klik sahaja

25 Ogo 2011

HATI INI HANYA UNTUK ALLAH






Masa berlalu semakin pantas.. ia tidak menunggu walaupun sedetik.. sedar tidak sedar usia sudah pun menginjak ke suku abad.. terlalu banyak kata untuk diungkapkan terlalu banyak cerita untuk disampaikan.. ada suka dan duka.. ada kala air mata menjadi peneman setia ada masa gelak tawa menjadi hiburan....
Itu lumrah kehidupan ini.. kehidupan di Dunia yang tidak akan kekal abadi..
Begitu juga aku.. ada masa kehidupan aku penuh dengan kedukaan.. dan adakalanya penuh dengan kegembiraan..
***********************************************************************************

Dulu, masa zamn bodoh2.. zaman cintan cintun.. serahkan segala
nya pada pakwe kan.. hati dan perasaan.. kalau salah sikit cepat touching,
kalau lambat sikit ngajuk.. tapiii tu dulu masa couple.. pakwe pun sanggup pujuk walaupun hari2 ngajuk..

Tapii bila dah langkah kaki ke alam perkahwinan.. No No No No.. abaikan jerla.. nak ngajuk ker, nak terbalik mangkuk ker.. walaupun.. nak lari rumah ker... no respon ok !!!!
ha.. masa tu barulah tahu langit tu tinggi ke rendah.. baru tahu cinta itu indah ke tidak???..
Mata bengkak bengkak nangis.. tidur malam nangis.. bangun pagi nangis.. sedihhhh kan.. rasa cam orang tak sayang pulak...
pastu bila dah menejegah ke usia yang suku abad ni.. hati dah kebal, otak pun dah sebal.. Istigfar bebanyak.. fikir.. kehidupan ini tak pernah ada yang sempurna..
mungkin bila tengok orang lain BAHAGIA sangat.. boleh gi jenjalan.. boleh gi shoppping.. boleh lagi keluar berdua dan tetap romantik macam dolu dolu... ada rasa KESAL dekat HATI.. Fikir balik. naper aku tak macam tu????

Huuuaaaaaaaaa.. ko yang pilih kan? takkan itu pun ko nak nyesal??? tak guna.. semua sudah terlambat.. Ko kena fikir camnie.. " itu bahagian dia.. Ini bahagian AKU" takkan la Allah itu tidak adil ??? sangat2 mustahil.. dan ia tetap tidak akan terjadi..
Allah menguji manusia dengan pelbagai cara..
dan mungkin aku sedang diuji.. itu jer yang aku boleh tanam dalam hati aku.. Dannnn bila aku fikir-fikir fikir punya fikir.. Aku sayangkan Diri Aku ----> makhluk Allah yang biasa dan penuh dosa dan mengharapkan keampunan daripadaNya..
Kenapa Tidak.. Hati aku Yang tidak berapa nak SUCI ini kuserahkan Hanya Pada Allah..
Bila fikir balik2.. kalau bagi orang lain Hati ini.. selalula rasa sakit selalu la rasa Sedih.. down..
Sekarang pun dalam percubaan lagi untuk Menyerahkan HAti ini pada Yang Maha Kuasa.. Semoga Allah memberikan Keampunan pada Aku...

Alim ulamak pernah berkata
See?????

Aminnnn~~~~~





ok..








19 Ogo 2011

Cerita Pokok Epal yang Menyentuh Hati



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambahbudak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu danpergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang sukabermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untukbelayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.

*CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.
SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA
MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA
KITA DI DALAM KESUSAHAN.
NAMUN BEGITU,
MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU!
TETAPI FIKIRKANLAH,
ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.


HARGAILAH JASA IBUBAPA KEPADA KITA.

p/s: Di Copy Paste daripada Blog Lain.. Untuk KOngsi Ilmu

PEREMPUAN YG SUCI

SALAM MUHASABAH...

PEREMPUAN YG SUCI
ADALAH PEREMPUAN
YANG DIJAGA
OLEH ALLAH S.W.T...

TDK SEDIKIT PUN
ALLAH S.W.T MEMBENARKAN
MANA2 LELAKI MENYENTUH
DIRINYA MAHU HATINYA...

KERANA ALLAH S.W.T.
TERAMAT MENCINTAINYA...

