukan???
Kakak kandung beliau yg konon kononnya mahu menyelamatkan adiknya (kakak kandung beliau sudah bekerja di kedai runcit, tetapi duduk dengan atuk saudara mereka yg mengeluarkan fatwa bahawa haram memberikan duit gaji kepada ibu bapa sendiri) hei org tua.. Ko tak sedar ke apa hukum memisahkan si anak dengan mak bapaknya? Itupun setelah si kakak sudah dewasa..

Si kakak tersebut telah membuat laporan polis yang menyatakan bahawa mak mertua saya mengugut adiknya supaya menjual bayi tersebut!!! WTF

Mak mertua aku yg tak tahu apa2 jadi mangsa keadaan.. Ke sebab dia tak tahu nama penuh aku?? Sebab tu tulis nama mak mertua aku.. Ni yang dikatakan bagaikan melepaskan anjing yg tersepit.,
korang memang tak tahu diuntungla.. kecik kecik mak mertua aku jaga suap korang bagi makan.. pastu bila dah besar, conteng arang ke muka.. pastu?? ko buat macam ni ******* (carut dlm bahasa bintang)


PART 3


AUFA BIN ABDULLAH PART 3


Nak ditakdirkan.. Bayi tersebut tidak boleh keluar wad sebab terkena demam kuning.. Hari ni hari ketiga..

Selepas mendapat tahu mereka membuat report polis, aku bergegas ke hospital dan bertemu si ibu sambil mahu menjenguk si bayi..

Ketika itu aku dan mak mertua aku..
Mak mertua aku bertanya pada si ibu, betul ke nak jaga bayi ini? Siapa yg nak jelaskan bil hospital? Ke mana hala tuju kamu berdua selepas ini?
Tahu tak apa yg dijawabnya??

Dengan muka yg macam ***** aduii dosa kan kalau mencarut..
Adalah nanti.. Adalah nanti.. Itu yg diulang ulangnya..

Aku dah macam nak gila dah masa tu.. Nak tahu tak kenapa???
Macam mana aku nak kontrol diri aku bila melihat bayi tersebut tercungap cungap dlm inkubato tersebut?? Berat badan baby turun? Sudah 3 hari jangkitan kuning tidak sembuh.. Mata ditutup oleh penutup mata di bawah lampu biru utk rawatan kuning???
Sayu hati aku sebagai seorang ibu yang punya anak yg masih kecil.. Nafasnya turun naik dan mulutnya mencebik ketika kami datang.. Owh.. Hiba sungguh hati ini..

Ku dekatinya dan berkata, semoga kamu menjadi anak yg soleh satu hari nanti.. 

Mak mertua saya menangis dan berpesan pada si ibu.. ' Kau dah janji nak bagi budak ni kat orang, kak anum kau dah bersusah payah mencari orang yg dapat menjaganya dengan baik.. Kami tidak tidur malam berjaga memikirkan masalah kau.. Kau lihat si kecil ini.. Kenapa dia begini?? Sebab dia tahu nasib yang bakal dilaluinya jika dia bersama kau.!! kau ni tak tahu diuntung!! Kak anum meminta semula duit yg dikeluarkan semasa kau di hospital ini supaya lelaki durjana itu boleh membayar semula dan menunjukkan tanggungjawab dia sebagai bapa kalau dia betul2 nak bertanggungjawab.. Kau pergi report polis!!  Manusia apakah kau ni??!!

Muka si ibu slamber sahaja macam tiada apa yg berlaku.. Kalau ikutkan hati muda aku dah ku tampar tampar dah..

Kami meninggalkan hospital dengan kesedihan melihat bayi yg tidak berdosa itu..

Tengah malam kami dikejutkan panggilan telefon daripada si ibu.. Memohon kemaafan dan menyesali perbuatannya.. Merayu rayu agar dipujuk semula masyitah.. Nak tahu kenapa dia mahu serahkan bayi tersebut? First dia dan lelaki tersebut tidak ada duit.. Kedua.. Bayi tersebut dalam keadaan kritikal!!!
Aku buntu!! Mahu ditolong lagi ke tidak?

Mak mertua aku yang bercakap dengan si ibu, hati aku sudah mua dengan suara si ibu itu.. Lalu sumpah terpatri.. Si ibu memang bersetuju untuk menyerahkan bayi tersebut kepada masyitah.
Aku gagahkan diri memujuk masyitah ke hospital besoknya.

Dari johor ke kl masyitah dan suami datang.. Kami berjumpa di belakang galeri seni negara. Aku dan suami ku serta mak si ibu tersebut.

Dugaan lagi melanda!! Masyitah ini baik orangnya, dia telah memberikan no telefon kepada si ibu jika memerlukan sebarang pertolongan.

