klik sahaja

10 Nov 2013

Resepi Kek Coklat Kukus Mudah dan Sedap

Salam semua ^_^





Meh saya nak kongi resepi buat kek coklat yang mudah dan sedapppp -InsyaAllah-

Mula2 kena baca Bismillahirahmanirahim ^-*

Bahan-bahan

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah la jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/minyak jagung (ikut budget la yea.. jangan guna minyak kapak sudah hihihi)

 Bahan B
3 biji telur (dipukul menggunakan pemutar sehingga ringan dan berbuih)

Bahan C

1 1/4 cawan Tepung Gandum
secubit soda bicarbonate
secubit serbuk Penaik


Cara-caranya..

Sila buat dengan penuh kesabaran ya Puan/Cik semua..

  1. Sediakan periuk kukus dengan api yang kecil. Masukkan loyang yang telah disapu majerin ke dalam periuk pengukus (ini tips supaya kek tidak melekat di loyang)
  2. Sediakan kuali di atas api.. Pastikan kuali kering tanpa sebarang air ya.
  3. Masukkan bahan A. Hidupkan Api sederhana sahaja. Kacau bahan sehingga ia larut dan bercampur.Buat dengan kadar segera dengan satu pusingan sahaja.. Maksudnya, kalau pusing ikut arah jam.. maka ikut lah arah jam. jangan lawan jam pulak.. nanti kek keras la sayang :)
  4. Matikan api setelah bahan larut, jangan buat sehingga terlalu likat. Anggaran masa membuat ianya sebati ialah selama 30 saat. Turunkan suhu adunan tersebut sebentar.
  5. Sementara itu, Ayak bahan C.
  6. Masukkan Telur ke dalam Bahan A tadi.
  7. Masukkan pula Bahan C dan gaul sehingga sebati (jangan hidupkan api ya sayang :)
  8. Setelah bahan semua sebati, bolehlah dituangkan ke dalam bekas yang dimasukkan ke dalam periuk pengukus tadi.
  9. Isi hanya separuh ke dalam loyang tersebut.. Sebab kek akan naik.
  10. Tutup guna Aluminium Foil. Saya balut loyang dengan plastik je.. pun boleh :)
  11. Kukus selama 40 minit. TANPA MEMBUKA periuk kukusan tersebut ya.
Okey Done..

Opss.. Toping dia.. :)

1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
3 sudu marjerin

Guna teknik Double Boiler untuk membuat topping ya :)
( senang je.. didihkan periuk yg agak besar dengan air panas, kemudian letak bekas plastik atas dia tanpa sebarang lapik, masukkan bahan-bahan tersebut. Kacau hingga pekat dan sebati)

Topping hanya di letakkan selepas kek sejuk ya :) Taburlah Nips ke M&M ke.. ikut kreativiti :)




Keputusan Qaisara Batrisyia

Setiap ibu bapa mengimpikan mempunyai anak yang cemerlang dari segi apapun..
Begitu juga saya dan suami.
Rasanya masa sangat cepat berlalu, kini Batrisyia sudah pun di penghujung Tadika.. Penghujung usia 5 tahun..
Hari ni hari konvo dan sambutan majlis hari jadi, sebagai ibu tentu sgt teruja.. Masa menerima laporan pelajaran kakak malam sebelum tu.. pelbagai perasaan bercampur baur..
Ya.. mungkin tadika.. Umur 5 tahun.. tak perlu nak excited sangat… But Not for Me.. Ia menunjukkan permulaan anak kita mengenal pelajaran.. dan Syukur Alhamdulillah..
This is the Result..




Kakak mendapat tangga ke tiga daripada 23 pelajar di kelasnya..





Dan top five tersebut, kakak seorang yang berusia 5 tahun. No 1,2,4 dan 5 berusia 6 tahun..
Rasa macam nak nangis je bila dapat tahu.. Gembira dan tersentuh dengan keputusan kakak.
Yerla.. risau jugak kan.. Umie dan Babah bekerja, tinggal adik dan kakak dgn Omma.. balik keje dah penat.. bila ada masa barulah dpt jenguk buku2 kakak 
Tapi, berkat Doa dan bantuan daripada cikgu…. Kakak Berjaya hadapinya.. Syukur Alhamdulillah 

Ermmm nak kena fikir nak belikan hadiah apa. kakak tak mintak pun.. tapi as reward mesti kena bagi jugk.. Maybe percutian :) kena bincang dgn babah.. kot2 ada peruntukan.. hihi

Hari Konvokesyen dan Hari Jadi Qaisara Batriyia

Salam semua ^_^

Hari ni 10/11/2013 :)

Berlangsungnya Majlis Konvokesyen dan Sambutan Hari Jadi Tadika Perpaduan Danau Kota A

Tanpa banyak celoteh.. Jom layan gambar anak ku Qaisara Batriyia























8 Sep 2013

Titipan Khas buat dirimu..

Bismillahirahmanirahim..

Ke hadapan Suamiku.. Mohd Khairil Hafizie Bin Mohd Zamzam.

Coretan ini dibuat khas untuk Anda!!

Masa ni saya comel lagi kan? dan perut awak pun belum maju ke hadapan..
This is our E-day.

