klik sahaja

28 Mac 2014

Percutian Ke Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang

Salam semua..

Layan gambar je la yea.. nak tulis macam tak ada masa.. hihihi


Breakfast Di Hotel..makanan biasa2 je.. Tapi okeylaa..








kolam renang dia okey juga.. kadar klorin agak tinggi.. manalah ada kolam renang yang tak ada klorin ya dak?? hehe.. ada pintu pagar yang boleh dibuka jika pengunjung mahu ke Pantai Bagan Lalang.. Tapi hari tu cuaca tidak begitu mengizinkan ke laut.. so mandi pool sahaja la ya sayang :)






Tilam ada dua.. satu single dan satu Queen..
Kemudahan yang ada di dalam bilik ialah seperti Peti sejuk.. Alat Mandian Panas.. Penghawa Dingin.. Wifi yang agak slow.. Termos.. So far kemudahan yang basic la.. Tapi Dobi tak ada ya.. sendiri basuh sendiri jemur..

Rate Untuk Bilik Di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang
RM190 PER NIGHT WITH 2 BREAKFAST :PUBLIC HOLIDAY DAN CUTI SEKOLAH
RM170 PER NIGHT WITH 2 BREAKFAST : HARI BIASA
Breakfast budak-budak bawah 6 tahun adalah percuma.

Di Pantai Bagan Lalang ni banyak juga chalet dan hotel..
Di sini saya senaraikan  chalet2 di Pantai Bagan Lalang :)


  1. Camar Laut :   :4 bintang
  2. Bagan Lalang Villa :  : 3 bintang
  3. Seri Bayu Resort Hotel : :4 bintang
  4. Bagan Lalang Beach Resort : : 3 bintang
  5. Gold Coast Bagan Lalang : 10 bintang
  6. LKIM bagan lalang :4 bintang
Terdapat banyak juga Homestay di sana yang rata rata menawarkan harga rm200 semalam.

Okey u olss. tq for reading :)

Resepi Kek Keju (KUKUS)

Resepi kek Keju Kukus



25 Mac 2014

Sekadar menulis..



Salam semua...
Pencarian MH370 masuk hari ke 17..
Akhirnya terjawab segala spekulasi apabila Perdana Menteri Kita telah mengumumkan berita yang paling dinantikan dan paling tidak mahu didengar..
Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. ianya tragedi bagi tahun 2014 yang masih belum sampai penghujungnya pun..
semoga informasi saya yg telah sy kongsikan sedikit dlm post2 sy sblm ni memberi sedikit maklumat pada yang sudi membacanya..
saya tidak mengejar glamour.. saya juga tidak pernah pun merasa duit iklan nuffnagg..
saya cuma suka menulis.. menulis hobi saya daripada dulu..
hope tiada mulut tempayan yang hinggap di sini sekadar untuk menyakitkan diri sendiri..
Saya cuma mencuri masa untuk melepaskan keinginan saya..
Maaf andai tersilap bahasa ya..


Tenanglah wahai MH370


Pagi ini..
Melangkah kaki seperti biasa...
tapi sayangnya..
hari ini bukan seperti hari2 biasa..
perkhabaran lewat malam semalam rupanya masih terkesan di jiwa..
berjalan di bawah cahaya bulan pada subuh ini..
melewati manusia2 yang bangun awal pagi demi sesuap rezeki..
terkesan di setiap wajah..
ada nada duka..
ada juga yang bengkak di mata..
inilah kita semua..
tabahkanlah hati keluarga dan teman2 yang mengenali penumpang mh370.
sekarang bukan masa untuk menilai dan menghukum..
bukan ketika menunding jari pada sesiapa..
bukan mengungkit kesilapan manusia..
sekarang masa untuk bertenang..
gunakan kemanusiaan yang ada untuk memahami..
betapa kerdilnya kita di sisi Allah yang Maha Kuasa..
Manusia yang tidak pernah faham erti kemanusiaan..
Berdiamlah.. Kerana andai kau suarakan juga bisa katamu..
bimbang nanti kau juga merasai perasaan pedih yang menimpa mereka..
dan bimbang lebih dahsyat lagi..
Pada hati yang mengerti..
Sama2 kita berdoa.. agar jasad ditemui..
buat pengubat rindu dan duka di hati..
Semoga Allah memudahkan segalanya..
Andai jasad kalian terkubur di sana..
tenanglah wahai roh...
sesungguhnya.. doa kami senantiasa mengiringi kalian..
Bukankah Perancangan Allah lebih baik dari segalanya?..
Ya... itulah jawapan terbaik untuk kita..

