klik sahaja

Nov 18, 2017

Expo Negaraku 2017

Hollaaaa....

Pagi ni anta atuk Om ke hospital.. dah alang2 masuk KL tu.. singgah jap makan dkt kg baru.. pastu terfikir ada expo dataran merdeka..

Umie dengan selipar dan tudung tak glamer redah je pergi.. sebab tu la dlm gambar2 ni takde muka mak.. hahahha..

So perjalanan ke expo negaraku pun bermula.. mula2 sampai cari parking.. sebelum ni rm5 sejam tapi tadi pergi rm6 je per entry.. okeyla tu.. takde la terkejar2 kan..

Lepas parking dkt underground tu.. masuk lah kami..

Selfie skit pastu keluar naik tangga dan belok belah kiri.. jgn risau kalau sesat.. ramai anggota uniform dkt sana.. so tanya jerla ya.. keluar2... so nampaklah air pancut.. budak2 ni suka betull.. 



Lepas tu barulah berjalan menuju ke destinasi yang ingin dituju..


Saya dtg masa tu dalam pkl 10 pagi.. dia memang buka dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.. bermula 15hb Nov hingga 15 Dec.. PERCUMA okey!

Masuk kena beratur la kot kalau datang lambat.. macam saya takdela nak beratur sebab dtg awal.. 

Dia da 5 kubah.. setiap kubah ada jalan penceritaan dia yg tersendiri.. jomm 

Kubah Pertama

So dlm ni ada tayangan filem.. sejukkk giler kot.. mengigil2 budak2 ni.. tak tau la pasai apa sejuk beno tapi best. Siap ada effect lg masa tayangan hr hujan...ada tempias air hujan.. kubah pertama ni je la yg sejuk pun.. pastu dh okey dah.. 





Kisah apa? Ermm pergi baru tahu.. hahahaha kejap je tayangan ni dalam 10minit mcm tu.. best! Spoil sebab sejuk je.. hahahaha

Kubah ke dua







Dlm ni ada macam2 infrastruktur yg diperkenalkan.. jenis2 keretapi.. sebenarnya kami dh habis round dah tapi tadi tak sempat nak tren acah2 ni.. so turn balik naik la tren.. tren ni tak bergerak pun.. tapi bila tutup dia seolah2 bergerak apabila ada paparan mengenai segala kemudahan yg akan dibina pada masa hadapan.. best! Yg bunga2 tu pulak tayangan 3d tentang air mineral.. tak taula apa kena mengena sebab tak tengok betul2.. org dh start ramai sebab rombongan sekolah sampai..

So next kubah ke tiga





Yg ni tak ingat sangat apa.. hahahaha teruk naw..
Dan yg plg best kubah ke 4




Ada air terjun 3D.. pokok2 hutan.. kira semulajadi la kan. Penceritaan mengenai sumber alam..





Punn tayangan filem juga.. tentang masa depan.. benda kena tengok dkt atas kan.. so sape yg sampai awal dpt la dok tempat yg selesa siap baring.. budak2 ni umie suh baring je dkt bawah tgk.. kalau tak jenuh nak mendongak wei...




Tengok video pun dh best kan.. real lg best..

Okey dah habis..



Tamatlah sudah lawatan sambil belajar tak dirancang drpd umie buat anak2..

Secara keseluruhannya baguslah.. untuk anak2 kan.. membawa anak2.melihat masa depan kiranya laa..

Lagipun PERCUMA.. muahahahaha..

So siapa2 yg nak pergi tu dipersilakan...bolehla singgah ekpo CANGGIH sekali dkt underground tu.. baju sekolah murah2.. tapi saya tak pergi sebab hr tu dah pergi.. hihihi

Okey.. terima kasih sudi singgah blog saya ni ya.. byee...


No comments:

Post a Comment

SENARAI KELENGKAPAN PULANG KE MAKTAB

 Alhamdulillah.. negeri perak sudah beralih ke fasa 4. Oleh demikian si kakak akan mendaftar di MRSM Bagan Datuk pada 21.11.2021. Umie dan g...