Kita kenal dah lama.. since form 4..pastu kita terpisah kerana membawa rentak hidup masing2.. oitt muda lagi tu, takleh cinta cintun (ayat poyo giler okey!!)

Kita berjumpa semula pada tanggal 29.12.03

Then.. few years ago.. we been together..
pada tanggal 09.09.2006

Now usia perkahwinan kita sudah menjangkau 7 tahun pada 09092013.
syukur Alhamdulillah :)

Okey.. gambar terbaru tak ada sebab masing2 mengembang dengan jayanya.. hihi yg nie je ado

Nie pun 2 tahun lepas.. hahaha :)

Abang,
Di hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 7 ini, saya cuma ingin katakan.. Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidup saya.
Bukan mudah untuk mengharungi perkahwinan ini di kala usia yang ketika itu masih berdarah panas. Until now, pergaduhan semacam perisa dalam perkahwinan kita.. know what? kita semakin mengenali diri kita dan kasih sayang kita semakin utuh dari sehari ke sehari. It was amazing :)
Thanks for being great BABAH for our Qaisara's.
Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang solehah ya sayang :)
Thanks kerana sabar dengan angin saya yang selalu bertiup dan menjadi ribut.. hahaha
Allah know the BEST for US.
Mungkin kita susah sekarang tapi tidak di Masa hadapan..
Mungkin kita tiada siapa yang pandang di Dunia tapi tidak di mata Allah  :)

Lastly saya hanya nak mohon ampun dan halalkan makan minum saya buat selama2nya.. 
Semoga kita bersama2 hingga akhir hayat ya.. Aminn


Tadika perpaduan menceriakan Qaisara Batriysia

Syukur Alhamdulillah :) dah 5 tahun.. :) tahun lepas di TaskanSang Kancil.. Now di Tadika Perpaduan.. Syukur sangat sebab kakak dah pandai baca walaupun masih merangkak :)
Dia macam2 budak2 lain yang akan liat ke sekolah di awal pagi.. lagi haru bila dah bangun tidur balik.. uhuiii cabaran kan? hehehe

So di Tadika perpaduan, Umie join jadi AJK dalam penglibatan ibubapa. Bukan apa.. nie tips daripada orang sekeliling.. Walau sesibuk mana kita, cubalah libatkan diri dalam aktiviti sekolah anak2 kerana ia akan lebih membuatkan anak dihargai dan guru2 pun gembira.. So far, hubungan umie ngan guru2 qaisara batrisyia agak baik dan rapat kerana sikap kita yang terbuka dan tidak besikap terlalu sayangkan anak cthnya seperti menyerang guru akibat anak kita tak tahu membaca.. contohnya je ya.. hihihi kerana bagi umie, pendidikan sebenar bermula daripada rumah..:)

Okey meh layan gambar k
 Hari sukan :)
 Umie sibuk interframe sekali ya.. maklumlah kata AJK.. ikut serta la yea :)




 Comel kan kakak? :) Gambar atas ni masa hari sukan peringkat tadika yang dibuat di stadium badminton cheras.. kakak amik bahagian dalam acara bawal bola ping pong dalam sudu :) acara yang sama macam umie pada umur umie 6 tahun di tadika Islam :) walaupun kalah. tak mengapa, sekurang-kurangnya kakak enjoy dengan hari sukan ini :)

Gambar di bawah pulak, ketika sambutan hari bu dan guru.. Kena buat mainan daripada barang terpakai :) Umie dan kakak dapat no dua.. Alhamdulillah :) buat pun saja suka2 :)


 Semangat nyanyi lagu ibu.. Memang touching giler okeyyy :)

 Hadiah yang dimenangi :)
Umie dan Babah pun sayang kakak :)





7 Sep 2013

Dugaan kecil buat si comel Qaisara Rasyiqah

 Nafas adik lain hari tu.. Jadi umie amik EL untuk bawak adik ke klinik Swasta

 So doktor kata nafas adik ada bunyi dan pernafasan agak laju..

Doktor kata kalau masih tak sembuh kena rujuk HKL..


Jadi ke sinilah kami pada jam 12 malam.. Sian adik :( tapi dia kuat.. Mula2 buat x ray.. Paru2 ada jangkitan kuman sedikit. Ambil Gas Nebulizer.. Dan kena tahan wad :(


 Ya.. hati ibu mana yang tidak bimbang dengan kesihatan anak2.. Tapi dugaan Allah kena dihadapi dengan rasa kesabaran.. ini ujian dan pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

 Tapi adik seorang yang kuat, masih bermain dengan jayanya. makan dengan enaknya dan tidur dengan lenanya.. cuma biasalah time kena ganggu pagi2 buta amik gas dan makan ubat tu.. agak liat sekali :)




Di Hospital.. adik memang tak reti dok diam.. aduii jenuh bawak dia berjalan.. ke taman ke bilik mainan ke kedai terutamanya.. huhuhu apa2lah sayang asalkan awak cepat sembuh :)Ini cerita bulan 4 tempoh hari.. HAri2 ke hari mungkin semakin baik.. Asthma menyerang tak kira muda atau tua.. Jadi Kami sedaya upaya mencegahnya ia berlaku kembali..

Doakan adik cepat sembuh sepenuhnya ya semua :)

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...