AUFA BIN ABDULLAH (LAST)


Pasangan tersebut tidak jadi mengambil bayi tersebut.. Dengan esak tangis dan pelukan di antara kami beliau menyatakan yang lelaki durjana itu telah menelefon beliau dan meminta duit!!!

Sungguh kurang ajarrrr!!! Kau cipta onar demi onar!! Kau tak tunjuk muka pun depan kami utk bertanggungjawab dengan perbuatan keji kau ini.. Alih2 kau nak duit daripada org yg mahu mengambil anak kau?!!

Nah, sekali lagi!!! Aku diuji!! Di manakah aku mahu mencari ibu bapa utk si bayi tersebut?? Dalam masa terdekat.. Suami ada menyatakan keputusan utk mengambil bayi tersebut kerana bayi tersebut lelaki dan kami masih belum ada lagi anak lelaki.. Tetapi aku menolak.. Mana mungkin aku menjaganya padahal susu anak aku di tengah2 bulan pun kontang??

Lalu aku mencari di list contact BBM.. Ada seorang teman yg sengaja ku jadikan back up andai tidak ketemu penjaga bayi tersebut.
Segera aku hubunginya..
Lantas dia bersetuju dengan semua syarat yg aku kenakan. Tanpa buang masa, aku meminta dia mencari nama bayi tersebut kerana aku dan suami mahu mendaftarkannya di JPN.

Gadis yang bernama Hezlin itu tiba di perkarangan hospital sekadar utk menjenguk bayi tersebut. Tanpa di sangka.. Dalam masa menunggu.. Bayi tersebut terus kebah dari jangkitan demam kuning.

Maha suci Allah tuhan sekelian Alam.. Yang memudahkan semua urusan kami.

Si ibu dan bayi tersebut di bawa keluar oleh saya dan suami serta anggota polis.. Kerana sudah ada laporan mengenai kami kan? Jadi memang kena ada polislah mengawal supaya senang nak tangkap kami jika kami bersalah.

Jadi.. Penyerahan dibuat di dalam kereta tidak jauh daripada hospital. Setelah semua surat sumpah ditandatangani oleh si bapa ibu tersebut, si ibu tersebut dan si penjaga baru tersebut..

Bayi tersebut diserahkan dengan baik dan persetujuan kepada cik hezlin dan mak kandung beliau.. Deraian air mata membasahi pipi si ibu.. Okeyy aku pun sedih k.. Tapi demi masa depan yg terjamin si anak aku gagahkan jugak.

Satu sahaja aku bertanya pada si ibu.. Di masa ini di ketika ini.. Dimanakah lelaki yang kau puja dulu?? Tiada!!  So tak perlu nak bersedih sangat.. Biar kau menangis sekarang daripada kau menangis seumur hidup kau meratapi anak yg tidak berbapa.

Akhirnya.. Semua berjalan dengan baik.. Syukur.. Penjagaan ibu ketika berpantang aku titik beratkan. Dari makan minum ubatan sakit urutan. Semua itu aku gunakan duit yang telah diberikan oleh keluarga angkat bayi tersebut.

Sepanjang aku dan mak mertua aku berulang alik dalam masa sebulan.. Terlalu banyak khabar angin yang telah sampai ke telinga aku.. Atuk saudara mereka mencanangkan di seluruh perumahan yang aku menjual anak.. Ulang alik ke rumah si ibu tersebut semata mata ingin mengambil wang hasil jualan bayi tersebut!!! Wahhh kayala kalau begitu.. Agak2 dalam rm30k ada tak?

Waaaa bestnya.. Pas ni sapa yang nak jual baby bagitahu aku ya.. Ti aku bukak kedai jual bayi!!! Oraitlah tu kan..

B**** punya org tua.. Kau tu yg tak ada zuriat walau dah umur 60 tahun.. Dapat pulak quenn control umur 40 tahun.. Rasakan...... Sampai sekarang kalau aku jumpa ko kat luar kan?? Rasa cam nak bagi penyepak jer!! Seb baik aku waras lagi.. Ko jangan nak buat2 lupa.. Kau yang bertanggung jawab sepenuhnya atas kes ini. Kau yang suruh budak perempuan ini jangan balik rumah mak bapak dia.. Kau yang ada masa diaorg kena tangkap basah!! Tapi ko senyap, ko tak bagitahu pun bapak budak perempuan ni.. Bila dah memboyot!! Kau lepas tangan.. ( Dah aku dapat dosa kering mengaibkan kau)

Last but not least..
Aku share gambar terbaru baby tersebut yang diberikan nama Aufa bin abdullah..
Tembam dah sekarang.. Aku masih berhubung dengannya tapi di luar pengetahuan si ibu..

Si ibu pun tak bertanya tentang bayinya.. Mungkin sibuk mengejar bayang lelaki durjana itu.. Yang kini dah menghilang entah ke mana.