11 Mac 2014

DOA : Penyelesaian Terbaik buat MH370

Salam..

Pastinya KINI di dalam setiap hati kita yang punya hati dan perikemanusiaan akan terasa betapa beratnya kejadian yang menimpa MH370.

Kita mungkin bukan siapa-siapa malah tidak mengenali pun mereka.. Tetapi RASA itu tetap ada..

Terdapat seribu satu spekulasi yang melanda kejadian ini..Ghaib, Rampasan Pesawat,Letupan di Udara,Komplot mengelakkan Perang Dunia Katiga, Terjunam Di lautan dan pelbagai lagi..
Ia adakalanya tidak dapat masuk dek akal.. Tapi ia juga tidak dapat ditolak kemungkinannya..

Apa yang boleh dilakukan sekarang ialah Berdoa dan terus Berdoa.
Semua yang berlaku adalah di bawah Kuasa Allah SWT. Pihak yang berwajib telah menjalankan tugasan mereka.. Pemimpin kita juga cuba buat yang terbaik.. Sekarang bukan masa untuk menunding Jari kepada sesiapa.. Sekarang Masa untuk kita bersatu hati demi insan-insan yang terlibat dengan kejadian ini..

Just Imagine yang sebenarnya hanya insan2 terpilih yang melalui semua ini.. Kerana Allah Maha Mengetahui


Then... Kalau anda tidak mampu membantu dari dekat.. Bantulah daripada Jauh.. Sesungguhnya Doa orang-orang yang Soleh paling Mustajab dan Mungkin Orang yang SOLEH itu anda..



Mari sama sama kita BERDOA


Panduan Doa Makbul.
  1. Tidak melakukan perkara yang menghalang doa dimakbulkan.
  2. Membiasakan diri dengan tiga tabiat para Nabi.
  3. Menguatkan doa dengan tawassul syar’i (yang dibenarkan syarak).
  4. Mengambil peluang dengan masa, tempat atau keadaan yang mustajab doa.

“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.”

(Surah al-Mukminun 40:60)

Individu yang Mustajab Doa.
Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.



“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan sanudaranya itu mustajab. Atas kepalanya, ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata : “Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).”

(Riwayat Muslim)

  1. Orang berpuasa.
  2. Pemimpin yang adil.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. “Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.”

(Riwayat Ahmad)
  1. Ibu bapa.
  2. Musafir.


“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.


“Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya : “Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?” Allah menjawab : “Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!”

(Riwayat Ahmad)
Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.


“Orang yang sedang berperang di jalan Allah, haji dan umrah isalah delegasi tetamu Allah. Allah menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka Allah mengurniakannya.”

(Riwayat Ibn-Majah)
Orang yang banyak mengingati Allah.


“Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak ; orang yang banyak sekali mengingati Allah, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.”

(Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Orang yang tidur dalam keadaan suci.


“Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati Allah dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat Abu Daud)
Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.


“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan Allah makbulkan untuknya.”

(Riwayat al-Tirmizi)
Orang yang benar-benar dalam kesulitan.


“Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-Nya?”

(Surah al-Naml 27:62)

Tip Doa Makbul.

Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para Nabi dan doa-doa mereka yang dimakbulkan. Pada akhir ayat 90, Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para Nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul :
Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.
Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh pengharapan dan ketakutan.
Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.

