klik sahaja

26 Feb 2011

Nasi Ayam Mudah



hari nie hari Sabtu.. waa, sy kena kerje hari nie.. sob sob sedey ke?? he he takla.. dah kena kerja, so kerja lah kita...

Then, malam tadi dah prepared barang nak masak.. ermmm masak nasi ayam la...
So pagi2 lagi dah bangun untuk menyediakan Nasi Ayam Mudah untuk keluargaku yang tercinta...
Sedang saya memasak nasi.. TIBA2... ada seperti benda di belakang saya.. ku jeling dengan anak mata kanan dan kiri tiada... Jeng jeng Jeng...

Umie, masak apa nie??? Ayam yer?? Aishah nak... Terkejut saya, anak kecintaan ku rupanya.. Terjaga rupanya akibat bunyi bising di dapur.. siann anak umie.. he he he..
Then dia tolonglah sy masak.. kacau kacau sikit.. tumbuk bawang.. he he he.. bila cakap
"kakak tak yah la tolong umi.." mesti dia jawab " ok, nanti bila aishah dah besar aishah tolong umi yer.." good girl...

ok, berbalik pada cerita saya nie.. ini dia rupa nasi ayam saya he he he





sedap la jugak... kui kui kui.. ini resepinya.. saya ubah sikit, ambil di myresepi..

Bahan-bahan ( 6 org mkn kot.. )

  • 1 Ekor ayam-belah 4, bersih n tos
  • bahan utk perap ayam
  • -4 sudu besar sos cili
  • -3 sudu besar kicap manis
  • -2 ulas garlic-tumbuk halus
  • -garam n gula-perasakan-elok manis skit
  • bahan utk sup
  • -2 ulas bwg putih, ketuk
  • -1 btg serai-ketuk
  • -1 inci halia-ketuk
  • -1 sup bunjut
  • Bahan utk cili
  • - 3 bijik tomato masak
  • -3 ulas bwg putih
  • -3 biji cili merah
  • -4 biji cili api-nk pedas ltk lebih
  • -cuka makan skit-agak-agak blh blend bhn utk cili
  • -garam n gula, aji-sesuaikan

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan rebus dalam air yang banyakk(sebab air nie boleh dibuat untuk memasak nasi).
  2. Masukan bwg putih, serai yang diketuk, masuk sedikit garam.
  3. Rebus ayam - agak dah masak terus angkat.
  4. Ambik air rebusan lebih tadi anggaran 4 cawan untuk masak nasi.
  5. Yang lebih biar dalam periuk, tambah serai dan sup bunjut.
  6. Perasakan-nah! sup dah siap(biar mereneh sekejap)
  7. Untuk Nasi Tumis menggunakan marjerin 1 ulas bwg putih n bwg merah (mayang halus) halia, serbuk kunyit( skiiit je..)
  8. Masukkan Beras dalam rice cooker dan air rebusan ayam.. ok siap.. jgn lupa tekan pulak button rice cooking tu yer.. hehe
  9. perap ayam yang direbus tadi ngan kicap manis, sos cili, bawang putih, -perasakan ngan garam dan gula-tp biar manis skit-baru best..perap je dalam 1/2 jam.
  10. utk cili plak- blend suma bahan utk cili tadi-perasakan ngan garam n gula, cili pun dah siap..
  11. dah agak 1/2 jam. goreng ayam, angkat, ketuk skit dan potong kecil-kecil
  12. utk sos kicap plak-ambik bahan perapan ayam tadi, tapis n tambah kicap jika perlu. perasakan.
  13. bleh makan ngan timun, salad dan tomato hiris. senang je kan.. rasa pun lain dari yang lain.. try la klau x pecaya

25 Feb 2011

Resepi Butter Prawn


yezaaaaasssssss....

wa wa wa.. hr nie nak masak aper untuk family tercinta saya?? ermmm.. belek2 punya belek.. search dan search... terfikir pulak nak wat butter prawn.. nampak cam sedap jer... he he he.. try la..
ni resepi nyer...


Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.


Cubalah.. sedap tau.. he he he angkat bakul masuk sendiri beb..

24 Feb 2011

Resepi APAM MEKAR MUDAH

wa..... banyak kali sudah mencari resepi apam yang boleh merekah.. daripada mengandung hinggalah anak dah dua.. tetap tak jumpa.. selalu cuba.. asyik tak merekah jer.. pastu tak sedap lagi.. ha ha ha then mungkin seru baru nak datang kan...
lately nie, my BFF puan Shasha Sharin.. telah mencuba satu resepi apam nie.. so besoknya dia bawak datang office.. marvelous.. memang sedap dan cantik.. dan yang paling pentinggg..
senang nak buat.. kui kui kui.. semua org berpe
rasaan begitu kan?? eleh, jgn nak tipu..... saya tahu.. kui kui kui...








Then.. ini resepinya.. rasa cam nak nangis jer bila kuih ni menjadi.. terharu yang amat.. waa... cam ntah aper2 ntah kan??? he he he buat jangan tak buat

230GM GULA CASTOR
250 TEPUNG GANDUM DIAYAK
2 BIJI TELUR
1 SUDU ESEN VANILA
1 SUDU OVALLETE
1 TIN AIR AISKRIM SODA

PUTAR GULA DAN TELUR SEHINGGA BETUL2 KEMBANG DAN RINGAN
MASUKKAN TEPUNG SEDKIT DEMI SEDIKIT
DISELANGSELIKAN DENGAN AIR AISKRIM SODA
MASUKKAN OVALETTE DAN ESEN VANILA
PUKUL DENGAN KELAJUAN SEDERHANA SEHINNGA
ADUNAN BERUBAH MENJADI SEPERTI KRIM
ASINGKAN WARNA MENGIKUT KEGEMARAN
KUKUS DALAM MASA 10-15 MINIT
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

TIPS: PANASKAN KUKUSAN DULU SEBELUM MENGUKUS DAN KUKUS DENGAN API YANG SEDERHANA. SAYA GUNA BEKAS KUIH LOMPANG SEBAB TAK ADA CHOICE. ELOK JIKA GUNA CUP KECIK2 YG MEMANG UNTUK APAM TU..
KESABARAN PENTING UNTUK MEMBUATNYER.. HE HE HE..

Aiskrim sedap...

waaa.......... lama sungguh taak menulis kat blog kecintaan saya nie.. he he he.. maaflah sayang.. no enough time la nak tulis..
banyak sungguh ciretera yang berlaku di sekeliling saya.. yerlaaaaa anak dah macam susun tangga, so masa tu agak terhad jugak la kan.. klah guys.. tak mo cerita panjang2, semalam saya buat aiskrim untuk kakak Qaisara Batrisyia bcoz die suker sgt mamam ini aiskrim sampai gigi pun dah rongak... hu hu hu
this is the picture..


ini diaaa.. aiskrim buatan umi, dibuat dengan penuh kasih sayang untuk our lovely daughter...sedappppppppp.. kredit to kak ina bcoz bagi resepi nie... memang mudah dan bahan2nyer pun senang dan mureh.. huaaa.. umi makan sikit yer cayunkkk... selebihnyer untuk Little Qaisara umi...
sedapppp.. nak resepi?? nie dia resepinyer.. selamat mencuba..


BAHAN2NYA
1 biji telor
2 sudu besar overlette
1/2 tin susu pekat
1 tin air suam..guna tin susu pekat tadi
1/2 tin susu segar..guna tin susu pekat tadi
1 sudu esin vanilla....

Putar semua bahan tersebut hingga kembang dan gebu..
bahagikan kepada beberapa bahagian ..warnakan mengikut citarasa anda...
masukkan dlm bekas secara selang seli....
setelah selesai masukkan dlm petisejuk...
SELAMAT MENCUBA...

Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...