Aku dah tak nak nasihatkan dia.. Pandai pandailah dia nak hidup
. Aku dah pesan, kalau korang nak kawin.. Kami akan ikhtiarkan bagaimana tapi dengan syarat si lelaki harus berjumpa ayah si perempuan tersebut.
Tapiii
Harammmm la nak datang!!!

So skang.. Aku terus menjalani hidup macam dulu.. Walaupun tiada ucapan terima kasih yang aku dengar daripada si ibu perempuan tersebut yang juga bertanggungjawab atas kejadian yg terjadi.. Walaupun penat tapi semua terbayar bila menatap muka si bayi yang tidak bersalah ini..

Matlamat aku satu.. Kita saudara.. Kau mintak tolong aku usahakan. Kau tak berterima kasih takpe.. Bukan itu yang aku kejar pun..

Tapiiii yang sangat pantang aku ialah, kau cakap depan lain belakang lain dan siap buat muka depan aku seolah olah aku pulak yang mengemis bantuan kau..

Muka tu kalau cantik macam jenifer lopez takpe gak.. Ni mcam kuih lopez yg lembik tu lagi lawa adalah..

So sekian daripada aku

** cerita ini ditulis dengan penuh emosi yang datang secara spontan akibat kejadian. Harap tak kecik hati ataupun tidak salah faham**

AUFA ABDULLAH (GAMBAR)








 Buat tatapan ahli keluarga yang terdekat yang mungkin Tahu tetapi hanya dengar cerita..
 Yang mungkin Tahu dan Nampak tetapi tidak ambil Tahu. 
Yang mungkin Tahu tetapi setelah semuanya Selesai. 
Yang ada tersalah faham dengan situasi ini. 
Yang Tak faham faham dan terus menuduh kami. 
Yang faham tetapi tetap juga mencari kesalahan. 
Yang menjaja cerita pasal keluarga kami.. 
Ketahuilah.. Hidup umpama putaran Roda.. Mungkin sekarang kau di atas.. tapi nanti kau pasti akan di bawah..
Allah itu Maha Adil dan Berkuasa menentukan Takdir Kita.. ;)

Mohon maaf jika terasa..

 "Sesungguhnya Yang Baik itu datang daripada Allah, dan Yang hina itu datang daripada diri saya sendiri"



17 Mei 2012

Bersatulah wahai Umat Islam

Salam semua..


Hati aku rasa macam berat dan penuh dengan rasa kecewa dengan situasi yang berlaku akhir2 ini.



  1. Solat diremehkan
  2. Perselisihan faham didebat di dalam forum dan bukannya secara berdepan 
  3. Nabi Muhammad dipersoalkan
  4. Hadis diperlekehkan



Banyak lagi perkara yang buat aku kecewa dan sedih.. Tapi aku manusia biasa jugak.. Hanya doa sahaja mampu aku lafazkan agar mereka semua diberikan hidayah dan seribu rahmat.


Kalaulah mereka dapat merasa betapa manisnya SOLAT dan betapa hinanya diri ini di sisi ALLAH. Pasti mereka tiada masa untuk berdebat dan mempertikaikan itu semua.


Nauzubillah

14 Mei 2012

Khalifah Umar sabar, diam apabila dileteri isteri




DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu. 

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19). 
Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun." 

Di sini, elok juga jika direnungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. 

Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. 

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?" 

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. 

Lelaki itu berkata: "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. 

Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?" 

Umar berkata kepadanya: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. 

"Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. 

"Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya." 

Lelaki itu menjawab: "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." 

Umar pun berkata kepadanya: "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."



Sesuci Wudhu




Dari Nu'aim bin Abdullah r.a katanya, dia melihat Abu Hurairah berwudhuk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya umatku akan datang kelak di hari kiamat bercahaya-cahaya wudhuknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas-batas yang wajib, lebihkanlah"
(Riwayat Muslim)
1. Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. Dengan wudhuk yang sempurna seseorang akan dapat mengerjakan solat/sembahyang dengan penuh khusyuk.

2. Ketika berwudhuk kita diharuskan membaca doa-doa yang tertentu seperti berikut:

i. Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
ii. Ketika membasuh muka, berniatlah:"Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
iii. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah:"Ya Allah, berikanlah buku hisab ku di tangan kanan ku ini".
iv. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah:"Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisab ku di tangan kiri ku ini".
v. Ketika membasuh kepala, berniatlah:"Ya Allah, lindunglah aku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu".
vi. Ketika membasuh telinga, berniatlah:"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
vii. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah:"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
viii. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah:"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

3. Berwudhuk tidak sahaja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan agar berwudhuk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wudhuk itu dapat menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

Dari Abu Hurairah r.a:"Rasulullah SAW bersabda:"Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya."
(Riwayat Bukhari)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)
(An-Nisa 4:174) 

Usia






Batrisyia 4 tahun pada 20 Julai 2012

Rasyiqah 2 tahun pada 25 May 2012

En Suami 27 tahun pada 28 Nov 2012

Umi Qaisara's 17 tahun pada 24 July 2002
Muah hahaha ;)

Pejam celik pejam celik..