Masa yang Mustajab Berdoa.
  1. Antara azan dan iqamah.
  2. Ketika hujan.
  3. Semasa ayam berkokok.
  4. Kala sepertiga malam.
  5. Ketika sujud dalam solat.
  6. Ketika waktu senang.
  7. Ketika peperangan.
  8. Di hujung solat fardhu selepas tahiyat sebelum salam.
  9. Pada malam hari.
  10. Pada hari Jumaat.

Orang yang Allah Kabulkan Isi Hatinya Tanpa Berdoa.

Allah S.A.W berfirman : “Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhlukNya.”

(Riwayat al-Tirmizi)



Updated : Hari ke 4 Misi mencari MH370 yang hilang..



Kuala Lumpur: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan.

Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura.

Pada malam kejadian, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air.


Dikesan di Pulau Perak

“Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru itu kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara.

Kemungkinan itu disokong dengan laporan polis oleh beberapa penduduk yang mendakwa melihat kelibat cahaya lampu besar dan pesawat terbang rendah, dengan anggaran ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Bharu, Kelantan.

Sejak kelmarin, ATM dan Tentera Nasional Indonesia dengan dibantu pasukan keselamatan yang terbabit dalam SAR, menjalankan gerakan mengesan pesawat berkenaan di perairan Selat Melaka dengan skop kawasan dibahagikan kepada lima zon pencarian membabitkan pelbagai pasukan.

Sumber





9 Mac 2014

Misi Mencari Pesawat MH370 (Gambar)

Salam Semua..

Di Sini saya kongsikan sedikit Gambar Misi Bantuan Mencari MH370 yang masih belum ditemui setakat ini.. Misi Menyelamat kali ini telah melibatkan Negara-negara seperti Vietnam, China,Singapore,USS dan tentunya Negara Malaysia.. Jumlah kasar yang diberitahu pada sidang media pada jam 1 tadi berkata..
Terdapat 22 buah AirCraft , 14 Ship 1 kapal selam dan beberapa helikopter telah terlibat dengan Misi ini..

Mari sama- sama berdoa semoga semuanya dipermudahkan..

Aminnn



 

 













KebesaranNya : Rentetan Kejadian MH370



Salam Semua :) mari kita bersama renung sejenak dan fikir sedalamnya.. Mungkin inilah peringatan bagi Hamba Allah yang disayangiNya..




Dan di bawah ialah pesanan buat Pesawat MH370 andainya masih dapat dihubungi


Maybe kita bukan siapa siapa untuk mereka.. bukan saudara bukan jiran malah tidak mengenalipun sesama kita.. Namun kita ada rasa persaudaraan itu.. Kerana kita sesama Islam dan tanah tumpah darah kita Sama.. Mari doakan yang terbaik buat mereka.. Allah Know The BEST..



TERKINI :Tiada petunjuk mengenai pesawat MH370 selepas lebih 24 jam hilang

Dedicated For World.. Please Pray for MH370







SEPANG: Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.

Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.


"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan di sini, pada 2.02 pagi tadi.

Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi.

"Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang.

"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya.
Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan “Go Team” berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.

Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.

"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya.

Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi ini.

Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini.

P/S:sebab asyik memikirkan mengenai kejadian ini.. mlm tadi saya bermimpi bahawa kapal terbang ini telah terjunam di dasar laut yang sangat dalam.. hanya dengan bantuan kapal terbang yang melakukan kejadian yang sama (terjunam dalam kelajuan yang sama ketika pesawat terhempas) barulah mereka dpt dikeluarkan.

 Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

#Pray4MH370

credit : WUJUD






SUMBER

8 Mac 2014

Updated terkini MH370 : Tentera Udara Vietnam kesan dua tumpahan besar minyak


Tentera Udara Vietnam kesan dua tumpahan besar minyak

Updated : Dari hasil lab, tumpahan minyak itu adalah bahan bakar yang biasa digunakan untuk kapal laut, bukan pesawat terbang.

 







KUALA LUMPUR: Pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS dilaporkan hilang awal pagi tadi, petanda pertama pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas.

