klik sahaja

Nov 18, 2017

Expo Negaraku 2017

Hollaaaa....

Pagi ni anta atuk Om ke hospital.. dah alang2 masuk KL tu.. singgah jap makan dkt kg baru.. pastu terfikir ada expo dataran merdeka..

Umie dengan selipar dan tudung tak glamer redah je pergi.. sebab tu la dlm gambar2 ni takde muka mak.. hahahha..

So perjalanan ke expo negaraku pun bermula.. mula2 sampai cari parking.. sebelum ni rm5 sejam tapi tadi pergi rm6 je per entry.. okeyla tu.. takde la terkejar2 kan..

Lepas parking dkt underground tu.. masuk lah kami..

Selfie skit pastu keluar naik tangga dan belok belah kiri.. jgn risau kalau sesat.. ramai anggota uniform dkt sana.. so tanya jerla ya.. keluar2... so nampaklah air pancut.. budak2 ni suka betull.. 



Lepas tu barulah berjalan menuju ke destinasi yang ingin dituju..


Saya dtg masa tu dalam pkl 10 pagi.. dia memang buka dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.. bermula 15hb Nov hingga 15 Dec.. PERCUMA okey!

Masuk kena beratur la kot kalau datang lambat.. macam saya takdela nak beratur sebab dtg awal.. 

Dia da 5 kubah.. setiap kubah ada jalan penceritaan dia yg tersendiri.. jomm 

Kubah Pertama

So dlm ni ada tayangan filem.. sejukkk giler kot.. mengigil2 budak2 ni.. tak tau la pasai apa sejuk beno tapi best. Siap ada effect lg masa tayangan hr hujan...ada tempias air hujan.. kubah pertama ni je la yg sejuk pun.. pastu dh okey dah.. 





Kisah apa? Ermm pergi baru tahu.. hahahaha kejap je tayangan ni dalam 10minit mcm tu.. best! Spoil sebab sejuk je.. hahahaha

Kubah ke dua







Dlm ni ada macam2 infrastruktur yg diperkenalkan.. jenis2 keretapi.. sebenarnya kami dh habis round dah tapi tadi tak sempat nak tren acah2 ni.. so turn balik naik la tren.. tren ni tak bergerak pun.. tapi bila tutup dia seolah2 bergerak apabila ada paparan mengenai segala kemudahan yg akan dibina pada masa hadapan.. best! Yg bunga2 tu pulak tayangan 3d tentang air mineral.. tak taula apa kena mengena sebab tak tengok betul2.. org dh start ramai sebab rombongan sekolah sampai..

So next kubah ke tiga





Yg ni tak ingat sangat apa.. hahahaha teruk naw..
Dan yg plg best kubah ke 4




Ada air terjun 3D.. pokok2 hutan.. kira semulajadi la kan. Penceritaan mengenai sumber alam..





Punn tayangan filem juga.. tentang masa depan.. benda kena tengok dkt atas kan.. so sape yg sampai awal dpt la dok tempat yg selesa siap baring.. budak2 ni umie suh baring je dkt bawah tgk.. kalau tak jenuh nak mendongak wei...




Tengok video pun dh best kan.. real lg best..

Okey dah habis..



Tamatlah sudah lawatan sambil belajar tak dirancang drpd umie buat anak2..

Secara keseluruhannya baguslah.. untuk anak2 kan.. membawa anak2.melihat masa depan kiranya laa..

Lagipun PERCUMA.. muahahahaha..

So siapa2 yg nak pergi tu dipersilakan...bolehla singgah ekpo CANGGIH sekali dkt underground tu.. baju sekolah murah2.. tapi saya tak pergi sebab hr tu dah pergi.. hihihi

Okey.. terima kasih sudi singgah blog saya ni ya.. byee...


Feb 28, 2017

Bercuti di The Grand Beach Resort

Alhamdulillah..

Cuti sekolah bawa anak2 ke sini..

Apa yang saya boleh komen ialah

Bilik macam hotel lama2.. boleh beri 3 star

Tapi pantai bersih.. kolam bersih.. staff pun friendly sangat2.. bagi full stars

Ada hotel yang ada private beach tapi tak bersih.. tapi hotel ni memang pantai dia bersih.. best je.. tenang gitu.. hihihi

pool pun ada 2.. 1 untuk bawah 3thn 1 lagi dewasa dan kanak2

saya selalu tempah melalui agoda.. memang berbaloiii..