Time is flying not walking, omputih cakap..

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beramal soleh. Ayat  cinta Allah swt

Ermmmmm  Sykur Alhamdulillah..

Semoga perjalanan hidup kami diberkati Allah SWT.

Dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang baik, ditunjukkan Jalan yang Lurus dan dinaungi rahmat Ilahi.


Entry khas utk tatapan sendiri :)


Air Mata Yang Murah






Biasalah tu.. Bila kita serahkan hati pada Manusia, dia hanya menjaganya kadangkala..

Manusia biasa tidak akan terlepas daripada menyakiti.. kerana itu adalah lumrah manusia.

Manusia yang sentiasa menyayangi antara satu sama lain pun akan tetap menyakiti.. Its true right?

Bila disakiti, hati yang pertama akan sakit.. Perasaan terusik.. Air mata begitu murah untuk mengalir..

JANGAN!!!!!!
Jangan jadi bodoh.. ;)
 
Alirkan air matamu untuk mencari keredhaan Allah.
Air mata yang mengalir kerana Allah SWT di atas tikar sembahyang mengharapkan keampunan Allah BALASANNYA api Neraka tidak akan menyentuh dirimu.

Tetapi, air mata yang mengalir kerana kesilapan manusia Balasanya hanya kata pujukan atau paling untung pun hadiah material ataupun yg paling lagi sedih TIADA APA!!

JADI..
Kepada sesiapa yang bersedih bila disakiti manusia.. Tarik nafas dalam2.. Hembus perlahan2.. Berzikir dan puji pujian pada Allah.. Katakan yang Hanya kemarahan Allah yang aku takutkan bukannya kemarahan manusia yang sedarjatku..

PASTI
Hati tenang dan berasa betapa kerdilnya diri di sisi Allah..

Ikhlas dari ku.. :)










4 Mei 2012

Pulang Ke Rumah Moyang Little Qaisara'S

Salam u olss..




































Akhir bulan April hari tu.. En suami ajak balik kampung dia di Kampung Sawah Sempadan.. So layann je gambar-gambar ni ya.. 
Ahmad Shapawi AUFA ABDULLAH bagan lalang. hotel di bagan lalang bali bali prada baliprada Bandar melaka batik borneo batik prada Batik sarawak batik songket batik songket murah batiksarawakmurah batu hempedu bawal bawal saree bawal satin silk borong tudung Brownies Cheese Kukus brownies kedut Business Umi Qaisara calon simpanan spa cemerlang char kuet yiow homemade cheesetart chow kit cili jeruk cukai Dari Ummi Ke Ummi demam frozen dilwale DMS360 di hati DRESS BUDAK MURAH DRESS FLOWERGIRL dress frozen DRESS KEMBANG DRESS ORANG KAHWIN. DRESS PENGAPIT frozen kids GAUN BUDAK GST homestay homestay langkawi homestay port dickson hotel hotel budget hotel di port dickson inspired HnM instant shawl instant shawl borong instant tart shell janamjanamjanam jemaah haji malaysia jual barang kahwin jual bear convo jual murah. dress murah kedai bunga vivian kek keju kek keju leleh keputusan peperiksaan keria danau kota keria gula melaka ketua pengarah MSN 2015 kolam renang seri malaysia kongsi ILMU Kun anta Lawak Luv islam masakan umie Melaka MH17 mh370 MH370 dijumpai mh370 tenanglah MSN my BFF mY pERsOnal nahas helikopter nuora fareeda pembantutadbir n17 pemborong tudung penemuan serpihan mH370 peperiksaan online percutian di langkawi perkdidmatan PesawatMAS pilotmh370 port dickson Pua kumbu Pulau tercantik Qaisara Batrisyia Qaisara Rasyiqah Rawatan resdung Resepi resepi brownies kukus resepi char kuey tiow senang resepi chocolate indulgence resepi cikedut Resepi daripada dapur resepi keria resepi kuah kacang resepi puding paddle pop resepi puding sedut resepi roti sarang lebah rotisaranglebah danau kota. resepi dari dapur RumahTanga RumahTangga saluran hempedu Sebarkan.. Sebarkan.. ihsan Luv Islam sekolah rendah semenyih shahrukh khan shawl shawl crepe simptom batu hempedu soft cotton songket sarawak spa sri rampai Surat2 Istimewa Tart tart shell terimakasih cikgu tips anak cemerlang Tragedi 2014 tragedi 2015 tragedi tren jatuh tragedi2014 tudung 2 muka tudung murah tudung siti tudung terkini 2015 ukirankentang

Blogger Budiman