TETAPI ANDAI KAMU
BERGELUMANG DGN
CINTA LELAKI
DIMANAKAH ALLAH
UNTUK MENJAGA KITA...?

ALLAH SEPERTI
MELEPASKAN KAMU
KPD SEORANG MANUSIA
YANG LEBIH BANYAK
MENGECEWAKAN KAMU

JIKA ALLAH S.W.T
DATANGKAN KESEDARAN
DALAM DIRI SUPAYA
MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI
ITU BERMAKNA ALLAH S.W.T
MAHU AMBIL KAMU KEMBALI
UNTUK DIJAGANYA...

MENGAPA MASIH RAGU2...?

KEKUATAN USAH DITUNGGU
TP HARUSLAH DICARI...

HARGAILAH KESEMPATAN
YANG ALLAH S.W.T BERIKAN...

SEBESAR-BESAR DOSA
ADALAH DOSA YANG
DILAKUKAN KETIKA
KITA BERASA BERDOSA
MELAKUKANNYA...

-IMAM GHAZALI-

TIP UNTUK KETAHUI MUKA SURAT BAGI JUZUK2 DI DALAM AL QURAN

TIP UNTUK KETAHUI MUKA SURAT BAGI JUZUK2 DI DALAM AL QURAN


salam ukhuwah fillah ... ana sekadar berkongsi tip ini , hasil dr blog tazkirahkehidupan.blogspot.com ... ana dah cuba tip di bawah tepat seperti yg tertera , mudah2 dpt lah kita sama2 mengamalkannya..


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kalian baca Al-Quran sehari? 1 kali ? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...



Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa
5 - 1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?



Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10 - 1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23 - 1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442


Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada anak2 kita, kawan2 kita, adik2 kita, family2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala dariNYA... Insya-Allah...

17 Ogo 2011

PROMOSI PENGHABISAN STOK




Hiii u olsss..

Sedar tak sedar hari ini dah hari yang ke 17 kita berpuasa.. Sekejap rasanya masa berlalu kan.. sedih pun ada gembira pun ada.. yerla., manalah

tahun depan entah bersua lagi ke tidak dengan bulan yang mulia ni.. sob sob sob.. alamak touching pulak..


ok u ols.. memandangkan sistem penghantaran POS LAJU untuk barangan sampai sebelum HARI RAYA sehingga 22hb sahaja maka promosi ini berakhir sehingga 19/08/2011 sahaja k..

Then untuk menghabiskan stok saya yang hanya tinggal 3 pasang ni sahaja.. saya jual murah2 jer kat u ols ya..

KANAK-KANAK SIZE S RM45

TERMASUK POSTAGE KE SEMENANJUNG


DEWASA RM90

untuk sebarang pertanyaan boleh PM saya di Umi Qaisara's Kurung ataupun hubungi saya di talian 018-377 9717 (anum)


ok u ols...

Harga sudah tetap ya.. no diskaun2 lagi.. ;)

15 Ogo 2011

Resepi Apam polka dot dan Cara2 membuatnya ..





hiii u olsss... sekarang nie dah macam trend pulak ya.. Apam pola dot yang comel dan gebu itu... wah wah wah.. saya yang tak terrer memasak nie pun gatai nak cuba...

Then ini resepi dan cara2 nak buatnya... layannnnzzzzz


Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais275
gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa












************************************************************************************
cara -caranya:
pukul telur putih sampai kembang

Sampai dia jadi kembang dan warna PUTIH

kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi

pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.

masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.




bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih

picit adunan ke dalam mangkuk kertas
letakkan inti (saya guna coklat masakan, leyak sikit jer ya )- nak senang masuk dlm plastik pastu picit
picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan

Sebelum

Selepas

tENGOK... My Little mbam2 sedang makan Apam Pola dot tu... dengan Muka bangun Tidurnya... hahhha.. comel.. ;)

Ok... faham tak? kalau tak faham.. nah ambil resepinya dan try buat sendiri tanpa berpandukan pic2 tu..