RESEPI KERIA GULA MELAKA

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA VERSI DANAU KOTA 
muahahahahaa


fuhhhh lama dah tak mengupdate blog ni.. maklumlah tahap kemalasan tu berganda kalau kena buka laptop.. kalau guna handphone rasanya tak puas nak menaip.. hahaha

okeyla semua.. ni resepi yang telah saya olah berbelas kali..
Alhamdulillah hasilnya sangat memuaskan bagi pihak saya la..
sebenarnya membuat kuih ni tengok juga pada orang... ada orang yang derhaka pada resepi tetapi menjadi.. ada orang yang tengok resepi sebijik tapi tak jadi.. ha gitu.. saya pula jenis.. tengok resepi tapi derhaka tetapi tak jadi.. hahahhaaha so banyak la keep try n error

RESEPINYA IALAH

-KELEDEK PUTIH ANGGARAN 2KILO
-TEPUNG GANDUM SETENGAH CAWAN
-GULA 3 sudu
-GARAM 1sudu kecil
-BAKING POWDER 1 susu kfc

UNTUK SIRA

SUKU CAWAN AIR
GULA PASIR 3 SUDU
GULA NISAN 2 KEPING
GULA BATU 2 KETUL YG KECIL


Rebus keledek sehingga empuk.. dalam stgh jam mcm tu.. toskan air dan biar dia kering sekejap.


lenyekkan keledek.. saya gunakan penekan burger mcm gambar di atas tu.. senang sebab serat dia mudah melekat dan boleh dibuang.
kemudian saya akan lenyekkan dengan lesung batu agar ia menjadi lebih halus dan tidak berketul

dah siap masukkan pula tepung gandum, garam dan gula
masukkan 1 sudu kfc baking powder



okey uli semuanya hingga jadi mcm ni.. kalau nak tahu adunan tu okey ke tak.. basuh tangan korang dan lap kemudian sentuh adunan tadi..kalau tak melekat di tangan tu Alhamdulillah jadi la tu..
adunan memang sedikit lembut ya.. jangan tambah tepung sebab kalau banyak tepung nanti keria korang keras.. tak best gitu
ambil dulang ke tutup tupperware ke.. apa apalah yang boleh kita letakkan kuih kita tu.. tabur dengan tepung gandum agar ia tidak melekat dan senang untuk diangkat.


Bentukkan dia baik2.. jangan besar sgt dan jangankecil sangat.. sedang2 ikut mulut korang la yer.. sebab kuih ni akan mengemabng jugala dlm stgh kali ganda semasa digoreng.




gorengkannya sehingga kuih garing.. petua tu.. kuih tak akan serap gula jika kuih kita kering dan garing. ada orang goreng dalam periuk sebab nak bagi dia goreng dlam minyak yg penuh.. macam saya.. sy goreng je dlm kuali legend mak mertua sy ni.. haha yang penting jangan asyik terbalikkan dia je.. sebab nanti dia akan serap minya.. dalam 2 3 kali udah ler.. agak2 dah garing.. angkat.

okey jom buat sira dia pulak

MAsukkan semua bahan2 tadi.. ingat air jangan banyak tau.. nanti tak jadi..
Add caption

api kena kecil supaya tidak hangit.. lama2 dia akan berbuih rupa gini..
kacau dan terus kacau sampai dia likat.. means bila korang angkatdengan sudip tu.. dia menitik bukan mcm air tapi mcmgam.. ha gituuu


kemudian masukkan kuih yang sudah digoreng kedalam kuali yg berisi adunan gula likat ni
pastikan api jangan ditutup dahulu.
kacau kuih muih tersebut sehingga semua rata dengan gula.. bab ni mencabar skit sebab dia akan melekat2.. so matikan api dan kacau2 serta pisahkan dia..
cara saya ialah angkat satu persatu letak ke redai




maaf takde gambar ketika menguli dalam kuali sebab ia kena fokus.. hahahaaha

okey  biarkan di atas redai ini dalam 15minit gitu..
dia akan mengeras tak lama kemudian



Haa... dah siap bolehla ngap... MasyaAllah sedapnya.. hanya tuan punya badan dan Allah sahaja yang tahu nikmatnya.. hahahhaa
saya sebenarnya tak tahulah rasa mcm mana kuih keria antrabangsa tu..
yang ini kuih keria versi saya.. hahahhaha

oeky.kalau malas nak buat.. bolehla order dengan saya..

tapi saya tinggal di Danau Kota Setapak WP kuala Lumpur
so kalau nak self collect hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja

mai whatsapp saya di 018 3779717 -anum-

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...