Pesawat Tentera Udara Vietnam itu adalah sebahagian daripada operasi mencari dan menyelamat pelbagai negara yang dilancarkan selepas penerbangan MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kenyataan kerajaan Vietnam menjelaskan tumpahan minyak itu dikesan lewat petang tadi di perairan di selatan Vietnam dengan masing-masing antara 10 dan 15 kilometer panjang.

Tiada pengesahan bahawa tumpahan minyak itu ada kaitan dengan pesawat yang hilang itu tetapi selari dengan corak yang akan dihasilkan oleh dua tangki minyak pesawat yang terhempas. - AP

SUMBER :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TenteraUdaraVietnamkesanduatumpahanbesarminyak/Article/index_html

Gambar Kapten,Pembantu Kanan Juruterbang dan Mangsa MH370 yang Hilang

Hari ni negara digemparkan oleh berita kehilangan pesawat MAS MH370.. Rata-rata penduduk Malaysia duduk di hadapan TV untuk mendengar dan melihat sendiri berita semasa mengenai kejadian ini.. Begitu juga saya..

Di sini saya kongsikan gambar kapten dan pembantu kanan juruterbang

Nama Penuh: Zaharie Bin Ahmad Shah
Warganegara: Malaysia
Umur: 53 Tahun
Pekerjaan: Kapten Juruterbang Pesawat Boeing 777
Tahun Berkhidmat: 1981
Pengalaman: 18,365 Jam Penerbangan
Syarikat Penerbangan: MAS


 Nama Penuh: Fariq Abdul Hamid
Umur: 27 Tahun
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan: Pegawai Pembantu Juruterbang MH370
Tahun Berkhidmat: 2007
Pengalaman: 2,763 jam penerbangan
Syarikat Bekerja: Malaysian Airlines System (MAS)

Antara gambar Penumpang MH370 yang terlibat dalam kejadian ini


Pasangan Pengantin Baru, Razahan Mohd Zamani, 23 and Norli Akmar Hamid, 33, sedang dalam perjalanan menuju ke Beejing untuk Honeymoon.




Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Ahli Keluarga salah seorang mangsa dari Kedah, Chew Kar Mooi, 31, sedang menanti perkembangan lanjut berita berhubung kehilangan Pesawat MH370. Ibu dan bapanya dijangka akan bergerak ke Kuala Lumpur malam ini.






Senarai Nama Penumpang


Mari Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa kejadian.. Tak Lama pun 2 minit je :(

KEHILANGAN PESAWAT MH370 KUL-BEEJING





Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengesahkan bahawa pesawat MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.
Kenyataan MAS itu memberitahu, penerbangan MH370, yang menggunakan pesawat B777-200, berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, penerbangan itu membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 petugas. Kerakyatan para penumpang adalah dari 13 negara.
Menurut kenyataan itu lagi, MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, yang sudah pun memulakan usaha mencari dan menyelamat bagi mengenal pasti lokasi pesawat.
MAS akan memberikan berita terkini mengenai kejadian ini dan orang ramai boleh menghubungi nombor 603 7884 1234 bagi maklumat terkini.


Kronologi Terkini (UPDATE):
12.41 pagi (GMT+8): Pesawat Boeing 777 berlepas dari KLIA
01.05 pagi (GMT+8): Melalui laporan Flight Aware, data semasa penerbangan pesawat tidak dapat di terima.
07.25 pagi (GMT+8): MAS mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
10.30 pagi (GMT+8) : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
10.40 pagi (GMT+8) : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat


KREDIT TO: http://terengganutoday.com/muka-hadapan/berita-update-terkini-pesawat-mas-dari-kl-ke-beijing-hilang

Baca ini pulak : penumpang dan kapten MH370





Pokok Apakah Yang Diberikan kepada Pemenang Pingat di Sukan Sea 29 Kl2017

Holaaa... Ramai yang tertanya tanya pokok apa yang diberikan kepada Pemenang Pingat Sukan Sea 29 yang berlangsung di Kuala Lumpur yg berm...