Apam polka dot

Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa


cara -caranya:

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.






hAIII U OLSSS..


sAYA cukup suker makan nasi Kerabu.. then, tergerak hati nak buat kan.. Semuanya saya ceduk kat dalam Internet.. tapi tak ingat amik kat saper.. sebab dah siap2 print dan save.. pada sesiapa yang ada tengok dan rasa ini resepinya.. saya mintak izin ambil dan publish di blog saya yer... Harap difahami... ;0

Tapiiii Pic tu memang hak muklak saya punya la yer.. hehehhe.. tak berapa nak jadi la kot.. tu yang malu2 nak publish tu hiiii

nie resepi2nya..

NASI KERABU

Bahan-bahan:
500gm beras
½ botol budu
Bunga kembang sepagi secukupnya
5 helai daun limau purut
100ml air asam jawa
1 sudu makan gula melaka
Air secukupnya

Basuh beras, masukkan air, bunga kembang sepagi, serai dan daun limau purut. Tanak sehingga masak.

Ikan Goreng celup Tepung

3 ekor ikan kembung/selayang/ape2 je jenis ikan yg digemari (cuci bersih dan tuskan)

3 camb tepung beras

1 camt serbuk kunyit

sedikit kapur

sedikit garam

air secukupnya utk bancuhan

1 biji telur

minyak yg banyak utk menggoreng

Cara-cara

Bancuh kesemua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air yg secukupnya.

Panaskan minyak di dlm kuali dgn api yg sederhana.

Celupkan ikan di dalam adunan tpg td.

Kemudian goreng sampai btl2 garing.

Siap utk dihidangkan. Selamat Mencuba!

sambal kelapa

Bahan:
500gm ikan kembung | dipanggang
2cm halia
1 batang serai
1 biji kelapa parut | dibuat kerisik
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 biji bawang
½ sudu teh lada hitam

Untuk sambal kelapa pula, tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.
Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
Campurkan dengan kelapa parut dan disangai guna api yang kecil sehingga agak kering dan berderai.

solok lada kelate
Bahan-bahan
12 biji lada besar hijau (dibelah dan dibuang bijinya)
1 biji kelapa (separuh utk santan & separuh utk inti)
3 ekor ikan kembung/selayang
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
ikan dicincang halus dan dicampur dengan separuh kelapa tadi dan tumbuk bersama.

kemudian campurkan bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk supaya sebati.Masukkkan garam dan gula secukup rasa.

Apabila semuanya sebati, isikannya ke dalam lada yang telah dibelah tadi.

Apabila siap, masukkan dalam periuk bersama dengan sedikit santan.

Biarkan ia kering dan kemudiannya bolehlah angkat untuk dihidangkan

*bahan ulam kerabu*

1. 5-10 biji kacang panjang

2. 1 biji timun

3. 1/4 biji kubis

4. 1 batang bunga kantan

5. 1 batang serai

6. 1 genggam daun kesum

7. 1 genggam tauge

8. *lauk (opsyenal)*

9. keropok ikan

10. telur masin

11. ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung

12. bawang putih jeruk

13. solok lada - (haritu x buat,so, lenkali baru liza share resipi solok pulak)


Best Present From Nuffnang



Hiii uu olsss.. mesti teruja kalau tengok title seperti dia atas kan???

yeeehaaa... exactly sy pun tak sangka akan dapat present daripada Penaja Blog nie.. Saya pun bukanlah penulis Blogger yang Tegar.. chewahhh ayat tak boleh blah kan...

jeng jeng jeng.... cu tengok cu tengok..
*

*
*
*
*

*

*
*
*
*
*
*
*

4 tiket wayang ke TGV cinema untuk mana2 cerita yang sedang ditayangkan Kecuali di atas pemberitahuan..

Suker sgt... thanks Penaja Blog

p/s: so kepada sesiapa yang baru start nak berblogger tu, jgn lupa tampal Penaja Blog di blogger anda.. Mungkin saya tak akan dapat ribu riban daripada Penaja Blog.. tapi complimentary sebegini akan rasa kita lebih dihargai... Betulll.. tak tipu ..;)


3 Ogo 2011

Tempahan daripada My lovely Customer..

Hiii uu olss...

Tengok, tempahan daripada my lovely customer... Syukur Alhamdulillah banyak jugak tempahan yg saya terima.. harap2 mereka sukakanya ..







Jika ada yang berminat boleh PM saya yer.. di sini

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...